Ramai di kalangan kita yang tidak mengetahui apa sebenarnya
kolesterol. Kolesterol sering disalahertikan dalam sebahagian diet
harian kita. Kebanyakannya tahu bahawa mereka sepatutnya mengawal
pengambilan makanan yang mengandungi kolesterol yang tinggi tetapi ramai
diantaranya yang tidak mengetahui apa sebenarnya kolesterol itu.
Berikut dihuraikan secara ringkas tentang kesan kolesterol di dalam
badan.
Kolesterol adalah sejenis lemak yang dihasilkan di hati atau di usus.
Kolesterol ini berfungsi untuk menghasilkan hormon dan membentuk
membran sel seterusnya dibawa ke seluruh badan manusia melalui plasma
darah. Selain itu, kolesterol juga penting dalam pembentukan asid
hempedu dan Vitamin D di dalam badan.
Kebanyakan makanan yang mengandungi lemak haiwan juga mengandungi
kolesterol. Selain itu, punca kolesterol adalah dari makanan seperti
keju, kuning telur, daging, ayam, dan udang. Kandungan kolesterol di
dalam makanan yang berasaskan tumbuh-tumbuhan adalah lebih rendah
berbanding makanan yang berasaskan haiwan. Pengambilan makanan berlemak
seperti lemak tepu dan lemak trans merupakan punca utama peningkatan
jumlah kolesterol di dalam badan berbanding pengambilan makanan sumber
kolesterol ini.
Jumlah kolesterol yang tinggi dan berlebihan di dalam badan boleh
menyebabkan masalah kesihatan yang serius terhadap sistem kardiovaskular
badan. Darah di dalam badan akan membawa kolesterol yang terdapat di
dalam badan ke pelbagai organ dan kelenjar yang memerlukannya. Ia dibawa
oleh sejenis pembawa yang dikenali sebagai lipoprotein. Apabila terlalu
banyak kolesterol yang melalui saluran darah, kolesterol ini akan mula
terbentuk di dinding arteri iaitu pada dinding saluran darah.
Pembentukan kolesterol ini dipanggil plak seterusnya memberi kesan
kepada sistem kardiovaskular badan.
Bagaimana Pembentukan Plak Ini Menyebabkan Bahaya?
Apabila plak terbentuk pada arteri, ia akan menghalang pengaliran
darah kerana saluran darah yang sempit. Apabila situasi ini berlaku
hampir dengan organ penting di dalam badan terutamanya jantung, ia akan
menyebabkan masalah serius berlaku malah boleh menyebabkan kematian.
Apabila saluran darah berhampiran organ jantung menjadi semakin sempit,
ia boleh menyebabkan serangan jantung berlaku.
*bintik-bintik begini juga salah satu tanda anda ada kolestrol..
Apabila arteri yang menyalurkan darah ke otak pula yang tersumbat, ia akan menyebabkan sesorang itu mengalami strok.
Apabila arteri yang menyalurkan darah ke otak pula yang tersumbat, ia
akan menyebabkan sesorang itu mengalami strok. Kedua-dua penyakit
jantung dan strok ini boleh mengancam nyawa. Oleh itu, anda perlulah
menjaga tahap kolesterol di dalam badan serta kandungan darah di dalam
badan.
Kolesterol yang tinggi juga boleh menyebabkan artherosclerosis atau
arteri menjadi keras. Apabila plak memenuhi arteri, dinding arteri
menjadi keras dan rapuh. Ini bukan sahaja menghalang pengaliran darah,
malah ia juga akan menyebabkan arteri pecah kerana terlalu rapuh dan ini
akan menyebabkan darah menjadi beku di dalam badan.
Ubah corak pemakanan untuk menurunkan tahap kolesterol.
Kolesterol yang tinggi adalah sangat bahaya kepada badan manusia.
Walaubagaimanapun, ia boleh dirawat. Pelbagai perubatan yang boleh
membantu menurunkan kolesterol, tetapi salah satu langkah terbaik adalah
dengan mengubah cara pemakanan harian kita. Dengan mengelak pengambilan
makanan berasaskan haiwan, ia boleh mengurangkan tahap kolesterol di
dalam badan bukan sahaja dengan mengurangkan kuantiti kolesterol
tersebut malah mengurangkan kadar sintesis atau penghasilan kolesterol
di dalam badan.
***jika
anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih
lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
UMMI ZUBARI
SID 892671
call/sms/whatsapp : 013-8342092
atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE…
No comments:
Post a Comment