10 Tanda Gastrik Yang Anda Perlu Tahu. Selalu Jadi Pada Bulan Ramadhan!
Tanda Gastrik
Gastrik adalah penyakit atau gejala perut yang menyebabkan anda tidak
selesa. Pernahkah anda tersalah makan lalu sakit perut dan
cirit-birit?. Pastinya ianya membuatkan anda tidak selesa dan kadangkala
tidak mahu bergerak ke mana-mana.
Selalunya, ramai yang menampakkan simptom gastrik menjelang bulan Ramadhan. Disebabkan gastrik, ada yang tidak boleh berpuasa.
Jenis gastrik
Gastrik terbahagi kepada tiga jenis iaitu:
1. Gastritis ringan
Inflamasi (pembengkakan) pada bahagian lapisan perut bersentuhan dengan makanan.
2. Gastritis berat
Berlaku kecederaan (luka) berpanjangan pada bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan.
3. Ulser gastrik (peptic ulcer)
Merujuk kepada ulser perut. Ulser memberi maksud sejenis luka terbuka. Darah boleh dikesan dalam muntah atau najis.
Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik
(dengan pH 1 hingga pH 2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat
dan jika terkena tangan, kulit akan terkakis. Sel perut menghasilkan
lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan
asid hidroklorik.
Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada
makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila
tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu
banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). Jika lapisan
pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik
boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.
Tanda gastrik
1. Sakit perut pada bahagian atas perut atau abdomen
2. Rasa senak, berangin atau pedih.
3. Rasa tidak selesa dan kembung
4. Sendawa berulang kali
5. Kerap kentut selepas makan
6. Rasa mual atau loya dan muntah
7. Berat badan turun (peringkat kronik)
8. Najis berwarna hitam seperti tar dan muntah yang mengandungi darah (peringkat kronik)
9. Hilang selera makan
10. Berat badan turun (pada peringkat teruk)
Rawatan gastrik
A) Kaedah rawatan gastrik secara moden atau klinikal
1. Antasid – bertindak memperbaiki dan memberi lapisan tambahan
kepada lapisan pertahanan (mukosa) yang diambil 3 kali sehari.
2. Antagonis H2 – berfungsi mengurangkan rembesan asid. Ubat antasid dan antagonis H2 diberi untuk gastritis
3. Perencat pam proton (PPI) – bertujuan mengurangkan rembesan asid
dengan lebih berkesan; biasanya diberi kepada pesakit yang alami
gastritis teruk atau ulser perut
B) Kaedah rawatan gastrik secara tradisional
1. Titikkan tiga titik getah betik muda ke dalam segelas air panas.
Suamkan air tersebut dan kemudian minum selepas sarapan pagi.
2. Bersihkan kunyit. Setelah itu, parut atau kisar kunyit tersebut.
Campurkan dengan sedikit air masak lalu ditapis. Tambahkan sedikit madu
dan sebaiknya masukkan sebiji kuning telur. Minum campuran ini dan
Insya-Allah gastrik anda akan beransur hilang.
3. Campurkan sedikit buah tamar dengan sedikit susu kambing atau susu lembu asli yang segar. Kemudian minumlah dua kali sehari.
4. Minum teh pekat sebelum tidur. Amalkan sekali sehari, Insya-Allah, gastrik akan beransur hilang.
5. Hiriskan hempedu atau pedal ayam secara halus-halus dan jemur
sehingga kering. Selepas itu tumbuk hingga hancur dan campurkan dengan
air suam. Minum ramuan tersebut, tiga kali pada sebelah pagi, tengah
hari dan sekali lagi pada sebelah petang atau malam.
Bagaimana mencegah gastrik?
Kenapa cari petua hilangkan gastrik bila sudah ada tanda gastrik?
Bukankah lebih baik mencegah dari mengubati? Tidak perlu tunggu tanda
gastrik baru tergesa-gesa mencari penawar.
Berikut adalah cara mencegah gastrik:
1. Makan mengikut waktu
2. Elakkan makanan ringan, jeruk kering atau basah.
3. Elakkan minuman bergas dan alkohol.
4. Elakkan cuka dan makanan pedas-pedas.
5. Banyakkan minum susu kerana susu bersifat alkali dan boleh
mengurangkan keasidan perut. Namun jangan minum susu dengan perut kosong
terutama pada waktu pagi.
6.Saya merawat gastrik saya dengan mengamalkan ESP shaklee. Alhamdulillah, atas izin Allah..gastrik saya tiada lagi dengan menjaga makan juga. ESP betul-betul melegakan gastrik saya.
Akhir kata
Semoga informasi tentang tanda gastrik ini bermanfaat kepada sesiapa
yang menghidap gastrik. Seelok-eloknya cubalah hindari gastrik kerana
jika berlarutan, ianya akan membawa pada kanser perut.
Jika gastrik anda masih tidak pulih setelah cuba cara ini, sila berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Wallahualam.
**jika
anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih
lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
UMMI ZUBARI
SID 892671
013-8342092
atau,
jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini,
saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH
MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….
UMMI ZUBARI
SID 892671
013-8342092
No comments:
Post a Comment