CREDIT : http://www.fydanoh.com/2015/09/air-ketuban-berlebihan-buat-ibu-tak-senang-duduk.html
Air Ketuban Berlebihan Buat Ibu Tak Senang Duduk
Saya mendapat soalan daripada seorang ibu yang hamil dalam 32 minggu
yang mana terdapat percanggahan antara 2 doktor mengenai air ketubannya.
Doktor A mengatakan air ketubannya agak banyak, sementara doktor B yang
scan kali kedua mengatakan air ketubannya normal sahaja. Sedangkan
bayinya bergerak aktif.
Doktor A tetap percaya dengan apa yang dilihat dan telah merujuknya
ke hospital. Menurut doktor di hospital, jumlah air ketubannya adalah
normal.
Masalah ini telah menyebabkan beliau risau akan keadaan bayi dalam
kandungannya kerana ini adalah kehamilan pertama dan tidak mempunyai
banyak maklumat mengenai kesan air ketuban kepada bayi.
Fungsi air ketuban.
Air ketuban terdiri daripada 98% air, 2% garam dan sel-sel daripada
bayi. Pada mulanya air ketuban dihasilkan oleh badan ibu, namun apabila
buah pinggang bayi sudah terbentuk dan sudah berfungsi, tugas
menghasilkan air ketuban dilakukan oleh buah pinggang bayi. Ya, air
ketuban itu adalah air kencing bayi, yang kemudian menjadi makanannya
dan diproses semula menjadi air ketuban.
Kepentingan air ketuban kepada bayi:
1. Membantu untuk menghangatkan badan bayi.
2. Berfungsi untuk menjadi pelincir untuk pertumbuhan fizikal yang
normal kerana pertumbuhan bayi sangat cepat. Ada kes di mana kekurangan
air ketuban menyebabkan jari tangan dan kaki bayi bercantum.
3. Air ketuban juga membenarkan bayi menggerakkan anggota badannya
untuk melatih kekuatan otot dan tulang sebelum bayi dilahirkan.
4. Juga berfungsi untuk menyerap tekanan sekiranya perut ibu terlanggar apa-apa.
5. Air ketuban juga menjadi indikasi sama ada sistem perkumuhan dan sistem penghadaman bayi adalah sihat.
Perbezaan isipadu air ketuban
Sebenarnya jumlah air ketuban dalam dalam rahim tidak boleh diketahui
dengan tepat. Ia lebih kepada pandangan mata kasar, pengalaman dan
penilaian orang yang melakukan ultrasound itu. Jadi, jika ada 2 orang
atau lebih yang cuba mengukur air ketuban, tidak mustahil kesemuanya
mendapat bacaan yang berlainan.
Jumlah air ketuban adalah jumlah tinggi 4 poket pada bahagian rahim
ibu yang dibahagi 4. Pengiraan ini adalah secara rawak dan bergantung
kepada penilaian orang yang scan, jadi penialaian mungkin berbeza yang
tidak tepat.
Air ketuban meningkat dari usia kandungan 28 minggu dan mencapai
tahap maksimum pada 32-34 minggu. Jadi, tidak hairan jika air ketuban
yang nampak banyak ketika ini sebenarnya normal.
Selepas 34 minggu air ketuban nampak berkurang kerana bayi membesar dengan ketara dan jumlah air ketuban yang tidak berubah.
Jadi, untuk ibu ini, memang tiada masalah dengan air ketubannya,
walaupun air ketuban yang tidak normal, sama ada berkurangan atau
berlebihan akan menjejaskan kandungan. Biasanya walaupun air ketuban
nampak banyak, selagi masih dalam linkungan normal ibu akan diberikan
temujanji mungkin seminggu atau 2 minggu untuk diperiksa semula.
***jika
anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih
lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
TUMARAWATI BINTI MANSHOR
SID 892671
call/sms/whatsapp : 013-8342092
atau,
jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini,
saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH
MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….
No comments:
Post a Comment