Assalamualaikum dan selamat petang...tentu kita semua ada pengalaman kan,.. terutama zaman kanak-kanak ...jom check tanda-tanda kecacingan pada kanak-kanak...
- Makan buah tomato mentah.
- Habbatussauda samada makan dengan cara kunyahan mentah 7-10 biji atau minyak habbatussauda 1 sudu (anak bawah 3 tahun) / 2 sudu (atas 3 tahun) , dewasa 3 sudu beri 2 kali sehari.
- Makan atau minum bawang putih samada makan mentah, atau bakar dan dicampur dalam minyak kelapa dara atau minyak zaitun.
- Minum air kelapa.
- Makan lobak merah mentah atau jus carrot setiap pagi.
- Nenas muda diparut, diperah. Tambah madu atau sirup gula batu. Bagi pada anak yang ada cacing (pastikan pesakit tiada sebarang masalah dgn nenas muda)
- Buah delima
- Biji labu (keringkan samada jemur atau bakar, kemudian makan sprt kuaci) atau boleh didapati di kedai organik yang sudah siap sedia untuk dimakan.
Simptom Jangkitan Cacing
- Kurang selera makan dan anak lesu tidak bermaya
- Tumbesaran terganggu
- Kerap muntah
- Sakit perut
- Kerap cirit-birit
- Pucat
- Gatal pada dubur serta ada cacing pada najisnya
Komplikasi Jangkitan Cacing
- Cacing gelang
- Usus tersumbat menyebabkan muntah-muntah, perut kembung dan tidak buang air besar. Keadaan ini kadangkala menyebabkan kanak-kanak itu muntah cacing dengan banyak. Komplikasi ini perlu dirawat dengan pembedahan untuk mengeluarkan cacing yang terlampau banyak yang menyekat perjalanan usus. Cacing gelang juga menyebabkan kekurangan vitamin A kerana gangguan penyerapan zat makanan di dalam usus kecil.
- Larva cacing boleh pergi ke paru-paru dan menyebabkan simptom batuk serta lelah. Cacing yang berhijrah ke saluran hempedu dan pankreas boleh menyebabkan demam, jaundis (sakit kuning) dan sakit perut. Simptomnya boleh menyerupai gejala batu di dalam hempedu. Cacing boleh dikeluarkan dengan menggunakan kaedah endoskopi atau pembedahan.
- Cacing cemeti
- Masalah usus tersumbat menyebabkan muntah berwarna kuning, perut kembung dan berak berdarah dengan banyak. Cacing yang sangat banyak pada usus besar dan rektum (pangkal usus) boleh menyebabkan ‘prolaps rectum‘ atau usus terkeluar dan cacing dapat dilihat pada permukaan usus itu.
- Cacing kerawit
- Cacing kerawit paling kerap menyebabkan kekurangan darah atau anemia kerana cacing ini boleh menghisap darah di dalam usus. Anemia boleh menjadi teruk dan mengganggu tumbesaran, pembelajaran seseorang kanak-kanak dan pada tahap lebih serius boleh menyebabkan kegagalan jantung.
Masalah cacing berlaku pada semua
peringkat usia tidak kira muda atau tua. Bagaimanapun, usia yang paling
kerap dijangkiti cacing adalah antara 6 hingga 7 tahun dan usia yang paling kurang dijangkiti adalah di bawah setahun.
Jika ada tanda jangkitan, ubat cacing
boleh diberi kepada semua peringkat usia. Namun, pemberian ubat untuk
pencegahan seperti yang disarankan WHO pada 2006 ialah selepas usia setahun kerana kanak-kanak pada usia ini lebih kerap dijangkiti.
Ubat cacing boleh diberi setiap enam
bulan untuk pencegahan, tetapi dalam kes lebih serius, ia perlu diberi
setiap tiga bulan. Bagaimanapun, pemberian ubat cacing kepada
kanak-kanak di bawah usia dua tahun perlu dirujuk kepada doktor terlebih
dulu.
Cacing dan Jangkitan
Cacing adalah sejenis jangkitan yang
berlaku daripada pencemaran tanah. Tanah yang tercemar dengan telur
cacing akan mencemarkan tanaman dan tangan manusia. Tangan dan makanan
yang tidak dibersihkan dengan baik juga akan menyebabkan telur cacing
dimakan dan larva akan menetas di dalam usus.
Larva yang sudah menetas akan berhijrah
ke paru-paru sehingga matang sebelum berhijrah semula ke dalam usus
manusia. Cacing yang matang akan bertelur, membiak dan telur cacing juga
boleh menjangkiti orang lain jika tangan tidak dibersihkan dengan baik
sebelum penyediaan makanan.
Larva cacing kerawit juga boleh
menembusi kulit dan masuk ke dalam saluran darah dan seterusnya masuk ke
dalam usus dan meneruskan kitar hidup yang sama.
Mungkin ada ibu bapa yang beranggapan
cacing adalah masalah kecil tetapi tanpa pencegahan dan amalan
kebersihan, cacing boleh membawa maut jika terjadinya masalah usus
tersumbat dan tidak dirawat dengan segera.
Selain itu, masalah cacing boleh menyebabkan anemia yang serius dan kegagalan jantung yang teruk jika tidak dirawat.
Berbanding cacing yang dipindahkan
melalui tanah seperti ascariasis dan trichuriasis, yang selalu terjadi
pada kanak-kanak sekolah, jangkitan cacing kerawit juga kerap terjadi
pada orang dewasa.
Kredit: GNRAM
***jika
anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih
lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
TUMARAWATI BINTI MANSHOR
SID 892671
call/sms/whatsapp : 013-8342092
atau,
jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini,
saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH
MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….
No comments:
Post a Comment