Tuesday, 31 July 2018

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU : KANSER PAYUDARA DAN VITAMIN E

Assalamualaikum dan petang...buka-buka fb tadi terbaca satu artikel yang di kongsi Dr Zubaidi tentang vitamin E dan Kanser Payudara...menarik juga perkongsian tersebut..selama ini saya ingatkan vitamin E lebih kepada untuk kecantikan kulit dan kesuburan lelaki...rupanya ia juga sesuai untuk pencegahan kanser !

Apa pun..jom baca perkongsian beliau. 



KANSER PAYUDARA DAN VITAMIN E

Kanser payudara adalah masalah kesihatan yang besar di Amerika, dianggarkan melibatkan satu pertiga dari jumlah kematian wanita yang berkaitan dengan kanser. Antara langkah yang dicadangkan untuk mengelak kanser payudara adalah melalui mengubah cara pemakanan (dietary modification) yang banyak dibuktikan melalui kajian klinikal dan epidemiologi. 

Pengambilan vitamin E juga dicadangkan bagi merendahkan risiko mendapat kanser payudara.
Kajian yang dilakukan pada haiwan di makmal menunjukkan vitamin E merendahkan kebarangkalian mendapat kanser pada tisu mammary (payudara) haiwan tersebut.
Oleh kerana dalam kajian lain, kesan pengambilan vitamin E terhadap kanser payudara tidak memberikan keputusan yang tetap, maka fokus penyelidikan sepatutnya difokuskan kepada interaksi vitamin E sebagai antioksida bersama nutrient lain, dan masa yang diambil untuk mendapat kesan positif dan kepada siapa yang lebih sesuai (selepas atau sebelum meopause) untuk mencegah kanser payudara.

Sebagai kesimpulan, dalam artikel ini menyebut:
1. Bukti yang mengatakan bahawa pengambilan vitamin E dapat mencegah pembentukan kanser payudara sangat kuat secara teori dan kajian terhadap haiwan dalam makmal. Cuma ia tidak dapat dibuktikan secara konsisten dalam kajian epidemiologi.

2. Ini disebabkan oleh kajian ini melibatkan jumlah sampel yang tidak mencukupi dan cara kajian dilakukan tidak mengikut tepat menyebabkan keputusan kajian itu diterjemah secara tidak tepat.

3. Dalam banyak kajian epidemiologi yang dijalankan menumpukan kepada peranan vitamin E (antioksida) secara individu, sedangkan dalam tubuh, peranan antioksida sebagai sistem pertahanan tubuh adalah kompleks. Setiap antoksida yang berbeza berinteraksi sesama sendiri dan kombinasi antara antioksida-antioksida ini sepatutnya dijadikan focus, bukan mengambil setiap antioksida (contohnya vitamin E) sebagai kajian asas.

4. Namun begitu, kajian vitamin E sebagai suplemen mencegah penyakit kanser payudara harus diteruskan dengan mengambil kira dos, jangka masa lama diberikan dan kepada siapa harus diberikan (sebelum atau sesudah menopause).
Rujukan: Kimmick GG, Bell RA, Bostick RM. Vitamin E and breast cancer: a review. Nutr Cancer. 1997;27(2):109-17.
Prof Gretchen Genevieve Kimmick adalah Professor of Medicine, Member of the Duke Cancer Institute USA.

##############################################################

 Jom kenali kebaikan Vitamin E dari shaklee..semestinya ia dari bahan semulajadi..

 
Vitamin E untuk kesihatan :

  • Bertindak meneutralkan radikal bebas
  • Bagus untuk jantung sebab Vitamin E ni mengembangkan pembuluh darah dan menghalang pembentukan darah beku dari berlaku
  • Mengurangkan tekanan darah
  • Memperbaiki tisu
  • Mengurangkan stretch mark hodoh di perut
  • Mengurangkan parut luka di kulit
  • Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan
  • Melindungi paru paru dari pencemaran udara
  • Membantu dalam pencegahan penyakit katarak
  • Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk)
  • Merendahkan kadar kolesterol
  • Membantu mencegah pertumbuhan abnormal sel terutama kanser
  • Membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual (PMS)
  • Meningkatkan prestasi atlit dengan mengendurkan otot kaki dari kekejangan
  • Mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan menguatkan dinding kapilari
  • Untuk ibu menyusukan bayi : mengurangkan bengkak susu jika diambil secara berterusan, puting yang luka akibat menyusu jugak akan recover dengan cepat.

    **jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_


    UMMI ZUBARI
    SID 892671
    013-8342092
     
    atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….

No comments:

Post a Comment