Sunday, 26 October 2014

Pengedar Shaklee Bintulu : Putera Hatiku Awang Abrisam Zubari..

REPOST SEMULA ENTRY LAMA :

http://kisahanakummi1.blogspot.com/search/label/Memori%20Terindah

Alhamdulillah...puji-pujian pada Allah.... tak sangka hari ni anak sulung saya dah masuk 6 TAHUN !!! Jemput baca entry lama saya tentang memori terindah dalam hidup saya...

########################################################################


Flash Back : 27 Syawal 1429 @ 27 Oktober 2008
Copy n paste dari entry ummi sebelum ni di web lain :


Alhamdulillah, aku dan suami kini telahpun bergelar ‘ummi’ dan ‘abi’ kepada putera kami, Awang Abrisam Zubari.

Cepat betul masa berlalu, belum pun sampai setahun usia perkahwinan kami, kami telah di kurniakan cahaya mata. Puji-pujian hanya pada Allah yang memberikan kami rezeki ini.

2 minggu sebelum aku di jangka bersalin, aku memang sudah kerap tidak pergi ke office. Terasa sangat susah membawa perut yang semakin membesar. Serba tak kena. Lagi pun aku sudah awal-awal lagi ‘handing over". Aku risau jika bersalin lebih awal dari tarikh jangkaan. Aku sungguh berterima kasih pada ‘bos’ ku yang tidak kisah dengan kekerapan aku tidak ke office.
Sejak selepas hari raya suami sudah mula tidak pulang ke Marudi kerana menemani aku yang ‘tunggu hari’ nak bersalin.

Benarlah kata orang penantian itu satu penyeksaan. Sungguhpun doktor memaklumkan aku dijangka akan bersalin pada 26 Oktober 2008. Aku sudah packing barang untuk di bawa ke hospital. Aku dan suami tetap berharap agar aku dapat bersalin lebih awal. Teruja rasa nya, lagipun aku sudah mula rasa ‘berat’.

Pada pagi hari Jumaat, 24 Oktober 2008, aku mendapati ada keluar darah, tapi saat itu belum lagi ada rasa sakit. So aku tetap relax, lagipun aku belum lagi merasakan ada contraction.
Pada pagi Sabtu, 25 Oktober 2008 aku mula merasakan sakit pinggang belakang dan darah masih ada keluar. Walaupun sakit, aku masih dapat menahannya dan aku masih relak. Sehinggalah pada jam kira-kira 3.00pm, aku mula merasa semakin tidak selesa dengan sakit di bahagian pinggang belakang. Aku mengajak hubby ke hospital.

Kami ke wad bersalin, aku di minta ambil urine dan nurse membuat ‘temuduga’ dengan ku. Macam-macam yang di tanya, almaklum maklumat itu akan di gunakan sebagai rujukan. Kemudian nurse membawaku ke ruang bersalin dan memeriksa ku. Bukaan baru 1cm dan lendir bercampur darah semakin banyak keluar. Walaupun belum masa untuk bersalin aku tetap di tahan di wad.
Selepas membelikan aku makanan, suamiku pulang ke rumah. Sebaknya. Rasa nak nangis kena tinggal. Pelawat tidak di benarkan tinggal di wad.

Suami memaklumkan penahanan aku di wad kepada mak dan rakan-rakan ku.
Pada hari Ahad, 26 Oktober 2008, aku mula merasa sakit yang agak kuat, dan ia semakin kerap. Yang lebih menyiksakan adalah rasa sakit di belakang dan pinggangku, lebih daripada sakit di rahimku. Hingga ketulang rasa mencucuk-cucuk. Membuatkan aku sukar untuk bergerak.

Memandangkan ini adalah pengalaman pertama so aku agak keliru juga apa rasa ‘contraction". Sempat juga aku bersoal jawab dengan diriku sendiri, adakah sakit yang ku alami sekarang di namakan ‘’contraction memandangkan sakitnya datang dan pergi. So aku mula membuat catatan, agak kerap juga sakitnya datang dan pergi. Kira-kira 11.00am, aku meminta nurse sekali lagi memeriksa berapa bukaan cm, dan bukaan baru 2cm, Sungguh mengecewakan, aku sudah mula berasa sakit yang amat sangat dan aku semakin tidak sabar ia segera berakhir. Cemburu aku melihat orang sekeliling yang sudah bersalin. Kelihatan lega.

Nasib baik ada mak dan suami yang menemaniku dan menolong mengurut-urut pinggang belakangku, walaupun kesakitan langsung tak berkurang.

Nurse dan doktor menasihati aku supaya banyak bergerak dan berjalan-jalan supaya bukaan semakin besar dan aku mudah bersalin, tapi macam mana, ke tandas sahaja aku sudah merasa pinggang belakang ku sangat sakit. Rasa ada tulang yang mencucuk isi daging di pinggang belakangku.

Walaupun terlalu sakit, ku gagahkan juga berjalan-jalan dengan harapan aku akan segera bersalin. Tak sabar rasanya, sudah tidak tertanggung kesakitan ini.
Pada ibu dan suami ku adukan rasa sakit ku. Ibu meminta ku bersabar dan menasihatiku supaya banyak kan berdoa.

Rasa nak mengalir air mata ku menahan rasa sakit. Sungguh seksa!!!!!
Pada jam lebih kurang 5.30pm, ibu ku balik ke kampung. Tanpa dapat ku kawal, air mata ku mengalir deras. Tak sanggup rasanya berjauhan dari ibu saat-saat aku menanggung kesakitan ini. Ibu memujukku dan berjanji akan segera melawatku keesokan harinya, lagipun pelawat tidak dibenarkan bermalam di wad.

Memandangkan pinggang belakangku semakin sakit, kira-kira jam 6.30pm sekali lagi aku meminta nurse memeriksa bukaan rahimku.

Kali ini, Alhamdulillah bukaan semakin besar dan nurse memaklumkan aku dijangka akan bersalin dalam waktu terdekat. Lega rasanya. So nurse memberi ubat supaya aku segera membuang air besar dan nurse meminta aku makan untuk tenaga semasa proses bersalin nanti.
Kak Agnes, nurse yang memeriksaku, menasihati aku supaya jangan ‘meneran’ sebelum di arahkan untuk meneran.

Kira-kira jam hampir pukul 7.00pm kalau tak silap, dengan di temani suami, aku di tolak ke bilik bersalin. Sebelum masuk bilik bersalin, semasa mencium tangan suami ku sempat aku meminta maaf dan meminta di doakan agar semuanya di mudahkan Allah. Suami mencium pipi dan dahiku, dan memesan supaya aku banyak berdoa.

Didalam wad bersalin, bukaan rahimku di periksa lagi, lebih kurang 5cm, aku di berikan oksigen sementara menunggu bukaan semakin besar iaitu lebih kurang 10cm. Masya Allah, lamanya lagi nak tunggu sedangkan aku semakin kesakitan.

Semasa aku bertanyakan pada nurse, adakah aku perlu tunggu lama lagi untuk bersalin, terasa lemah semangatku semasa nurse maklumkan yang bukaan selalunya 1cm untuk 1 jam.
Nurse meminta supaya aku banyakkan berdoa.
Ya Allah…Mampukah aku menunggu 5 jam lagi dengan kesakitan ini? Aku tak putus-putus berdoa agar Allah mudahkan segalanya.

Saat ini, terasa nyawa di hujung tanduk, sakitnya tak tertanggung. Dalam kesakitan, sempat juga aku berfikir dan kagum pada wanita-wanita yang berjaya melahirkan ramai anak. Bagaimana mereka mampu menempuh kesakitan sebegini berulang kali. Aku saat ini, terasa sangat fobia.
Aku terkenangkan ibu ku.

Sanggupkah aku untuk menempuh sakit begini lagi? Sempat lagi aku bersoal jawab. Mataku tak putus-putus memandang jam dinding. Kalau mengikut kiraan 1cm bukan dalam masa 1 jam, aku dijangka akan bersalin dalam pukul 11.00-12.00 malam.

Aku agak panik juga, kerana aku seringkali meneran. Membuatkan aku sering di marahi oleh nurse yang bertugas.

"Jangan meneran. Bukaan masih kecil. Belum masa untuk kitak bersalin tok. Bengkak kelak. Susah kitak nak keluarkan baby kelak". Rungut nurse saat dia memeriksa bukaan cm di rahimku.

"Kamek sik da meneran. Automatik jak kamek meneran tok".Balasku.
Aku pun heran, memang aku meneran dengan tidak sengaja.

Entah berapa kali juga aku meneran. Walaupun aku cuba kawal.

"Jangan meneran. Kelak kitak habis tenaga."

"Macam ne lah nak halang. Kamek sik meneran."

Dalam kesakitan, sempat juga aku bercakap. Hehe.
Jam masih awal lagi. Aku sudah terlalu kesakitan. Aku meminta nurse memeriksa bukaan cm. Kot-kot aku dah nak bersalin. Kerana selalu je meneran.

Semasa nurse memaklumkan masih perlu tunggu beberapa jam lagi. Aku meminta agar aku di pengsankan sahaja.

haha…tak logik betul. Mana boleh pengsan. Nanti tak ada tenaga nak bersalin. Lawak rasanya kalau aku kenang .

Aku diberikan gas ethonox untuk mengurangkan rasa sakit. Secara jujur ku katakan, gas itu tidak mampu mengurangkan rasa sakit, namun ia membuatkan aku berasa sedikit khayal, hingga kadang-kala aku ‘terlupa’ aku sedang sakit hendak bersalin.

Sepanjang aku bergelut menahan kesakitan, aku tetap membaca beberapa doa, dengan harapan Allah selamatkan aku dan bayi, serta memudahkan segalanya untuk ku.

"Sedut gas ya mun rasa sakit jak. Jangan banyak gilak sedut. Kelak anak kitak mabuk".
Kira-kira jam 11.00 malam, aku di periksa lagi. Bukaan sudah 9cm, dan aku di jangka akan bersalin sebentar lagi. Nurse segera menyiapkan peralatan. Air ketubanku di pecahkan. Nurse membetulkan posisiku agar mudah untuk bersalin, dan mengambil tube gas ethonox dariku walaupun aku berkeras mahu memegang tube itu, kerana takut sakit.

Kali ini, beberapa orang nurse dan seorang doktor, mengerumuniku. Aku di ajar cara meneran.
Aku dapat rasakan bayiku turun ke laluan untuk melahirkan, dan aku terasa hendak meneran.
Dengan lafaz Bismillah, aku cuba meneran dengan sekuat-kuat tenagaku. Dan rupanya, ia tidak mudah. Cubaan pertamaku gagal.

"Cuba lagi. Jangan buka mulut, tahan nafas, teran terus dan jangan putus-putus." Nurse memberiku panduan.

Aku cuba dengan panduan yang diberikan oleh nurse tersebut. Tapi, gagal lagi.
Entah berapa kali aku cuba meneran. Sehingga aku rasa sangat penat dan haus.

Sempat juga aku minta air. Tapi tak di layan. Iyelah kalau aku bertangguh-tangguh, nanti bayiku lemas. Lagipun bayiku sudah membuang air besar di dalam perut. Ia perlu segera di keluarkan!!!!

Semua orang sedang memberi semangat kepadaku. Walaupun agak lemah, kugagahi juga meneran, kerana khuatir sesuatu yang buruk akan terjadi pada bayi ku. Naudzubillah.

Alhamdulillah, setelah beberapa kali meneran, aku merasa sakit yang amat sangat di laluan bayi dan seketika kemudian terdengarlah tangisan bayi kami yang pertama.

Sebaik sahaja bayiku keluar melihat dunia, dia di letakkan di dadaku dan aku melihatnya buat pertama kali. Aku rasa terharu. Aku segera memelukkan. Hilang semua rasa sakit.
Maha Suci Allah, sungguh kacak bayiku, putih melepak dan bermata sepet. Beratnya 3.63kg. Subhanallah..

Seketika kemudian, bayiku di ambil untuk dibersihkan dan di selimutkan, sementara seorang nurse menunggu uriku keluar.
Aku bersalin tepat jam 12.55 am. Ini bermakna bayiku lahir pada 27 Oktober 2008, lewat sehari dari jangkaan doktor iaitu 26 Oktober 2008.

Kira-kira jam 2.00am aku di tolak ke wad, di mana tempat aku ditahan. Suami sudah pulang, kerana polisi hospital tidak membenarkan sesiapapun pelawat berada di dalam wad.

Hanya pada keesokan paginya,barulah ibuku, bapaku dan suami melihat bayiku.
Suamiku qamat di telinga kecilnya.
Aku pulang ke rumah bersama putera hatiku pada keesokan harinya.

Setiap kali ku tatap wajah comel puteraku, hatiku luluh dengan hangatnya kasih sayangku padanya. Tiada kebahagian yang setanding dengan rasa bahagia menyentuh jari-jemari dan mengucup pipi montel seorang cahaya mata.

Segala puji dan puja ku hanya pada Allah, yang menganugerahkan zuriat ini padaku dan suami.
Kini, putera kami, Awang Abrisam Zubari Bin Awang Abadi sudah berusia 2 bulan 2 minggu. Kuat menyusu dan montel, hingga orang sekeliling sering menganggapnya berusia 5-6 bulan. Semoga dia menjadi anak yang sihat, pintar dan soleh.

Buat putera di hati Ummi dan Abi, engkaulah anugerah terbesar dari Allah kepada kami.

Pengedar Shaklee Bintulu :Hepatitis B dan Shaklee - Apa kaitannya?

Assalamualaikum dan pagi... memandangkan malam tadi nenek shaklee saya bertanya tentang hepatitis B ... sebelum ni saya memang banyak baca juga tentang hepatitis B sebab penyakit ni sangat dekat ngan family kami... arwah bapa saya dulu di sahkan menghidap penyakit ini...
 
Sebelum ni memang just dengar je tentang penyakit ni... tak ambil tahu sangat.... hingga doktor maklumkan arwah bapak ada sakit ni... masa tu belum lagi kenal lanjut dengan shaklee....

Mari la berkenalan sikit mengenai penyakit ini.


Hati merupakan organ homeostasis yang memainkan peranan penting dalam proses metabolisma dalam manusia dan haiwan. Hati mempunyai pelbagai fungsi termasuk menyimpan glikogen, mensintesis protein plasma, dan menyahtoksik dadah. Ia menghasilkan hempedu yang penting bagi penghadaman. Ia melaksana dan mengawal pelbagai fungsi biokimia jumlah besar yang memerlukan tisu khas. Istilah perubatan yang berkaitan dengan hati sering kali bermula dari perkataan Greek bagi hati iaitu hepar, menjadi hepato- atau hepatic. Hati berwarna perang kemerahan dan terletak di bawah diafragma iaitu di dalam rongga abdomen. Hati menerima makanan terlarut dalam darah apabila makanan ini tercerna dan diserap di usus.

APA ITU HEPATITIS B?

Hepatitis B adalah infeksi hati yang disebabkan oleh virus hepatitis B. Hepatitis merupakan penyakit yang menyerang organ hati manusia. Hati mengalami radangan sehingga membuat fungsi hati, yang sebagai tempat penyaring racun-racun dalam darah, menjadi terganggu. Dengan terganggunya fungsi hati tersebut, maka terganggu pula fungsi organ yang lain, sehingga membuat kesihatan seseorang akan terganggu secara keseluruhan. Akibat lainnya adalah hati menolak darah yang mengalir sehingga tekanan darah menjadi tinggi dan pecahnya pembuluh darah.

PUNCA HEPITITIS

Penyebab kerosakan fungsi hati ini adalah disebabkan pengambilan alkohol secara berlebihan atau termakan racun yang membebani kerja hati dan mengakibatkan fungsi hati menjadi rosak. Tetapi, pada kebanyakan kes, hepatitis disebabkan oleh virus yang dibawa penderita hepatitis (untuk kes ini arwah bapak bukan lah peminum.... tapi kalau kesan dari racun tu tak mustahil coz arwah bapak ni petani...selalu juga spray rumput dengan racun..so maybe ada tempias di situ)
-

GEJALA HEPATITIS

Gejala-gejala umum dari hepatitis ini adalah rasa sakit pada perut bahagian kanan, lemah badan, mual dan demam. Pada beberapa kes juga ditemukan gejala seperti akan flu dan sakit kuning yang ditandai kulit dan mata yang terlihat kuning. Namun, gejala penyakit hepatitis tidak selalu tampak, khususnya pada kebanyakan kes yang menimpa kanak-kanak.. (apa yang kami perasan sebelum penyakit bapak di kenalpasti...antibodi arwah memang mula merosot..kerap demam...selera makan berkurang...cuma saat2 akhir usia... tanda2 seperti badan kuning... pembuangan air besar dah tak lancar... dan perut mulai kembung)


CARA MEMBANTU MENANGANI

  • mengamalkan makanan yang sehat seimbang  dan mengurangi  lemak yang berlebihan
  • menjaga berat badan yang sehat
  • berhenti atau mengurangi merokok
  • bersenam atau bersukan yang teratur
  •  mengatasi stress anda, mendapatkan beristirahat  sebanyak mungkin.
  •  melakukan vaksinasi hepatitis A, untuk melindungi anda dari virus-virus hepatitis lainnya, yang dapat menyebabkan lebih parah dari penyakit hati .

BAGAIMANA HEPATITIS B BOLEH MENULAR

Virus Hepatitis B terdapat dalam cairan tubuh seperti darah, air mani dan cairan vagina dari seorang yang terinfeksi. Virus Hepatitis B penyebarannya hanya dapat terjadi ketika cairan tubuh si penderita masuk ke tubuh orang lain.Virusnya dapat disebarkan meskipun jumlah cairan tubuh yang dapat terlihat oleh mata hanya sedikit.

  • Melalui penggunaan bersama barang pribadi - seperti pisau cukur, sikat gigi atau  barang  lainnya  yang tercemar darah.
  • Melalui jarum suntik yang tidak disterilkan
  • Melalui pemindahan darah.
  • Melalui perubatan tradisional dimana darah mungkin terlibat misalnya: tusuk jarum/akupunktur
  • Menggunakan peralatan tato yang tidak disterilkan dengan tepat. Ini  termasuk  pembuatan tato kosmetik.

Hepatitis B tidak merebak melalui:

  • batuk
  • berpelukan
  • gigitan/sengatan serangga
  • penggunaan bersama bilik mandi dan toilet
  • penggunaan bersama peralatan memasak dan peralatan  makan
  • kolam renang

APA KAITAN HEPATITIS B DAN SHAKLEE



Hepatitis melibatkan salah satu organ penting dalam badan iaitu HATI. Shaklee dapat membantu anda menjaga hati dengan kombinasi produk-produknya

1. Vivix 
Vivix merupakan supplement anti-penuaan terbaik didunia yang dibangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh Shaklee. Ramuan vivix telah menunjukkan impak kepada 4 mekanisme penting,
Vivix membantu memberika perlindungan antioksidan dan melindungi dan memperbaiki selular DNA. 


2. NutriFeron

Untuk kegunaan harian, NutriFeron meningkatkan pengeluaran interferon semulajadi badan iaitu suatu pengaktif kritikal sistem imun.

NutriFeron berfungsi di dalam peringkat selular sel dalam dua cara iaitu

- Mengaktifkan sistem pertahanan imun dengan aktif/cepat
- Menggerakkan "pasukan cari dan musnah' dalam sistem imuniti badan.

Interferon membantu melindungi kita daripada pendedahan harian terhadap beribu penceroboh asing yang boleh membawa kepada penyakit serius dan penyakit.

Oleh itu, amat perlu bagi kita untuk menolong badan kita membantu diri kita sendiri dan itulah tujuan Nutriferon; untuk merangsang setiap sel badan untuk menghasilkan lebih banyak interferon asli untuk menyediakan badan kita perlindungan dengan tahap yang lebih tinggi dalam skop yang luas terhadap serangan selsema, virus dsb.


3. DTX Complex

Mengandungi bahan ekstrak yang sangat penting dari biji benih pokok susu tisel yang menghasilkan 80% silymarin. Ia turut mengandungi bahan-bahan yang digabungkan secara unik dan saintifik; ekstrak daripada Schnizandra dan cendawan Reishi (herba yang kaya dengan anti-oksida) dan ekstrak daripada dandeion, kunyit dan articok (herba yang membantu mengekalkan aliran hempedu)

Fungsi DTX Complex

- melindungi hati daripada toksin, termasuklah dadah, racun dan bahan kimia
- merawat masalah hati seperti hepatitis dan sirosis
- mengurangkan kadar kerosakan hati akibat lebihan alkohol
- membantu mencegah dan merawat masalah batu karang
- membantu masala kulit seperti psoriasis dan ekzema
- Membina semula sel-sel hati
- meransang pengaliran hempedu
- merawat sindrom keletihan yang kronik
- meransang sintesis protin, meningkatkan jumlah enzim dalam hati untuk tujuan detoksifikasi, memperahankan pembentukan toksin.

Dengan kombinasi produk-produk Shaklee yang hebat ini, InsyaAllah kesihatan hati anda akan terpelihara. Jangan dikirakan berapa perbelanjaan penjagaan, bandingkan kemungkinan yang mendatang sekiranya hati anda tidak berfungsi lagi. 
 
 

***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_



UMMI ZUBARI
SID 892671


call/sms/whatsapp : 013-8342092

atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….

Tuesday, 21 October 2014

SHAKLEE BINTULU : RISIKO KEKURANGAN FOLIC ASID SEMASA HAMIL

Assalamualaikum dan salam sejahtera.... Didoakan semua pengunjung blog ini di limpahkan rezeki dan sentiasa di dalam rahmat ALLAH.

Jika anda sedang dalam proses untuk hamil anda wajib mengambil folid asid dari ketika sebelum hamil ini kerana folid asid sangat.Dalam Shaklee tiada produk bernama folic asid tetapi shaklee menawarkan B complex untuk Ibu hamil yang mana dalam sebiji B complex mengandungi 200mcg folic Asic selain itu b complek juga mengandungi 8 jenis vitamin B ,B complek ini mempunyai sistem penyerapan Bioktif (meningkatan penyerapan asid folic).
Kenapa bila kita hamil Doktor akan bagi Folic Asid?

KEPENTINGAN FOLIC ASID
- Meningkatkan fungsi saraf
- Penghasilan Hormon & sel- sel Darah merah
- Mengurangkan risiko bagi bayi dilahirkan dengan kecacatan tiub neuron sehingga 70%
- Mengurangkan risiko kelahiran pra matang

KELEBIHAN B COMPLEX
- Menukarkan makanan kepada tenaga
- Anti stress
- Mencegah kencing manis



KESAN KEKURANGAN ASID FOLIC

Risiko kekurangan Folid Asid
Jika anda berada di sekitar gombak dan sentul anda boleh dapatkan produk ini secara COD ini kerana saya adalah Pengedar Sah Shaklee Gombak dan Sentul serta kawasan sekitar. 
Jika anda berada di sekitar gombak dan sentul anda boleh dapatkan produk ini secara COD ini kerana saya adalah Pengedar Sah Shaklee Gombak dan Sentul serta kawasan sekitar. 
untuk Pertanyaan,Tempahan dan Temujanji 




Badan kita tidak boleh menghasilkan sendiri B complek dan ia hanya dibekalkan melalui pemakanan kita dan supplement yang kita ambil.Pilihlah supplement yang di jamin berkesan dan semulajadi dan B complex Shaklee mengandungi kesemua 8 vitamin B iaitu B1,B2,B3, B6, B12, Biotin, Pantothenic asid dan asid folic

- Mengurangkan risiko kemurungan



***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_



UMMI ZUBARI
SID 892671


call/sms/whatsapp : 013-8342092

atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….

Shaklee Bintulu :Anda Selalu Keletihan, Sakit Badan, Lenguh, Kejang, Sakit Gigi?

Assalamualaikum dan petang...nak share apa kata pengguna ostermatrik... menarik sangat sharing dari beliau..jempu baca ye....

####################################

Assalamualaikum,

Anda biasa ada masalah keletihan, sakit-sakit badan, lenguh-lenguh, kejang, sakit gigi dan seangkatan dengannya? Haa..berita baik untuk anda, sekarang ni dah ada penyelesaiannya.

Maria nak kongsikan produk Shaklee yang terlaris di pasaran, iaitu Ostematrix, gabungan Calcium Magnesium yang lengkap dengan Vitamin D.

Kalau anda jenis yang tak gemar minum susu, Maria ni pun sama. Maria boleh minum susu perisa chocolate dan strawberry, tapi sangatlah tak baik untuk kesihatan sebab terlalu manis.


Sejak Maria pregnant dan breastfeed, barulah Maria belajar minum susu Anmum. Itu pun kena campur dengan nestum. Maria nak hilangkan bau susu tu.

Sebelum ni, sejak pregnant hingga Maria bersalin, badan Maria selalu rasa sakit-sakit. Sakit pinggang, sakit punggung, kaki cramp dan bermacam-macam sakit lagi. Pendek kata, nak beralih posisi tidur pun sakit.

Kadang kadang rasa macam nak nangis.

Ada kalanya, Maria terpaksa kejutkan Firdaus suruh urut bila kaki cramp malam-malam.

Maria rasa mungkin badan Maria ni kekurangan kalsium.

Masa pregnant, Maria ada ambil supplement kalsium biasa yang beli kat farmasi, tapi macam tak berkesan sangat.

Maria ceritakan pengalaman Maria ini kepada biras Maria, Ainul.

Kemudian, Ainul berkongsi dengan Maria pengalaman beliau menggunakan Ostematrix ini semasa mengandung dan bersalin. Pengalaman ini pun ada beliau ceritakan di sini.

Selepas bersalin anak kedua, Maria mula amalkan Ostematrix macam yang Ainul suruh. Ostematrix ni salah satu vitamin dalam Set Bersalin & Menyusu Shaklee.

Alhamdulillah, selepas Maria amalkan Ostematrix ini, sakit-sakit dan lenguh-lenguh badan dah hilang. Subhanallah, Alhamdulillah!

Kenapalah masa pregnant dulu Maria tak jumpa produk ni.

Sekarang ni, badan pun rasa lebih segar dan ringan je bila bangun pagi. Syukur Alhamdulillah.

Bila Maria start kerja, Maria pun ‘share’lah dengan kawan-kawan Maria di office, especially yang tengah pregnant dan breastfeed.

Rupa-rupanya ramai sangat kawan Maria ada masalah yang serupa. Masa pregnant, mereka sakit pinggang, sakit punggung, kaki cramp, sakit gigi, dan segala ‘mak nenek sakit’ lagi.

Maria ceritalah pengalaman Maria yang sama dengan mereka.

Rupa rupanya, kaum ibu rasa sakit masa pregnant dan masa menyusu sebab kekurangan kalsium. Banyak kalsium dalam badan ibu dah diserap oleh baby dalam kandungan dan jugak disalur kepada baby melalui susu.

Kalau kalsium dalam badan ni tak ditambah balik, sakit-sakit badan akan terus kekal walaupun lepas bersalin dan bila dah stop breastfeeding.

Sebab tu lah normal untuk para ibu ada masalah sakit gigi, sakit-sakit badan dan mudah dapat osteoporosis (penyakit tulang rapuh). 



See, betapa besarnya jasa dan pengorbanan seorang ibu yang mengandung dan menyusu kan.. Para bapa sila ambil perhatian ye!! :)

Alhamdulillah, ramai kawan-kawan Maria di office yang dah cuba Ostematrix ni.

Antaranya ada seorang kakak yang tengah pregnant 7 bulan, lepas makan Ostematrix dan ESP Soy Protein Powder, terus dia rasa lebih bertenaga dan hilang sakit-sakit pinggang dan punggung.

Lagi seorang kawan Maria pulak selalu sakit-sakit kaki dan lutut lepas bersalin. Sekarang sakit tu pun dah hilang lepas makan Ostematrix.

Alhamdulillah, kesan yang cepat dan ketara. Seronok dapat bantu orang lain menjalani kehidupan dengan lebih sihat.. :)

Ostematrix ni juga bagus untuk mengurangkan sembelit, especially untuk ibu menyusu. Kalau ada masalah susu merudum masa datang period, Ostematrix pun dapat membantu meningkatkan penghasilan susu..

InsyaAllah...Kiranya, Ostematrix ni memang terbaiklah! A must item in your Set Bersalin dan Menyusu.

Ostematrix ni pun bagus untuk lelaki. Especially yang bekerja keras membanting tulang 4 kerat. Kalau tulang dah rapuh, macam mana nak bekerja untuk mencari rezeki yang halal kan..

Cara Pengambilan:-

Bagi mereka yang minum susu setiap hari, ambil 2 biji sehari sebelum tidur malam.

Bagi yang langsung tak minum susu, ambil 4 biji sehari sebelum tidur malam untuk membekalkan keperluan kalsium harian anda.

Thanks for reading! :)
 
##################################################
 
Best tak sharing dari beliau ???

***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_


UMMI ZUBARI
SID 892671


call/sms/whatsapp : 013-8342092

atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….
 
 

Thursday, 16 October 2014

Shaklee Bintulu : Jenis Ubat yang Boleh Mencuri Kalsium dari Tulang dan Darah Anda

 
 
Credit : http://healthierlife4uandme.blogspot.com/2014/10/jenis-ubat-yang-boleh-mencuri-kalsium.html
 
Assalamualaikum dan selamat petang....

Wah, seronok pula bila mengkaji lebih tentang mineral kalsium. Sebelum ni saya dah berkongsi tentang :

1) Mengapa badan kita perlukan kalsium dan bagaimana kalsium berfungsi dalam badan
2) Jenis kalsium yang bagus diserap dalam badan

dan hari ini, saya nak berkongsi dengan pembaca kesayangan saya sekalian tentang jenis-jenis ubat yang boleh membuatkan kalsium anda akan hilang dari badan.

Bersedia?

Ha, sila cek betul-betul mana tahu ubat tu sebenarnya adalah ubat yang biasa kita ambil :)



Jenis Ubat yang Mengurangkan Kalsium Dari Badan


1) Cortisone dan Ubat Steroid

  1. Ramai yang ambil ubat > glucocorticoids
  2. Ia adalah sejenis ubat sintetik untuk hormon steroid yang dihasilkan di dalam badan.
  3. Jenis ubat yang terlibat adalah cortisone, hydrocortisone, prednisone dan dexamethasone.
  4. Kegunaan untuk asma, lupus, rheumatoid arthritis, inflammatory bowel disease dan masalah banyak lagi.
  5. Ubat-ubat ini boleh menyebabkan kehilangan bahagian tulang dengan lebih cepat berbanding pembinaan tulang tersebut. Bahaya kan?
  6. Para doktor telah mengkaji, walaupun mengambil dos sebanyak 10mg dari ubat-ubat di atas untuk jangka masa yang lama, anda memang berpotensi mengalami osteoperosis.
  7. Ubat untuk asma tidak termasuk dengan ubat yang disedut.
  8. Jika anda terpaksa mengambil ubat-ubatan di atas, berjumpalah pakar untuk mengambil ujian kepadatan tulang dan mengambil supplement kalsium yang mengandungi Vitamin D.

2) Ubat Thyroid

  1. Bagi pesakit thyroid, terutama yang berusia seperti saya, kita tidak dapat menghasilkan cukup hormon thyroid dan akan mengambil ubat seperti Synthroid, atau ubat yang lain yang diambil seumur hidup.
  2. Ubat ini juga berpotensi untuk menyebabkan kehilangan kepadatan tulang dari hari ke hari.

3) Ubat untuk Kolsterol Tinggi.
  1. Chlolestramine (Questran) adalah ubat untuk Kolesterol Tinggi, boleh menyekat penyerapan kalsium dan vitamin D.

4) Ubat Aluminium Antacids. 

  1. Antacids adalah ubat untuk melegakan ketidakhadaman dan sakit ulu hati. Rujukan : http://www.webmd.com/digestive-disorders/tc/nonprescription-medications-and-products-antacids-and-acid-reducers
  2. Antacids yang terlibat dalam mengurangkan kadar kalsium dalam badan adalah antacid yang mengandungi aluminium (Maalox, Rolaids, Gelusil dan banyak lagi) akan menyebabkan badan mula menyimpan aluminium di dalam badan selain kalsium.
  3. Ia akan menyebabkan tulang kita tidak kuat, terutama bagi mereka yang bermasalah pula dengan buah pinggang. 

5) Alkohol dan Tembakau

  1. Peminum alkohol dan pengguna tembakau mempunyai risiko untuk mendapat osteoperosis.
  2. Ada kajian yang menunjukkan perokok mempunyai dua kali ganda risiko untuk mengalami kerapuhan pada tulang pinggul berbanding orang yang tidak merokok.
  3. Alkohol menghalang penyerapan kalsium dan golongan ini mengalami risiko tulang yang cepat rapuh.

Jadi, jika anda tergolong dalam golongan ini, ataupun orang kesayangan anda terpaksa mengambil ubat-ubatan ini, teruskanlah, kecuali bagi golongan yang kelima iaitu peminum alkohol dan perokok, kerana ubat-ubatan tersebut penting untuk kesihatan badan anda.

Apa yang perlu anda lakukan adalah, mengambil cukup kalsium yang mengandungi Vitamin D untuk menampung kembali kehilangan kalsium dari tulang anda. 

Kerana sebagaimana yang telah saya jelaskan sebelum ini dari entry yang lepas, jika badan kita kekurangan kalsium dari darah, kalsium dari tulang akan dihakis sedikit demi sedikit untuk dibekalkan kepada darah kita untuk proses kelangsungan hidup untuk membina hormon dan enzim badan, aktiviti peregangan dan pengecutan otit, penghantaran mesej oleh saraf badan dan sebagainya.

Kasihanilah tulang kita, jika tidak pun, anda akan sedar bila anda mula sakait-sakit bahagian belakang badan atau cepat lenguh kaki dan tangan, itu tandanya kalsium badan semakin berkurangan.

Selamat bertindak dengan bijak untuk kesihatan diri yang optima.


Sayangi diri, kerana anda adalah kesayangan keluarga dan anak-anak anda :)
  • ***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_


    UMMI ZUBARI
    SID 892671


    call/sms/whatsapp : 013-8342092

    atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….



Shaklee Bintulu :Mengapa Kita Terlalu Memerlukan Kalsium dan Bagaimana Kalsium Digunakan di dalam Badan

Assalamualaikum dan petang....

Wah best sangat info tentang kalsium ni...

credit to :http://healthierlife4uandme.blogspot.com/2014/10/mengapa-kita-terlalu-memerlukan-kalsium.html

Seperti yang kita tahu, kalsium adalah mineral yang paling banyak di dalam badan.

Lebih kurang 2 peratus dari jumlah keseluruhan berat badan, adalah terdiri dari mineral kalsium.


Kebanyakan kalsium, iaitu dalam lingkungan 98% dari jumlah 2 peratus kalsium tadi, terdapat di dalam tulang kita. Lebihan 1 peratus ada di dalam gigi dan 1 peratus lagi berada di dalam peredaran darah.


Disebabkan hanya ada 1 peratus kalsium di dalam darah, ia menjadikan kalsium ini tersangat penting dan mineral yang sangat diperlukan oleh kita. 



Mengapa Kalsium Penting untuk Tubuh Badan? 


Kerana dari jumlah 1 peratus kalsium inilah, sel badan akan menggunakan sumber kalsium ini untuk kepentingan pembentukan tulang kita. Namun begitu, jika jumlah kalsium di dalam darah kurang dari 1 peratus, kalsium yang tidak cukup tadi akan ditarik oleh sel tulang untuk mengembalikan kalsium ke dalam darah kita untuk menjadikannya cukup 1 peratus.

Disebabkan itulah, bila kita kekurangan kalsium, sel badan terpaksa menggunakan kalsium dari tulang yang amat kita perlukan untuk melakukan aktiviti kita seharian seperti berjalan, duduk, berlari dan sebagainya. Bermulalah episod kesakitan tulang secara tiba-tiba tanpa kita sedari, lenguh-lenguh badan dan sebagainya.

Oh, begitu senang rupanya kalsium hilang dari tubuh kita!

Selain itu, kalsium membantu kita untuk proses jantung mengepam darah, mengawal tekanan darah, membekukan darah, pengecutan otot dan peregangan otot dan proses menghantar utusan atau impulse ke seluruh badan melalui sistem saraf.



Kalsium diperlukan untuk :

1) membina kebanyakan hormon dan enzim badan, terutamanya yang mengawal penghadaman badan dan bagaimana badan menggunakan tenaga dan lemak di dalam badan kita. 

2) Kalsium juga penting untuk membina tisu penghubung 

3) menurunkan tekanan darah yang tinggi;

4) dan kalsium penting untuk mengawal terjadinya kanser kolon.

Jadi, betapa kalsium sangat-sangat diperlukan oleh badan dan kita perlu menghargai kehadiran 1 peratus kalsium yang ada di dalam darah kita untuk mengawalselia kesemua proses penting di dalam badan.

Mahukah anda secara tiba-tiba mengalami keguguran gigi? Sanggupkah anda mengalami kekejangan kaki secara tiba-tiba sewaktu melakukan aktiviti kegemaran anda? Atau di waktu usia muda ini kita telah mengalami sakit pinggang atau tulang belakang?

Kehilangan gigi adalah satu mimpi ngeri untuk wanita!


Atau pernahkah anda mendengar mengenai kerapuhan tulang atau pun osteoperosis?

Perbezaan antara tulang normal dan tulang yang mengalami osteoperosis


Kasihan, kan? Kasihan pada badan kita kerana terpaksa mencuri kalsium dari tulang untuk mencukupkan keperluan kalsium untuk pembentukan hormon dan enzim badan yang diperlukan setiap hari.

Belum kira lagi bagi yang telah mengalami kecederaan pada tulang, rupa-rupanya di dalam darahnya pula memang tidak cukup langsung kalsium untuk menggantikan tulang yang cedera kepada pembinaan tulang yang baru, dan juga tidak cukup pula digunakan untuk proses-proses penting di dalam badan.

Itulah antara akibat anda secara tiba-tiba mengalami tekanan darah tinggi di usia yang muda.

Jadi, fikir-fikir kan bagaimana anda boleh mendapatkan sumber kalsium yang cukup untuk kepentingan keseluruhan sel badan kita.

Sambungan selepas entri ini akan saya kongsikan bagaimana memilih sumber kalsium yang terbaik untuk badan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua!

  • ***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_


    UMMI ZUBARI
    SID 892671


    call/sms/whatsapp : 013-8342092

    atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….