Tuesday, 11 August 2015

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU :Bahaya tibi

ANTARA 1945 hingga 1957, batuk kering atau nama saintifik perubatannya, Tuberkulosis (tibi) menjadi penyakit paling digeruni masyarakat dan pembunuh No 1 negara ketika itu.
Senario waktu itu, berikutan ketiadaan penawar berkesan untuk mengubati wabak berkenaan, tibi akhirnya berleluasa menyerang orang ramai sehingga pesakit terpaksa dikuarantin bagi mengelak jangkitan lebih meluas.

kesedaran yang tinggi berhubung penyakit ini perlu ada dalam diri setiap penduduk Malaysia. Jadi, jika anda mengalami apa saja simptomnya, tolong segera bertemu pakar tibi sama ada di hospital swasta, kerajaan atau IPR. – Dr Abdul Razak Muttalif, Pengarah IPR
Pada 1961, kerajaan memperkenalkan Program Kawalan Tibi Kebangsaan dan semua individu yang dikesan mempunyai tanda penyakit ini dirujuk ke Pusat Tibi Negara atau kini dikenali sebagai Institut Perubatan Respiratori (IPR), Jalan Pahang, Kuala Lumpur, untuk rawatan susulan.

Sejak itu, diperkukuhkan dengan kaedah bidang perubatan yang makin moden, tibi mula terkawal sehingga Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyenaraikan Malaysia sebagai ‘Negara Tibi Sederhana’.
Bagaimanapun, sejak 1955, kes baru tibi yang dilaporkan kembali meningkat dan membimbangkan setiap tahun. Pada 2000, sebanyak 15,051 kes direkodkan berbanding 10,873 kes pada 1990.
Terbaru, sehingga November lalu, kes tibi di seluruh negara bertambah kepada lebih 19,000 kes berbanding 16,000 kes beberapa tahun lalu.

Pengarah IPR, Datuk Dr Abdul Razak Muttalif, berkata sikap segelintir masyarakat yang terlalu taksub dengan amalan rawatan tradisional yang dikendalikan bomoh serta menganggap simptom tibi sebagai tanda terkena ilmu hitam, menjadi antara punca utama bilangan kes penyakit itu meningkat.


“Kebanyakan pesakit tibi dalam keadaan teruk yang datang kepada kita mengatakan pada awalnya, mereka menyangka masalah kesihatan seperti batuk berpanjangan lebih dua minggu; hilang selera makan; demam dan berpeluh pada waktu malam; susut berat badan serta batuk berdarah adalah disebabkan terkena buatan orang.

“Sangkaan ini menyebabkan mereka bertemu bomoh atau pengamal rawatan ilmu hitam untuk berubat. Namun, apabila penyakit dialami tidak sembuh dan semakin serius, barulah mereka berjumpa doktor pakar.
“Tempoh lama yang diambil menyebabkan masalah tibi dialami makin merebak dalam paru-paru,” katanya ketika ditemui kolum Sihat di IPR, baru-baru ini.

Dr Abdul Razak berkata, antara punca utama lain menyebabkan peningkatan tibi adalah tindakan seseorang yang melengah-lengahkan waktu untuk bertemu pakar perubatan walaupun mengalami gejalanya.
Mereka lazimnya akan bertemu doktor di klinik biasa yang tidak mempunyai kepakaran khusus membabitkan tibi terlebih dulu, malah ada antara mereka yang berkunjung ke klinik berkenaan secara berulang.

Selepas mendapati penyakit masih tidak sembuh, mereka akan bertemu pakar di pusat perubatan swasta atau hospital kerajaan untuk rawatan susulan. Namun, kelewatan ini menyebabkan tibi makin merebak.
Dr Abdul Razak berkata, rekod menunjukkan ada pesakit yang sudah dikesan awal tetapi tidak mengikut nasihat perubatan disaran doktor. Menurutnya, pesakit terbabit tidak mengambil ubat secara teratur sepanjang tempoh rawatan, iaitu sekurang-kurangnya enam bulan lalu menyebabkan penyakit dialami bertambah teruk hingga terpaksa dikuarantin di IPR.

Beliau juga pernah berdepan kes di mana seorang pendatang asing tampil ke IPR selepas tidak bermaya untuk berjalan akibat dijangkiti tibi. Apabila ditanya mengapa tidak datang mendapatkan rawatan lebih awal, dia memberi alasan takut dikenakan tindakan penguatkuasaan kerana tiada permit pekerjaan sah.
“Kesimpulannya, walaupun kaedah perubatan makin moden dan berkesan, punca utama yang menyebabkan semakin ramai penduduk Malaysia menghidap tibi adalah sikap melengah-lengahkan rawatan terbaik untuk penyakit itu.

“Justeru, kesedaran yang tinggi berhubung penyakit ini perlu ada dalam diri setiap penduduk Malaysia. Jadi, jika anda mengalami apa saja simptomnya, tolong segera bertemu pakar tibi sama ada di hospital swasta, kerajaan atau IPR.

“Sikap melewatkan rawatan tibi bukan saja memberi kesan yang makin buruk kepada kesihatan anda dan menyebabkan lebih ramai orang di sekeliling dijangkiti, tetapi juga menjejaskan perkembangan negara,” katanya.

Menurut Dr Abdul Razak, setiap bayi yang lahir di negara ini sudah dibekalkan dengan suntikan vaksin Bacille Calmette Guerin (BCG) bagi membantu mencegah penyakit tibi. Namun, ia bergantung kepada keadaan antibodi, amalan kehidupan dan persekitaran ketika membesar.

Antara golongan berisiko tinggi menghidap tibi, katanya, adalah pesakit HIV; penghidap diabetes; perokok; banduan; individu berusia dalam lingkungan 20 tahun hingga 40 tahun; 60 tahun hingga 80 tahun; kerap berada di tempat sesak; berdepan dengan mereka yang tidak sihat serta pendatang asing.

Selain itu, katanya, di negara ini, sebanyak 90 peratus penduduk menghidapi ‘Tibi Dalam Paru-Paru’ yang masih boleh dirawat tanpa kesan sampingan. Manakala bakinya mengalami ‘Tibi Luar Paru-Paru’, iaitu kuman sudah merebak ke otak, jantung, tulang serta kelenjar, mengakibatkan pesakit akan menderita penyakit kronik lain walaupun tibi sembuh sepenuhnya.

Jadi, pengesanan dan rawatan dalam kadar paling awal mampu mengelak seseorang dijangkiti penyakit pada peringkat ‘Tibi Luar Paru-Paru’ yang mampu mengakibatkan kematian.
Dr Abdul Razak berkata, dari segi pengesanan penyakit, IPR akan menggunakan tiga kaedah iaitu pemeriksaan kahak, x-ray paru-paru dan ujian Mantoux (mencucuk jari) yang keputusannya sangat berkesan walaupun penyakit belum berada pada tahap kritikal.
Manakala, daripada segi perubatan, IPR akan membekalkan empat jenis antibiotik dikenali sebagai Respiratori Cripple yang perlu diambil dalam tempoh sekurang-kurangnya enam bulan iaitu Rifampicin, Isoniazid, Pyrazinamide dan Ethambutol selain Vitamin 6.
Sementara itu, katanya, pada masa depan, IPR mensasarkan untuk mengurangkan kes baru tibi dan paling penting mengurangkan kadar korban akibat penyakit berkenaan yang kini mencapai lapan peratus, berikutan tibi bukan penyakit yang sepatutnya menyebabkan kematian.
“Bagi mengurangkan kes tibi, ia memerlukan kerjasama semua pihak seperti bertemu doktor secepat mungkin jika mengalami simptom serta memakai topeng mulut dan hidung dalam keadaan tertentu. Ini kerana penyakit ini, berjangkit melalui udara akibat batuk dan bersin.
“Doktor di klinik juga perlu memahami serta mempunyai kemahiran mengesan simptom sebenar tibi dan menasihatkan pesakit untuk bertemu pakar penyakit itu dengan segera, bukan hanya membekalkan ubat.
“Kerajaan juga perlu menambah doktor tibi di negara ini bagi memastikan proses rawatan terus berjalan lancar dan cepat. Ini kerana ketika ini, walaupun kaedah kawalan perubatan baik, jumlah pakar tibi sangat kurang,” katanya.
Nora sangka batuk biasa, paru-paru jadi hitam akibat kuman
SEJARAH keluarga dan latar belakang rakan yang bebas tibi membuatkan Nora Nazmin, 19, tidak menyangka akan menghidapi penyakit itu pada tahap serius.
Apatah lagi dengan usia yang masih muda, Nora cukup yakin batuk dialami hanya masalah kesihatan biasa, berpunca daripada cuaca kurang baik walaupun ia berpanjangan beberapa minggu.
Ketika ditemui penulis, pelajar Diploma Perakaunan Institut Profesional Baitulmal itu hanya duduk di atas katil wad di Institut Perubatan Respiratori (IPR) kerana kurang bermaya. Nada suaranya perlahan kerana sakit tekak dialami akibat tibi.
Bertemankan ibunya di sisi, Nora berkata, selepas kira-kira sebulan batuk yang dialaminya tidak sembuh, beliau akhirnya bertemu doktor, April lalu di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Ujian awal mendapati, beliau disyaki menghidap tibi dan diminta terus datang ke IPR pada hari sama untuk pemeriksaan lanjut pakar.
Alangkah terkejutnya Nora apabila doktor mengesahkan beliau positif tibi. Namun, Nora bernasib baik kerana hasil x-ray dijalankan, penyakit itu belum berada pada tahap serius.

Sejak itu, Nora berulang-alik ke IPR untuk menjalani rawatan susulan. Doktor memberi jaminan tibi dihidapi akan sembuh sepenuhnya, dengan syarat Nora mengambil ubat setiap hari sepanjang tempoh enam bulan seperti disarankan.

“Bagaimanapun, selepas tempoh tertentu, saya makan ubat secara tidak teratur hanya kerana malas dan saiz empat biji ubat yang perlu diambil itu besar.
“Akibatnya, selepas tempoh enam bulan, hasil x-ray dijalankan doktor mendapati, paru-paru saya makin berwarna hitam kerana kuman tibi merebak.

“Dalam tempoh hanya empat bulan, berat saya susut dari 58 kilogram kepada 41 kilogram dan saya terpaksa menunda semester pengajian kerana perlu menjalani rawatan susulan di wad selain tidak bermaya untuk berjalan,” katanya.

Nasib baik masih menyebelahinya apabila anak kedua daripada enam adik-beradik itu mempunyai peluang besar untuk sembuh dalam tempoh sembilan bulan seperti dijangka doktor.
Kali ini, Nora benar-benar nekad untuk menjalani rawatan secara teratur sehingga benar-benar pulih kerana menyesal dengan tindakannya sebelum ini. Tambahan, apabila melihat ada pesakit yang dijangka doktor tidak mampu hidup lama akibat kuman tibi yang sudah merebak di luar paru-paru.

Nora juga menasihatkan mana-mana individu yang mempunyai simptom tibi terutama batuk berpanjangan supaya usah ambil bagi mengelak penyakit itu bertambah serius.
INFO: Antara simptom Tibi
  • Batuk berpanjangan (lebih dua minggu)
  • Hilang selera makan
  • Demam
  • Berpeluh waktu makan
  • Susut berat badan
  • Batuk berdarah  
  • Golongan berisiko
  • Pesakit HIV
  • Penghidap diabetes
  • Perokok
  • Banduan
  • Individu berusia dalam lingkungan 20 tahun hingga 40 tahun dan 60 tahun hingga 80 tahun
  • Kerap berada di tempat sesak
  • Berurusan atau berhampiran dengan mereka yang tidak sihat
  • Pendatang asing. Kaedah cegah
  • Jalani pemeriksaan kesihatan dengan pakar berkaitan penyakit tibi dengan segera apabila mengalami simptom
  • Gunakan topeng mulut dan hidung apabila berada di kawasan awam terutama apabila anda mengalami batuk atau selsema
  • Doktor di klinik awam perlu memahami serta mempunyai kemahiran mengesan simptom sebenar tibi dan menasihatkan pesakit bertemu pakar.
***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
TUMARAWATI BINTI MANSHOR
SID 892671
call/sms/whatsapp : 013-8342092

atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….

No comments:

Post a Comment