Dapat daripada rakan FB ummi :
http://naluriibu.blogspot.com/
Terdetik
hati ingin berkongsi sedikit kisah perjalanan saya bersama SHAKLEE
selama hampir 13bulan. Jalan cerita yang mungkin agak panjang.. :) Ermm
pada mulanya saya memang anti dengan SHAKLEE memang x suka laa. Sebab
bagi saya semua MLM sama. Suami saya joint SHAKLEE dari tahun 2002. Tapi
sebiji pun supplement SHAKLEE tak pernah masuk dalam mulut saya.
Sehinggalah lahir putera ketiga kami. Entah bagaimana saya tergerak
untuk mencari “sesuatu” untuk badan dan kesihatan saya. Memula serch
jumpa Shaklee serch lagi jumpa shakle.. Stress jugak. Tapi entah camne
digerakan hati untuk mencuba. Blog pertama yang saya jumpa Blog Master Nur Laila Saya
message kat fon dia. Saya Tanya supplement apa yang perlu saya ambil.
Tapi masa tu saya bagi tahu dia saya nak beli guna ID suami saya sebab
suami saya member. Mungkin jodoh kami. Dia tak reject saya, dia advice n
saya pun mula laa consume. Bila mula consume saya rasakan perubahan
yang lebih positif. So saya pun mula share dengan kawan2 terdekat. Bila
orang tanya saya, saya tanya kak laila. Dia terus menjawab setiap
persoalan saya. Ade kalanya saya bagi customer kat dia, memula saya
tanya berapa komisyen akak nak bagi kalau saya carikan akak customer.
Hahahaa.. x terniat pun sebenarnya saje kacau dia. Then dia ajak saya
join group dia. Mulanya saya berbelah bahagi sebab hubby pun dah ade ID
sendiri. Tapi tu kisah lain. Tak perlulah saya ceritakan di sini. Oleh
kerana cuba untuk berlaku adil dengan Kak Laila. Saya pun setuju untuk
join member. Tapi saya bagi tahu dia, kak saya join tapi saya belum nak
beli guna id saya k. Dia tak kisah. Saya memilih tarikh 26hb October
2011 sempena tarikh lahir anak kedua saya Aisy yang membawa maksud (kaya
raya/ kesenangan hidup)tapi masa tu kak laila registerkan 27 hb, ok
je.. xde maslah apa pun.. Walaupun dah ade id saya tetap n masih membeli
dengan id suami.. oh ye bawah suami saya dah berlapis2 dah level.. tapi
sebab dia tak aktifkan. Saya kata kat Kak Laila nanti dulu ye kak..
ehehehe..
Entah
bagaimana bulan 12 saya bagi tahu Kak Laila.. ok kak saya sedia nak
sharing.. saya nak bantu semua ibu-ibu menyusu, saya nak semua ibu yang
ada susu kan anak mereka. So saya start dengan buat Blog. Saya start
share semua info yang berkaitan dengan penyusuan.Apa ada kat blog kak
laila yang berkaitan saya copy kat blog saya. Iklan Pertama saya kat
baby stuff hasil susu perahan yang saya perah selepas amalkan bco vit c
vitalea n alfafa. Memang diluar jangkaan, saya post iklan tu hari sabtu
dalam masa satu hari lebih 60 komen yang terpaksa saya reply. Haa amik
kau.. masa tu saya cakap kat Kak Laila.. kak nak muntah dah reply komen
orang ni. Last nya kak laila tolong reply kan separuh. Ehehehe..
Sambutan hangat hampir seminggu n iklan tu masih kekal sampai ke hari
ni. Ade 3 versi.. tapi yang dua kene kacau dengan “seseorang”
Saya
keep on sharing. Sebab niat saya nak bantu semua ibu menyusu n saya
yakin produk ni boleh bantu saya nak capai niat saya tu. Then tiba hari
nak closing, bila nak closing Kak laila bagi tau uv saya banyak ni. Wahh
banyaknya, terkejut gak, n terus naik supervisor. So masuk bulan kedua
ade sorang kawan kata nak join member tapi dia nak makan sendiri Cuma
nak ade id je. Dia join free membership. Punya laa saya tak kisah sangat
kan pasal benda nie, saya suh dia g Shaklee daftar sendiri. Hahahaha.
So dia pun daftarlah member bawah saya.
Tak
lama lepas tu kak laila Tanya saya, zura ramai2 customer awak ni tak de
ke yang nak join member. Saya kata sabar kak.. masanya akan tiba nanti.
Ecehh.. Sekali tak lama lepas tu Allah kirimkan seseorang untuk saya.
Bulan ketiga saya terus naik Sr Supervisor effective sendiri tanpa mak
tolong lagi dah lepas tu. Start dikurniakan anak, saya mula bukak manual
book Shaklee. Saya terfikir sendiri, apa best sangat yang Shaklee
tawarkan. Saya study page by page. Saya baca semuanya sampai saya betul2
faham saya serch info n I get it. Bulan ke empat KakCery MamaFaiz turun
JB. Masa tu terasa alamak boleh ke nak join kelas dorang ni. Malunya
sebab sebelum ni saya jarang sangat berkomunikasi dgn Kak Cery. Hidup
saya dengan mak saya je. Apa Mak suruh saya buat, apa mak cakap saya
ikut. Tak pernah sekali pun rasanya saya pm mana-mana distributor lain
camne nak jual, camne nak buat iklan camne nak promo. Saya buat ikut apa
yang saya nak n apa yang mak ajar. Setiap hari saya Pm mak saya, dah
macam orang bercinta, sehari tak pm rasa tak lengkap hidup. Tapi x
pernah dengar suara tak pernah bertemu. Tak pernah bertemu sehingga saya
bergelar MASTER. Jarak bukan alasan untuk kita berjaya. Ingat tu. Saya
di Selatan dia di Barat. Saya FOKUS kat jalan saya sahaja. Masa tu Kak
Cery pun x kenal saya, sebab nama kat fb lain kat statement dia dapat
lain.. hahahaha.
Tapi
saya gagahkan juga, bagi tahu mak macam nak join, so dengan malu malu
kucing saya pun pergi. Masa tu la pertama kali jumpa beeha, liyana, n
fai. Sebelum ni pernah dengar nama tapi xpernah pun inbox ke apa.
Alhamdulillah pertemuan tersebut sangat memberi kesan hingga ke hari
ini. Ukhwah yang terbina sangat dalam rasanya. Masa tu saya mula ada
target. Sebelum ni saya main redah je, janji saya effective, Tak de pun
tulis nak jual esp bape tin nak jual bco berapa, yang saya tahu mesti
effective. Saya memang jenis last minit. Mak saya pun semput dengan saya
awal tu. 4 hari nak closing uv baru 500-600. Tapi saya kata kat dia
akak relax insyaAllah effective. Yup saya effective n Allah kirimkan
rezeki dari sumber yang tak disangka-sangka. Tapi saya laa semput,
setiap kali closing ku mcm hilang akal dok mengejar uv. Saya tak pernah
simpan stok. Orang bank in saya baru beli.
Oh
ya, tak lama lepas tu saya pergi majlis NC. Masa tu saya dapat satu
award je. Yang buat saya teruja bila saya tengok Kak Cery naik Stage
Sebagai MASTER COORDINATOR. Saya bagi tahu kat beeha n liana. Tahun
depan I naik Stage as MASTER ok. Hahahhaa. Tapi saya memang tanam dengan
apa yang saya katakan.
Kemudian
ALLAH kirimkan seorang demi seorang untuk saya. Ladang saya semakin
besar. Saya terus melangkah tapak demi tapak. Saya pastikan setiap liku
yang saya lalui dengan enjoy dan setiap langkah saya itu dapat memberi
sedikit manfaat pada orang lain. Now Passion saya lebih pada nak bantu
lebih ramai kehidupan di luar sana. Saya dengar pelbagai cerita sedih
dari anak2 yang datang pada saya. Ya mungkin saya tak rasakan “Sakit
Perit “ macam mereka rasakan. InsyaAllah dengan gaji yang saya terima
cukup sangat untuk saya dan keluarga. Tapi saya terdetik, selfish nya
aku jika aku sorang senang. Sedangkan banyak lagi kehidupan kat luar
sana yang susah. Mungkin sekarang aku seronok makan berjalan bersama
keluarga. Sedangkan ada orang lain yang merintih mencari sesuap nasi,
hutang keliling pinggang. So saya rasakan saya perlu bantu lebih ramai
orang.
Sangat
seronok rasanya bila ade anak bisnes yang bagi tahu, thanks kak. Beban
saya semakin lama makin berkurang. Terima kasih sebab beri saya peluang.
So dari situ saya mula rasakan ini jalannya untuk saya cuba bantu lebih
ramai orang. Ye duit usah perlu dikejar dia akan datang sendiri. Jika u
kejar u akan letih, sampai satu masa u give up. So teruskan tambah
nilai dalam hidup orang lain dan duit tu yang akan kejar u. Trust me.
Bulan ke tujuh saya naik setapak lagi ke Coordinator. Ujian untuk saya
di sini sangat kuat. Tapi saya jadikan itu sebagai cabaran untuk saya
buktikan tuduhan n pandangan mereka-mereka itu tak benar.
Bulan
ke lapan saya terima income 5 angka yang pertama. Huh memang masa tu
tak tahu nak gambarkan macam mana. Terasa kerdil sangat diri saya di
sisiNya. Dalam masa yang sama Allah terus kirimkan anak bisnes untuk
saya. Semua bersungguh-sungguh. Semua hebat2. Bulan ke sepuluh saya naik
setapak lagi sebagai Sr Coordinator. Masa tu promo ESP. memang terkejut
saya boleh jual sebanyak tu. Tapi macam saya cakap sebelum ni, jika u
betul yakin focus n berkehendakkanya seiring dengan usaha. Pasti u
dapat. Masa ni Kak Cery cabar saya, Cabaran 90 hari menjadi MASTER.
Tertelan air liur kejap. Hahaha.. tapi sesi tu Cuma gurauan je dalam
group whatsapp kami. Bulan ke sebelas naik setapak lagi ke Key
Coordinator, bulan ke dua belas naik setapak lagi ke Sr key coordi.
Ikutkan saya belum betul bersedia untuk sampai ke tahap ni. Tapi berkat
doa saya dikurniakan dengan anak2 yang cukup hebat. Jauh lebih hebat
dari saya. Dua orang anak saya melompat dr Supervisor ke Coordinator. So
saya dengan terpaksanya juga melompatkan diri saya. Hahahaha.
Pertengahan
bulan ke tiga belas (January) saya print GE terkejut tgok guv n ov.
Tapi masih relax. Sebab kalau ikutkan apa yang saya bagi tahu mak saya
paling awal saya target Febuary n paling lewat April. Tapi jika dah
tersurat itu rezeki, ianya tak akan kemana. Hari closing bila print GE
tgok ov lebih 90k. Tak ada apa yang boleh saya ucapkan selain rasa
syukur yang amat sangat. Yup saya semakin percaya dan yakin. Duit usah
perlu dikejar. Tapi tanamklan dalam hati untuk bantu lebih ramai orang.
Pasti Duit itu akan kejar u. Dan ini yang selalu saya tekankan pada
anak2 saya.
Usah
sibuk dengan orang lain. Stop mencari alasan. Jangan jadikan masa
sebagai halangan. Tak de orang lain yang boleh ubah kehidupan dan diri
kita. Hanya kita yang mampu corak n ubah semua itu. Jika alasan yang u
pilih maka percaya cakap saya u tak akan ke mana. Jadi diri sendiri
dalam hidup ni, kerana kita akan menghadapi ujian hidup yang berbeza
dengan orang lain. Tembok dihadapan kita tak sama tinggi dan rendahnya
dengan orang lain. Mereka di laluan mereka dan kita di laluan kita.
Mungkin halangan di hadapan mudah bagi mereka tapi mungkin sukar bagi
kita ATAU mungkin sukar buat mereka tapi mungkin mudah bagi kita.
No comments:
Post a Comment