http://www.mamafaiz.com/
Monday, March 14, 2011
Tips pengurusan masa
yes..semua orang ada 24jam..saya pun tak terkecuali....lately saya rasa
saya makin kelamkabut..mengalahkan orang ada anak 10 org..mengalahkan
menteri yang manage whole country.. ahakss.... dan bila saya renung2
balik... kalau hubungan dgn Maha Pencipta .. Hubungan dengan makhluk2Nya
..semuanya tiada masalah ..insyaAllah ..segala pekerjaan kita
dipermudahkan .. dulu2 zaman di U..bila saya rajin dengan aktiviti luar
jemaah kampus ..aktiviti geng2 surau....baik dgn lecturer2 ..rajin gi
kelas... alhmdulillah result mcm tak caya jer.. :-)..... tekejut gak
walhal takdela 24jam mengadap buku ... tapi bila semester yang saya rasa
sy kene tgk buku sokmo ....tak join aktiviti jemaah(sbb rasa mcm kene
study 24jam)..kelas pun asik ponteng..bgn lmbt..gege. ..time tu result
tak sebest yang semester sebelum tu ....dan sebab tu saya concludekan
....bahawa selagi kita menjaga hubungan dgn Allah dan hubungan dgn
makhluk2Nya ..kita akan berada di bwh lindungannNya.. cuma sebagai
hambaNya yg lemah.. ..syaitan dikeliling kita yg tugasnya menakut2kan
kita dengan kesusahan, kemiskinan, kehampaan, kekurangan harta jiwa...
yg membuatkan kadang kita leka dan lalai... ..
Dan bila bercerita tentang menulis di blog...dulu saya wujudkan blog ni
sebab nak berkongsi tentang suppemen Shaklee..supplemen yang saya
sendiri dah rasai dan dah cuba... dan dari hari ke hari... setiap entry
saya.. saya ingin berkongsi bukan sekadar tentang supplemen..tapi
tentang sesuatu yang dapat dimanfaat buat semua ..kerana saya suka
menulis.. .. kalau yg sangat2 privacy.. ..kene tulis dlm diary
...ahaha.. (kalau tak ..nnt big bos kat Miri tegur...hehe) .... jadi tak
semua dapat saya luahkan di sini. .lagipun saya ni seorang yang
perahsia dan pendiam (kalau pot pet tgk situasi dan keadaan ..ahaha)..
saya lebih suke mendengar luahan masalah anda.. ... dan ditengah2 mlm ni
. saya nak berkongsi berkaitan dgn tajuk di atas .. bagaimana anda
menguruskan 24jam yang anda ada.. (tips ni untuk saya juga..huhu)..
- pastikan anda ada log book...(TO DO LIST)...dan sangat2 dinasihatkan anda buat to do list tu dalam checklist format.. Kiranya anda ada MASTER CHECKLIST yang merangkumi daily schedule untuk seminggu... so awal2 minggu..let say esok hari isnin..so malam tu..listkan siap2 pekerjaan2 yg anda perlu buat.....contoh basuh baju ke,review document ke,tengok tv ke.....allocate masa utk setiap to do list..sgt penting peruntukan masa jadi takkan tersasar..contoh nak tgk tv setengah jam...so jgnla over2..cth lain kata nak surf 20mint..so plus minus 5-10min je boleh. then be specific job yang nak di buat tu.... (saya dlm proses nak develop masterchecklist utk saya ni)
- pastikan meja tempat anda kerja (workspace) sentiasa kemas..tak kirala anda kerja dari rumah atau di ofis... sediakan filing system...beli 2-3 file dan setiap file ada label ..Bil, Resit, Surat, Statement, Order, Address, Etc.... Be organized.. at the end of the day ... spend 5 minit..susun kembali ke tempat asal. .jgn tangguh2...
- set masa yang khusus untuk reply emel...bukan kene reply on the spot..tapi cemana kalau lupe nak reply?. Klik reply kat emel yang disend ke kita.tapi save as draft. then bila masa yang sesuai ..pergi kat semua draft...boleh start reply..jadi kita takkan tertinggal untuk reply emel orang.... Sekrang ni kalau emel notification je penuh inbox.. jadi jgn 24jam dok termenung tgk notification ni je... buat special folder utk setiap mail...
- kurangkan gangguan...yang ni anda sahaja yang tahu apa yang menggangu anda...TV, hiburan, borak2, phone call..etc... mcm saya tulis tadi. jika anda dah set to do list dan masa allocate utk setiap aktiviti..anda akan lebih mudah utk fokus..
- DOA.... doa ni senjata kita dan perisai harian kita..doa agar Allah permudahkan urusan harian kita..kerana semua yang terjadi diluar kekuasaan kita
..Alamak..dah 12.45AM. .. times up..masa untuk menulis dah tamat...masa
untuk beradu. semoga hari esok menjanjikan keceriaan dan kebahagiaan
buat kita semua..
_____________________
...Surah Al -Asr
“Demi MASA. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh.Yang berpesan-pesan dengan KEBENARAN. Yang berpesan-pesan dengan KESABARAN”..
Tuesday, March 8, 2011
Resipi kewangan jutawan
Dalam
kehidupan seharian keseimbangan adalah penting. Ada masanya untuk
bekerja, ada masa untuk makan, ada masa untuk beribadah dan ada masa
untuk berehat. Begitu juga dalam perancangan kewangan..bla bla.bla.Dan
tghari ni saya nak kongsi resipi untuk anda menguasai kewangan anda…(sy jumpe artikel ni semlm)..tapi tengaharini baru sy dpt autopublish..sbb nak edit2 dulu)… …Jom baca and apply bersama2…
_______________________
Resepi kewangan 1 - Menjejaki duit yang hilang. Maksudnya membuat
catatan kesemua perbelanjaan dan penerimaan duit. Dengan membuat
catatan, ini dapat membantu mengenalpasti kemana duit itu dibelanjakan
dan berapa jumlahnya. Catatan perbelanjaan boleh dilakukan dengan apa
saja –guna buku 555,guna excel
Resepi Kewangan 2 - Membuat perancangan kewangan
Menguasai duit memerlukan perancangan kewangan yang baik. Keseimbangan perlu ada dalam perbelanjaan dan simpanan. Fomula keseimbangan kewangan ( Balanced money formula ) oleh Elizabeth Warren dan Amelia Tyagi adalah satu contoh yang baik untuk mengawal perbelanjaan. Di sini duit akan dibahagikan kepada 3 kategori.Keperluan 50% - barang yang mesti ada seperti rumah, makanan, pakaian dll(suplemen kira keperluan yer..hehe).Simpanan 20% - simpan untuk masa depan dan pesaraan
Kehendak 30% - membeli barang atau perkhidmatan yang kita suka tapi tidak kritikal dalam kehidupan harian. (cth:astro, internet, makan di restoran,baju,kasut)
Menguasai duit memerlukan perancangan kewangan yang baik. Keseimbangan perlu ada dalam perbelanjaan dan simpanan. Fomula keseimbangan kewangan ( Balanced money formula ) oleh Elizabeth Warren dan Amelia Tyagi adalah satu contoh yang baik untuk mengawal perbelanjaan. Di sini duit akan dibahagikan kepada 3 kategori.Keperluan 50% - barang yang mesti ada seperti rumah, makanan, pakaian dll(suplemen kira keperluan yer..hehe).Simpanan 20% - simpan untuk masa depan dan pesaraan
Kehendak 30% - membeli barang atau perkhidmatan yang kita suka tapi tidak kritikal dalam kehidupan harian. (cth:astro, internet, makan di restoran,baju,kasut)
*tapi peratusannya bergantung kepada anda.. Anda adalah chef kepada resipi anda..bukan saya..
Resepi Kewangan 3 - Jumlah perbelanjaan kurang dari jumlah pendapatan
Perbelanjaan hendaklah dikawal. Sekiranya belanja melebihi pendapatan sampai bila pun kita tidak akan dapat keluar dari belenggu hutang. Kawal perbelanjaan anda. Membeli dan berbelanja secara bijak. Tetapkan kategori belian anda, adakah ini keperluan ataupun kehendak. Kurangkan kehendak dan pelajari bagaimana untuk mendapat ketenangan dengan benda yang sedikit. ( less is more )
Resepi Kewangan 4 - Hapuskan hutang
Bayar kesemua hutang. Sama ada hutang kad kredit, hutang kereta, hutang rumah, hutang PTPTN dan sebagainya. Hutang adalah seperti api dalam sekam menunggu sahaja untuk membakar kita dengan bebanan dan komitmen yang tinggi. Dalam proses penghapusan hutang perjalanan adalah berliku-liku dan susah. Walaupun sukar ia bukanlah mustahil. Dalam proses ini tindakan drastik mahupun sukar perlu diambil untuk mencari jalan pulang. Lakukan sesuatu yang dapat membantu anda kelular dari belenggu hutang. Ikutilah jalan yang jarang anda lalui ( the road less taken ) untuk mencapai matlamat anda.
Bayar kesemua hutang. Sama ada hutang kad kredit, hutang kereta, hutang rumah, hutang PTPTN dan sebagainya. Hutang adalah seperti api dalam sekam menunggu sahaja untuk membakar kita dengan bebanan dan komitmen yang tinggi. Dalam proses penghapusan hutang perjalanan adalah berliku-liku dan susah. Walaupun sukar ia bukanlah mustahil. Dalam proses ini tindakan drastik mahupun sukar perlu diambil untuk mencari jalan pulang. Lakukan sesuatu yang dapat membantu anda kelular dari belenggu hutang. Ikutilah jalan yang jarang anda lalui ( the road less taken ) untuk mencapai matlamat anda.
Resepi Kewangan 5 - Memberi untuk menerima
Angka adalah nombor tetapi Satu ringgit bukanlah nombor satu semata-mata. Dalam kewangan perbelanjaan dan duit melibatkan psikologi. Kita rasa lebih gembira apabila melihat duit simpanan bertambah, hutang berkurang. Namun kita juga harus belajar unutk memberi duit dengan bersedekah, membayar zakat dan sebagainya. Allah memberi rezeki kepada semua umatnya. Rasailah sendiri bagaimana perasaan anda untuk memberi tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Pemberian bukanlah dalam bentuk wang ringgit tapi boleh juga dari bentuk masa, tenaga dan perkhidmatan. Yang penting ialah keikhlasan untuk membantu dan mengharapkan balasan hanya dari allah. (zakat..sedekah..wakaf…semua ni umpama saving kita utk saham akhirat..jadi saving bukan shaja datang dlmbentuk cash…jadi rajin2 la zakat dan sedekah…lagi banyak anda keluarkan ke jalaN Allah..lagi byk yang anda dapat..trust me.bila saya amalkannya..its miracle….. ni salah satu kunci bagaimana jutawan kekal jutawan…. Bykkan memberi…Allah akanbalas berganda2)
Resepi Kewangan 6 - Mempertingkatkan ilmu kewangan
Amal tanpa ilmu adalahgila dan ilmu tanpa amal adalah sia-sia. Pelajarilah ilmu berkaitan kewangan dari buku, blog, televisyen dan sebagainya. Terdapat banyak buku berkaitan kewangan seperti azizi ali, blog kewangan seperti bebas hutang dan forum kewangan yang lain. Dalam buku Robert kiyosaki ada disebut berkaitan kepintaran kewangan ( financial intelligent ) walaupun saya tidak setuju secara keseluruhanya namun apa yang penting ialah dengan ilmu kewangan kita boleh menilai sama ada ianya berguna atau tidak.
Amal tanpa ilmu adalahgila dan ilmu tanpa amal adalah sia-sia. Pelajarilah ilmu berkaitan kewangan dari buku, blog, televisyen dan sebagainya. Terdapat banyak buku berkaitan kewangan seperti azizi ali, blog kewangan seperti bebas hutang dan forum kewangan yang lain. Dalam buku Robert kiyosaki ada disebut berkaitan kepintaran kewangan ( financial intelligent ) walaupun saya tidak setuju secara keseluruhanya namun apa yang penting ialah dengan ilmu kewangan kita boleh menilai sama ada ianya berguna atau tidak.
Resepi Kewangan 7 - Menyimpan pendapatan.
Simpan duit, simpan duit, simpan duit. Simpan sebahagian duit anda untuk masa depan. Simpanlah sekurang-kurangnya 10% dari jumlah pendapatan. Ini dinyatakan sendiri oleh azizi ali dan juga buku ” Richest Man in Babylon” Simpan dulu duit anda kemudian baru berbelanja. (sekurangnya simpan 10%...bukan simpan semuanya..kalau simpan semuanya..karang jadi kedekutplak)
Simpan duit, simpan duit, simpan duit. Simpan sebahagian duit anda untuk masa depan. Simpanlah sekurang-kurangnya 10% dari jumlah pendapatan. Ini dinyatakan sendiri oleh azizi ali dan juga buku ” Richest Man in Babylon” Simpan dulu duit anda kemudian baru berbelanja. (sekurangnya simpan 10%...bukan simpan semuanya..kalau simpan semuanya..karang jadi kedekutplak)
_____________________________________
Fuhh,itu dia resipinya...…Akhir kata..tak
kira siapa anda..berapa byk pendapatan anda… anda adalah chef kepada
resipi ini..bukan saya.… … its all yours.. resipi dah ada depan mata.
….hasil resipi ini..semua bergantung bagaimana anda mengadunkannya
menjadi sebati mengikut citarasa anda…..Semua orang matlamat tak
sama..berbeza mengikut keperluan dan kemampuan masing2… Apabila
kita dapat menilai pendapatan,status kewangan kita..maka automatik kita
dapat menilai dan membuat resepi kewangan masing-masing..Resepi kewangan
kita tidak boleh berpandukan status kewangan orang lain kecuali diri
sendiri…. ..Jika anda ikut model
ni.. anda takkan tersasar…InsyaAllah..…perfect…..anda boleh jadi
jutawan…berapa lama?..bergantung kepada berapa lama anda mengadun resipi
ni.. berapa lama anda nak masak resipi ni… lagi 6 bulan..lagi 1
tahun..lagi 5 bulan..lagi 10 tahun..InsyaAllah. (saya dah ada target
saya.. anda bagaimana?)
Dan sentiasa sematkan model ni dalam minda anda dalam mengadunkan resipi2 di atas..model perancangan kewangan secara Islam…
i)bekerja / berniaga untuk mencari duit (mencipta harta )
ii) menyimpan duit dalam tabung haji, asb, bank ( menambah biak harta )
iii) mengambil takaful / insuran nyawa, am, kesihatan ( lindungi harta kekayaan)
ii) menyimpan duit dalam tabung haji, asb, bank ( menambah biak harta )
iii) mengambil takaful / insuran nyawa, am, kesihatan ( lindungi harta kekayaan)
iii) membuat penamaan dalam KWSP dan menulis wasiat ( mengagih2kan harta )
iv) membayar zakat, bersedekah, amal jariah ( menyucikan harta)
iv) membayar zakat, bersedekah, amal jariah ( menyucikan harta)
_______________________________________________
moga ada rezeki kami lagi utk kesini.. Ameen.._
utk mengetahui latest update dan latest healthy beauty info, sila klik LIKEpage MamaFaiz.COm
Tuesday, February 15, 2011
kisah jutawan siber
Hari
ni saya nak share sesuatu tentang fikir positif dan fikir negatif....
Bagi saya jika kita impikan sesuatu..tak mustahil utk kita capainya
dengan kuasa minda... tetapi utk memperolehi kuasa minda yang yang
positif dan bertenaga..byk faktor yang mempengaruhinya... Apa yang kita
makan,apa yang kita lakukan..apa yang kita baca..dengan siapa kita
berkawan...semuanya sedikit sebanyak membantu membina kuasa minda yang
positif......dan ni saya nak share kenapa si jutawan siber ,IrfanKhairi ni tak suke baca akhbar dan apa kaitan dengan fikiran positif dan fikiran negatif.....jom baca apa kate beliau...
.Apa yang saya nak kongsikan adalah,
sekiranya minda kita dipenuhi dengan terlalu banyak perkara negatif,
kita akan memupuk tabiat berfikiran negatif. Sehingga pemikiran negatif,
menjadi dominan… itu yang bahaya.Contohnya, kalau kita terdengar kawan kita kata:
“Eh, ko tau tak kat muzium ada si polan ni nak duduk dalam sangkar dengan 200 ular berbisa selama satu minggu”
Selalunya apa yang kita fikirkan? Sering kali negatif:
· Kerja gila si polan tu, kena patuk ular, terus gol… baru dia tau (dah gol, nak tau apa lagi ye tak?)
· Takde kerja si polan tu, nak cari publisiti murah!]
· Buang masa je, baik buat benda lain yang berfaedah & tak bahaya!
Betul kan? Ini kerana zaman ini, bila kita didedah dengan terlalu banyak perkara negatif, maka, negatif lah dalam pemikiran kita.
Ini menjadikan berfikir negatif itu mudah. Sebabkan berfikir negatif
itu mudah, sebab itu banyak point-point yang negatif akan keluar dulu
dengan pantas.Lawannya pula adalah berfikir positif.
Kini, untuk berfikir positif anda perlu usaha lebih sikit. Sebab ia menjadi sukar berfikir positif. Mungkin anda fikir:
- · Wah, hebat si polan ni. Sudah tentu polan ni melalui latihan minda dan fizikal yang amat tinggi nilainya!· Bagus juga si polan ni, silap-silap dapat masuk dalam Book of World Records! Mari kita beri sokongan!· Kalau si polan boleh melakukan sesuatu yang luar biasa, aku pun boleh juga! Ini satu inspirasi!
Itu
adalah antara sebab saya tak baca akhbar, untuk memastikan saya kurang
terbaca berita-berita negatif dengan niat untuk mem-positifkan diri saya
..Tapi, majalah saya baca majalah yang beri informasi-informasi positif…
atau kalau akhbar tu keluar cerita mengenai saya, baru saya beli
...*Note: kalau anda jenis suka baca akhbar, jangan risau- takde
salahnya. Boleh teruskan sahaja. Cuma, perlu latih diri supaya tak ter-influence dengan berita negatif yang dibaca dan tidak terbawa-bawa kepada diri sendiri
____________
Memang benar kan..~berfikir negatif adalah mudah dan berfikir positif adalah susah...Anda bagaimana... Jom mulakan hari anda dengan berfikir positif...Cara pemikiran manusia sama ada positif atau negatif adalah satu tabiat (habit) . Sekiranya
anda sering berfikir positif, anda akan mengamalkan tabiat berfikir
positif kebanyakan masa. Sekiranya anda sering berfikir negatif, tanpa
anda sedar fikiran ini akan menjadi tabiat anda dan amat sukar anda
menghindarinya.Berfikir negatif akan selalu mengakibatkan kesedihan, kemurungan, bad mood, cepat marah dan hilang daya fokus kearah kejayaan.
Yezzaa...
okayla...semoga hari ini membawa seribu kebahagiaan buat semua.. Salam
Maulidur rasul buat junjungan Nabu Muhammad SAW yang kelahirannya jatuh
pada 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan 23 April 571..Banyakkan
berselawat yer kawan2..bukan hari ini je..tapi setiap hari.....
No comments:
Post a Comment