Wednesday, 28 March 2018

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU : 10 Tanda Gastrik Yang Anda Perlu Tahu

10 Tanda Gastrik Yang Anda Perlu Tahu. Selalu Jadi Pada Bulan Ramadhan!



Tanda gastrik

Tanda Gastrik

Gastrik adalah penyakit atau gejala perut yang menyebabkan anda tidak selesa. Pernahkah anda tersalah makan lalu sakit perut dan cirit-birit?. Pastinya ianya membuatkan anda tidak selesa dan kadangkala tidak mahu bergerak ke mana-mana.
Selalunya, ramai yang menampakkan simptom gastrik menjelang bulan Ramadhan. Disebabkan gastrik, ada yang tidak boleh berpuasa.

Jenis gastrik

Tanda gastrik
Foto Kredit: stasiareport.com
Gastrik terbahagi kepada tiga jenis iaitu:
1. Gastritis ringan
Inflamasi (pembengkakan) pada bahagian lapisan perut bersentuhan dengan makanan.
2. Gastritis berat
Berlaku kecederaan (luka) berpanjangan pada bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan.
3. Ulser gastrik (peptic ulcer)
Merujuk kepada ulser perut. Ulser memberi maksud sejenis luka terbuka. Darah boleh dikesan dalam muntah atau najis.
Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 hingga pH 2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terkakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.
Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.

Tanda gastrik

1. Sakit perut pada bahagian atas perut atau abdomen
2. Rasa senak, berangin atau pedih.
3. Rasa tidak selesa dan kembung
4. Sendawa berulang kali
5. Kerap kentut selepas makan
6. Rasa mual atau loya dan muntah
7. Berat badan turun (peringkat kronik)
8. Najis berwarna hitam seperti tar dan muntah yang mengandungi darah (peringkat kronik)
9. Hilang selera makan
10. Berat badan turun (pada peringkat teruk)

Rawatan gastrik


A) Kaedah rawatan gastrik secara moden atau klinikal
1. Antasid – bertindak memperbaiki dan memberi lapisan tambahan kepada lapisan pertahanan (mukosa) yang diambil 3 kali sehari.
2. Antagonis H2 – berfungsi mengurangkan rembesan asid. Ubat antasid dan antagonis H2 diberi untuk gastritis
3. Perencat pam proton (PPI) – bertujuan mengurangkan rembesan asid dengan lebih berkesan; biasanya diberi kepada pesakit yang alami gastritis teruk atau ulser perut

B) Kaedah rawatan gastrik secara tradisional
1. Titikkan tiga titik getah betik muda ke dalam segelas air panas. Suamkan air tersebut dan kemudian minum selepas sarapan pagi.
2. Bersihkan kunyit. Setelah itu, parut atau kisar kunyit tersebut. Campurkan dengan sedikit air masak lalu ditapis. Tambahkan sedikit madu dan sebaiknya masukkan sebiji kuning telur. Minum campuran ini dan Insya-Allah gastrik anda akan beransur hilang.
3. Campurkan sedikit buah tamar dengan sedikit susu kambing atau susu lembu asli yang segar. Kemudian minumlah dua kali sehari.
4. Minum teh pekat sebelum tidur. Amalkan sekali sehari, Insya-Allah, gastrik akan beransur hilang.
5. Hiriskan hempedu atau pedal ayam secara halus-halus dan jemur sehingga kering. Selepas itu tumbuk hingga hancur dan campurkan dengan air suam. Minum ramuan tersebut, tiga kali pada sebelah pagi, tengah hari dan sekali lagi pada sebelah petang atau malam.

Bagaimana mencegah gastrik?

Kenapa cari petua hilangkan gastrik bila sudah ada tanda gastrik? Bukankah lebih baik mencegah dari mengubati? Tidak perlu tunggu tanda gastrik baru tergesa-gesa mencari penawar.
Berikut adalah cara mencegah gastrik:

1. Makan mengikut waktu
2. Elakkan makanan ringan, jeruk kering atau basah.
3. Elakkan minuman bergas dan alkohol.
4. Elakkan cuka dan makanan pedas-pedas.
5. Banyakkan minum susu kerana susu bersifat alkali dan boleh mengurangkan keasidan perut. Namun jangan minum susu dengan perut kosong terutama pada waktu pagi.
6.Saya merawat gastrik saya dengan mengamalkan ESP shaklee. Alhamdulillah, atas izin Allah..gastrik saya tiada lagi dengan menjaga makan juga. ESP betul-betul melegakan gastrik saya.


Akhir kata

Semoga informasi tentang tanda gastrik ini bermanfaat kepada sesiapa yang menghidap gastrik. Seelok-eloknya cubalah hindari gastrik kerana jika berlarutan, ianya akan membawa pada kanser perut.
Jika gastrik anda masih tidak pulih setelah cuba cara ini, sila berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Wallahualam.


**jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_


UMMI ZUBARI
SID 892671
013-8342092
 
atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….

Tuesday, 27 March 2018

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU -HERBA LAX

Herb Lax lebih dikenali sebagai detox. Apa itu detox? Nak tahu? 


   Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Kerana itulah detox sangat penting sebeum mengambil apa-apa vitamin atau supplement supaya tahap penyerapan nutrien pada kadar paling optimum.



Selepas badan dah buat proses detoksifikasi, usus akan menjadi lebih bersih dan sihat. Penyerapan suplemen akan lebih cepat dan berkesan. Almaklumlah perut adalah rumah penyakit. Usus pula bolehlah dianggap sebagai bilik dalam rumah penyakit ini. Bila usus sihat, penyakit tak dapatlah nak berumahtangga di sini.Yang tinggal hanyalah rumah yang bersih dan pengambilan suplemen pasti mengindahkan lagi rumah kita ini.


Herb-Lax Shaklee terdiri daripada 9 herba semulajadi iaitu alfalfa leaves, senna leaves, anise seeds, blue malva flower, buckhorn bark, licorice root, rhubarb root, fennel seed dan culver’s root. 





Apakah fungsi herba-herba semulajadi yang terdapat dalam Herb-Lax:


Senna Leaves – Merangsang tindakan pembersihan yg lembut pada usus dan perut, mempercepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.

Buckhorn Bark – Melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan lembapan kepada usus.

Licorice Root – Membantu proses detoksifikasi.

Fennel Seeds – Mengeluarkan toksin yg terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk masalahsembelit dan kembung perut atau usus.

Anise seeds – Merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan.

Rhubarb root – Herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina untuk digunakan sebagai antibiotik.

Blue Malva Flower – Membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit.

Culver’s root - Membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma.

Alfalfa leaves – Membersihkan usus, darah dan hati.



Kebaikan Herb Lax


  • pembersihan najis yang tersekat
  • meransang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita
  • membantu masalah sembelit
  • tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi
  • mengempiskan perut
  • ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. sesuai di ambil seperti biasa atau dicampur dalam air panas, sebaai minuman teh herba.

Siapakah yang perlu amalkan Herb Lax ? 


  • pengamal tegar ubat tahan sakit.
  • mereka yang ada masalah pembuangan, perkumuhan kurang lancar dan sembelit 
  • mereka yang banyak jerawat
  • pesakit gout
  • mereka yang ingin membersihkan usus terutama sekali mereka yang baru berjinak2 dengan suplemen




PERHATIAN!!

  • Mereka yang mempunyai masalah penghadaman yang lemah mungkin akan mengalami cirit-birit pada awal pengambilan Herb-Lax. 
  • Untuk keadaan normal, kebiasaan Herb-Lax akan bertindak setelah 6 hingga 12 jam ia diambil.
  • Mereka yang mempunyai masalah sembelit boleh meningkatkan pengambilan Herb-Lax kepada 5-8 biji sehari, dan boleh kembali kepada dos asal apabila proses perkumuhan kembali normal.


Testimoni


**jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_


UMMI ZUBARI
SID 892671
013-8342092
 
atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….