Thursday, 16 October 2014

Shaklee Bintulu :Mengapa Kita Terlalu Memerlukan Kalsium dan Bagaimana Kalsium Digunakan di dalam Badan

Assalamualaikum dan petang....

Wah best sangat info tentang kalsium ni...

credit to :http://healthierlife4uandme.blogspot.com/2014/10/mengapa-kita-terlalu-memerlukan-kalsium.html

Seperti yang kita tahu, kalsium adalah mineral yang paling banyak di dalam badan.

Lebih kurang 2 peratus dari jumlah keseluruhan berat badan, adalah terdiri dari mineral kalsium.


Kebanyakan kalsium, iaitu dalam lingkungan 98% dari jumlah 2 peratus kalsium tadi, terdapat di dalam tulang kita. Lebihan 1 peratus ada di dalam gigi dan 1 peratus lagi berada di dalam peredaran darah.


Disebabkan hanya ada 1 peratus kalsium di dalam darah, ia menjadikan kalsium ini tersangat penting dan mineral yang sangat diperlukan oleh kita. 



Mengapa Kalsium Penting untuk Tubuh Badan? 


Kerana dari jumlah 1 peratus kalsium inilah, sel badan akan menggunakan sumber kalsium ini untuk kepentingan pembentukan tulang kita. Namun begitu, jika jumlah kalsium di dalam darah kurang dari 1 peratus, kalsium yang tidak cukup tadi akan ditarik oleh sel tulang untuk mengembalikan kalsium ke dalam darah kita untuk menjadikannya cukup 1 peratus.

Disebabkan itulah, bila kita kekurangan kalsium, sel badan terpaksa menggunakan kalsium dari tulang yang amat kita perlukan untuk melakukan aktiviti kita seharian seperti berjalan, duduk, berlari dan sebagainya. Bermulalah episod kesakitan tulang secara tiba-tiba tanpa kita sedari, lenguh-lenguh badan dan sebagainya.

Oh, begitu senang rupanya kalsium hilang dari tubuh kita!

Selain itu, kalsium membantu kita untuk proses jantung mengepam darah, mengawal tekanan darah, membekukan darah, pengecutan otot dan peregangan otot dan proses menghantar utusan atau impulse ke seluruh badan melalui sistem saraf.



Kalsium diperlukan untuk :

1) membina kebanyakan hormon dan enzim badan, terutamanya yang mengawal penghadaman badan dan bagaimana badan menggunakan tenaga dan lemak di dalam badan kita. 

2) Kalsium juga penting untuk membina tisu penghubung 

3) menurunkan tekanan darah yang tinggi;

4) dan kalsium penting untuk mengawal terjadinya kanser kolon.

Jadi, betapa kalsium sangat-sangat diperlukan oleh badan dan kita perlu menghargai kehadiran 1 peratus kalsium yang ada di dalam darah kita untuk mengawalselia kesemua proses penting di dalam badan.

Mahukah anda secara tiba-tiba mengalami keguguran gigi? Sanggupkah anda mengalami kekejangan kaki secara tiba-tiba sewaktu melakukan aktiviti kegemaran anda? Atau di waktu usia muda ini kita telah mengalami sakit pinggang atau tulang belakang?

Kehilangan gigi adalah satu mimpi ngeri untuk wanita!


Atau pernahkah anda mendengar mengenai kerapuhan tulang atau pun osteoperosis?

Perbezaan antara tulang normal dan tulang yang mengalami osteoperosis


Kasihan, kan? Kasihan pada badan kita kerana terpaksa mencuri kalsium dari tulang untuk mencukupkan keperluan kalsium untuk pembentukan hormon dan enzim badan yang diperlukan setiap hari.

Belum kira lagi bagi yang telah mengalami kecederaan pada tulang, rupa-rupanya di dalam darahnya pula memang tidak cukup langsung kalsium untuk menggantikan tulang yang cedera kepada pembinaan tulang yang baru, dan juga tidak cukup pula digunakan untuk proses-proses penting di dalam badan.

Itulah antara akibat anda secara tiba-tiba mengalami tekanan darah tinggi di usia yang muda.

Jadi, fikir-fikir kan bagaimana anda boleh mendapatkan sumber kalsium yang cukup untuk kepentingan keseluruhan sel badan kita.

Sambungan selepas entri ini akan saya kongsikan bagaimana memilih sumber kalsium yang terbaik untuk badan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua!

  • ***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_


    UMMI ZUBARI
    SID 892671


    call/sms/whatsapp : 013-8342092

    atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….


No comments:

Post a Comment