Sindrom carpal tunnel jejas kesihatan
PERNAHKAH
anda merasa semut-semut, sakit saraf pada tapak tangan sehingga sukar
tidur atau terlepas objek yang digenggam secara tiba-tiba tanpa sebarang
punca?
Sekiranya pernah, jangan dibiarkan tanpa menjalani pemeriksaan kerana berkemungkinan anda sedang mengalami sindrom carpal tunnel yang boleh menjejaskan kualiti hidup seharian.
Ramai mengabaikan kesakitan yang dialami selama bertahun tahun tanpa mendapatkan rawatan kerana menyangka keadaan itu bukan satu penyakit yang perlu diatasi.
Pakar Ortopedik, Tangan dan Pembedahan Mikro, Pusat Perubatan Pakar Sri Kota, Klang, Dr Ruban Sivanoli, berkata sekiranya tapak tangan terasa sakit mencucuk atau kebas, segera berjumpa doktor.
Sekiranya masalah ini dibiarkan berterusan, beliau berkata, otot di telapak tangan akan menjadi lemah dan mengecil seterusnya kekuatan untuk memegang barang dan mengambil barang terjejas serta berkurangan.
Kesan renjatan, kebas
Tanda utama sindrom ini katanya, adalah rasa mencucuk seperti terkena renjatan elektrik pada telapak tangan, rasa sakit serta lemah sehingga benda yang dipegang terjatuh.
"Tanda lain termasuk rasa sakit terutamanya pada waktu malam dan rasa tebal atau kebas pada telapak tangan.
"Sindrom carpal tunnel adalah penyakit membabitkan saraf median yang melalui 'terowong carpal' pada pergelangan tangan dan tendon atau urat untuk membolehkan jari dibengkokkan," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Dr Ruban berkata, kerja yang banyak menggunakan tangan dan dilakukan secara berulang seperti menaip, memegang telefon genggam, guru yang banyak menulis di papan hitam atau putih.
Aktiviti sedemikian kata beliau, menyebabkan tekanan ke atas saraf dalam jangka masa beberapa bulan sehingga bertahun.
"Akibat pergeseran urat 'tendon' dalam terowong, tisu berserat bertambah dan menebalkan dinding terowong yang akhirnya mengurangkan aliran darah kepada saraf median.
"Kes sindrom yang kronik menyebabkan otot pada pangkal ibu jari mengecut dan kekuatan ibu jari juga merosot. Ini menyebabkan pesakit gagal menggunakan tangan untuk aktiviti mudah seperti menyikat rambut, memegang sudu atau cawan selain mengalami keadaan mudah jatuh ketika memegang sesuatu," katanya.
Ujian saraf median
Penyakit ini kata Dr Ruban, boleh dikenal pasti berdasarkan riwayat pesakit berkaitan gejala dialami, pemeriksaan doktor serta ujian 'Nerve Conduction Test' yang menguji aliran elektrik melalui urat saraf median.
Sindrom ini boleh diubati dengan rawatan fisioterapi menerusi kaedah rawatan panas, getaran, regangan dan senaman tertentu. Apabila dikesan awal kaedah pemakaian anduh juga berupaya membantu proses rawatan.
Rawatan fisioterapi lazimnya dijalankan dalam tempoh enam minggu hingga tiga bulan, membantu pergerakan tendon dan urat saraf serta meningkatkan aliran darah.
Sekiranya rawatan fisioterapi tidak berhasil, suntikan steroid digunakan bertujuan mengurangkan bengkak dalam terowong.
"Seandainya rawatan fisioterapi tidak memadai serta ada tanda otot tangan menjadi lemah, pembedahan kecil "Carpal Tunnel Release" mungkin dijalankan.
"Prosedur ini lazimnya dilakukan dengan bius setempat dan hanya mengambil waktu 20 minit yang mana bumbung terowong dibuka bagi mengurangkan tekanan dalam terowong," katanya.
Pada waktu sama, saraf median akan diperiksa untuk menilai kadar kerosakan yang dialami menggunakan mikroskop dan neurolisis boleh dilakukan bertujuan membantu penyembuhan saraf yang rosak.
Proses pemulihan daripada proses pembedahan itu mengambil masa dua minggu untuk luka menjadi kering dan enam minggu sehingga tiga bulan untuk penyembuhan saraf berserta fisioterapi.
Info
Apakah menyebabkan tekanan terowong carpal?
- Tekanan akibat bengkak menyebabkan terowong menjadi sempit.
- Penyakit seperti hipotiroidisma, artritis reumatoid, diabetes dan penyakit kronik seperti kegagalan buah pinggang dan jantung.
- Pergerakan tangan berulang terutama sekiranya pergelangan tangan bengkok ke bawah atau ke atas.
- Kehamilan.
- Menopaus.
- Patah pada pergelangan tangan.
Siapakah yang berisiko mengalami sindrom carpal tunnel?
- Wanita berusia lebih 40 tahun.
- Wanita hamil.
- Individu yang banyak menggunakan tangan termasuk kerja pejabat, guru, kilang atau hospital seperti jururawat.
* Nisbah lelaki (1): wanita : 3 atau 5 (berdasarkan pelbagai penyelidikan di beberapa negara).
* Angka populasi penyakit ini 50 daripada 1000. (2.7 sehingga 5.8 peratus penduduk di United Kingdom).
* Cara mengurangkan kebas dan rasa sakit;
- Hentikan aktiviti yang menyebabkan tangan terasa sakit.
- Lakukan senaman regangan.
Bagaimana sindrom ini dikenalpasti:
- Sejarah perubatan.
- Doktor akan meminta anda menunjukkan kawasan tangan yang sangat berdasarkan diagram tangan.
- Ujian fizikal
- Ujian saraf
- Sinar X, ultra bunyi, MRI
- Ujian darah.

**jika
anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih
lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
UMMI ZUBARI
SID 892671
013-8342092
atau,
jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini,
saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH
MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….
UMMI ZUBARI
SID 892671
013-8342092
No comments:
Post a Comment