Thursday, 16 October 2014

Shaklee Bintulu : Jenis Ubat yang Boleh Mencuri Kalsium dari Tulang dan Darah Anda

 
 
Credit : http://healthierlife4uandme.blogspot.com/2014/10/jenis-ubat-yang-boleh-mencuri-kalsium.html
 
Assalamualaikum dan selamat petang....

Wah, seronok pula bila mengkaji lebih tentang mineral kalsium. Sebelum ni saya dah berkongsi tentang :

1) Mengapa badan kita perlukan kalsium dan bagaimana kalsium berfungsi dalam badan
2) Jenis kalsium yang bagus diserap dalam badan

dan hari ini, saya nak berkongsi dengan pembaca kesayangan saya sekalian tentang jenis-jenis ubat yang boleh membuatkan kalsium anda akan hilang dari badan.

Bersedia?

Ha, sila cek betul-betul mana tahu ubat tu sebenarnya adalah ubat yang biasa kita ambil :)



Jenis Ubat yang Mengurangkan Kalsium Dari Badan


1) Cortisone dan Ubat Steroid

  1. Ramai yang ambil ubat > glucocorticoids
  2. Ia adalah sejenis ubat sintetik untuk hormon steroid yang dihasilkan di dalam badan.
  3. Jenis ubat yang terlibat adalah cortisone, hydrocortisone, prednisone dan dexamethasone.
  4. Kegunaan untuk asma, lupus, rheumatoid arthritis, inflammatory bowel disease dan masalah banyak lagi.
  5. Ubat-ubat ini boleh menyebabkan kehilangan bahagian tulang dengan lebih cepat berbanding pembinaan tulang tersebut. Bahaya kan?
  6. Para doktor telah mengkaji, walaupun mengambil dos sebanyak 10mg dari ubat-ubat di atas untuk jangka masa yang lama, anda memang berpotensi mengalami osteoperosis.
  7. Ubat untuk asma tidak termasuk dengan ubat yang disedut.
  8. Jika anda terpaksa mengambil ubat-ubatan di atas, berjumpalah pakar untuk mengambil ujian kepadatan tulang dan mengambil supplement kalsium yang mengandungi Vitamin D.

2) Ubat Thyroid

  1. Bagi pesakit thyroid, terutama yang berusia seperti saya, kita tidak dapat menghasilkan cukup hormon thyroid dan akan mengambil ubat seperti Synthroid, atau ubat yang lain yang diambil seumur hidup.
  2. Ubat ini juga berpotensi untuk menyebabkan kehilangan kepadatan tulang dari hari ke hari.

3) Ubat untuk Kolsterol Tinggi.
  1. Chlolestramine (Questran) adalah ubat untuk Kolesterol Tinggi, boleh menyekat penyerapan kalsium dan vitamin D.

4) Ubat Aluminium Antacids. 

  1. Antacids adalah ubat untuk melegakan ketidakhadaman dan sakit ulu hati. Rujukan : http://www.webmd.com/digestive-disorders/tc/nonprescription-medications-and-products-antacids-and-acid-reducers
  2. Antacids yang terlibat dalam mengurangkan kadar kalsium dalam badan adalah antacid yang mengandungi aluminium (Maalox, Rolaids, Gelusil dan banyak lagi) akan menyebabkan badan mula menyimpan aluminium di dalam badan selain kalsium.
  3. Ia akan menyebabkan tulang kita tidak kuat, terutama bagi mereka yang bermasalah pula dengan buah pinggang. 

5) Alkohol dan Tembakau

  1. Peminum alkohol dan pengguna tembakau mempunyai risiko untuk mendapat osteoperosis.
  2. Ada kajian yang menunjukkan perokok mempunyai dua kali ganda risiko untuk mengalami kerapuhan pada tulang pinggul berbanding orang yang tidak merokok.
  3. Alkohol menghalang penyerapan kalsium dan golongan ini mengalami risiko tulang yang cepat rapuh.

Jadi, jika anda tergolong dalam golongan ini, ataupun orang kesayangan anda terpaksa mengambil ubat-ubatan ini, teruskanlah, kecuali bagi golongan yang kelima iaitu peminum alkohol dan perokok, kerana ubat-ubatan tersebut penting untuk kesihatan badan anda.

Apa yang perlu anda lakukan adalah, mengambil cukup kalsium yang mengandungi Vitamin D untuk menampung kembali kehilangan kalsium dari tulang anda. 

Kerana sebagaimana yang telah saya jelaskan sebelum ini dari entry yang lepas, jika badan kita kekurangan kalsium dari darah, kalsium dari tulang akan dihakis sedikit demi sedikit untuk dibekalkan kepada darah kita untuk proses kelangsungan hidup untuk membina hormon dan enzim badan, aktiviti peregangan dan pengecutan otit, penghantaran mesej oleh saraf badan dan sebagainya.

Kasihanilah tulang kita, jika tidak pun, anda akan sedar bila anda mula sakait-sakit bahagian belakang badan atau cepat lenguh kaki dan tangan, itu tandanya kalsium badan semakin berkurangan.

Selamat bertindak dengan bijak untuk kesihatan diri yang optima.


Sayangi diri, kerana anda adalah kesayangan keluarga dan anak-anak anda :)
  • ***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_


    UMMI ZUBARI
    SID 892671


    call/sms/whatsapp : 013-8342092

    atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….



No comments:

Post a Comment