Tuesday, 2 February 2016

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU : Tingkatkan Sistem Imun Anda dengan NUTRIFERON SHAKLEE

CREDIT : http://www.celikvitamin.com/blog/tingkatkan-sistem-imun-anda-dengan-nutriferon-shaklee/

Tinggalkan paracetamol sekarang! Tingkatkan Sistem Imun Anda dengan NUTRIFERON SHAKLEE.
Paracetamol mempunyai side effect kepada tubuh. Kenapa pilih paracetamol sedangkan ada alternatif lain yang bebas dadah, semulajadi, selamat dan berkesan!

Sistem imun adalah seperti tentera badan kita, yang melawan jangkitan dan penyakit-penyakit yang mengancam kesihatan dan kecergasan badan. Tanpa pertahanan ini, virus, bakteria, parasit, toksin, dan lain-lain patogen berbahaya akan menyerang badan kita, menjadikan badan kita lemah dan sakit. 
paracetamol

Fahami Bagaimana Sistem Imun Tubuh Berfungsi.

Sistem imun adalah sangat kompleks dan canggih. Ia mengesan pelbagai jenis patogen berbahaya dan membezakannya daripada sel-sel dan tisu-tisu yang sihat.
Badan kita ni dicipta dengan begitu canggih sekali. Bermula dari pertahanan pertama – KULIT.  Tanpa lapisan perlindungan kulit, badan kita bukan saja akan hancur, tetapi terdedah kepada toksin dan lain-lain. Kulit bertindak sebagai penghalang fizikal dan juga menyediakan halangan kimia kerana kulit menghasilkan sebum anti bakteria. Penghasilan sebum ini akan segera membunuh spora dan bakteria yang hinggap pada kulit.
Hidung, mulut, dan mata adalah ‘jalan masuk utama’ kuman dalam badan kita, jadi ia  juga menyediakan sistem pertahanan. Antara sistem pertahanan semulajadi badan:
  • Hidung – mukus hidung mengandungi enzim yang dikenali sebagai lysozyme yang memecahkan dinding sel bakteria.
  • Mulut – air liur mengandungi bahan anti bakteria.
Secara ringkasnya, badan kita dijaga oleh SISTEM IMUNITI – menahan serangan kuman, bakteria, mikrob, parasit, patogen dan toksin!
Sistem imun terdiri daripada thymus, limpa, sistem limfa, sumsum tulang, sel-sel darah putih, antibodi, dan hormon. Setiap komponen berfungsi dengan cara yang tersendiri untuk melawan penyakit dan jangkitan supaya kita sentiasa sihat.
immune-system
Sistem imun kita bekerja setiap hari, 24 jam tanpa henti… dan adakalanya ia breakdown.. apakah yang boleh menyebabkan sistem imun kita tergaggu? Biasa kan orang kata “Musim hujan panas sekarang ni ramai orang demam..” Ya, perubahan cuaca dan iklim boleh memberi kesan kepada sistem imun. Begitu juga dengan faktor psikologi seperti stress.. apa lagi kalau makan benda2 merapu.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang sistem imun dan kesannya pada badan, penyelidik Shaklee menjalankan kajian di Jabatan Mikrobiologi dan Imunologi, Weil Medical College, di Cornell University of Pediatrics.
Kajian ini mempunyai dua matlamat. Yang pertama adalah untuk membangun dan mengesahkan cara baru untuk meneroka biologi virus dan fungsi imun dalam paru-paru manusia. Matlamat kedua adalah untuk menilai kesan campuran botani yang unik terhadap sistem imun.
Hasilnya mendapati campuran botani terpilih meningkatkan interferon dalam tubuh untuk melawan penyakit tatkala tubuh kita sedang lemah. Maka lahirlah NutriferonSumber

Nutriferon Adalah Penggalak Imunisasi Atau Immune Booster Kepada Tubuh

Nutriferon penggalak imunisasi (immune booster) ciptaan pakar imun, Dr Yasuhiko Kojima dari Universiti Tokyo, Jepun pada tahun 1954.
Setelah membuat kajian selama 40 tahun ke atas ribuan jenis sebatian dan lebih 200 jenis herba yang berlainan, akhirnya beliau telah berjaya menemui interferon semulajadi di dunia iaitu Nutriferon. Beliau telah berjaya menetapkan bahawa ekstrak dari 4 tumbuhan iaitu biji labu, bunga Safflower,Honeysuckle Jepun dan biji Plantago mempunyai daya pendorong kepada pengeluaran semulajadi interferon tubuh. 
Nutriferon adalah satu formula eksklusif dan telah dipatenkan oleh Shaklee dan tidak terdapat di mana-mana kedai atau farmasi di Malaysia. Ianya hanya boleh dibeli melalui pengedar Shaklee.
Mereka yang menghadapi masalah antibodi lemah, mudah sakit dan sakit yang lambat sembut sangat digalakkan untuk mengambil nutriferon.
Siapakah yang perlu ambil Nutriferon?
1. Mereka yang sering sakit, selsema, demam.
2. Ibu yang menyusukan anaknya yg mana anaknya demam atau sakit yg berpanjangan.
3. Mereka yang mempunyai masalah imunisasi.
4. Mereka yang sering travel dan kerap ke luar negara.
5. Mereka yang sering stress.
6. Mereka yang terdedah dengan bahaya penyakit.
7. Mereka yang tak suka makan banyak vitamin antioksidan, ACE boleh gantikan dengan Nutriferon sepeket sehari.
8. Mereka yang ada mempunyai allergi dan eczema.
Bagaimana Nutriferon bertindak?

NutriFeron MENINGKATKAN INTERFERON semulajadi badan dan sekaligus MENGUATKAN TINDAK BALAS IMUN badan. Anda kini dah tak perlu ubat2 yang banyak lagi!
Pemakanan tambahan NutriFeron ™ yang direka untuk diambil setiap hari dan merupakan adunan empat ramuan botani ini, apabila digabungkan bersama,untuk membolehkan tubuh secara semulajadi meningkatkan pengeluaran interferon tanpa menambah tekanan kepada badan:-
  • Ekstrak biji labu (Cucurbita moschata), yang telah didapati dapat mendorong pengeluaran interferon;
  • Biji Plantago (Plantage asiatica) yang mengandungi bahan kimia yang dipanggil polisakarida yang diguna untuk merangsang sistem imun;
  • Bunga Safflower (Carthamus tinctorius) polisakarida, yang telah dikenalpasti  dapat mendorong pembangunan makrofaj, sejenis sel darah putih;
  • Kuntuman bunga Japanese Honeysuckle (Lonicera japonica) yang digunakan dalam perubatan Asia.

6 SEBAB MENGAPA NUTRIFERON PILIHAN SAYA DAN ANDA?
  1. Terbukti daripada Empat Kajian Klinikal Pada Manusia-Campuran fitonutrien yang berkesan dan selamat ini memberi sokongan imun tepat pada peringkat sel. Kajian menunjukkan khasiat kesihatan yang luar biasa dan perlindungan imun yang diperolehi daripada campuran khas empat ekstrak tumbuhan di dalam NutriFeron.
  2. Meningkatkan paras interferon secara semulajadi*-Para saintis dan komuniti perubatan telah mengenalpasti interferon sebagai sesuatu yang amat penting bagi fungsi imun yang sihat. NutriFeron merupakan satu-satunya pemakanan tambahan di U.S. yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi.*
  3. Dicipta Oleh Individu Yang Menemui Interferon-Ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojima merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo.
  4. Rumusan Berpaten Yang Eksklusif-NutriFeron tidak dapat dijumpai di mana-mana kedai. Ia hanya boleh didapati melalui Shaklee. Rumusan berpaten NutriFeron yang unik adalah eksklusif kepada Shaklee.Ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.
  5. 40 tahun kajian-Setelah menjalankan penyelidikan selama 40 tahun dengan menguji ratusan sebatian semulajadi, Dr. Yasuhiko Kojima telah menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi di dalam badan.Menurut kajian terbaru, NutriFeron telah berjaya membuktikan kesan positif terhadap serangan sel-sel semulajadi (NK) – menyokong lebih banyak perkembangan untuk sistem sains imunisasi ini.
  6. Sejak NutriFeron ™ telah dibangunkan, beberapa kajian klinikal manusia telah mendokumenkan keberkesanan makanan tambahan ini. Kajian ini, yang telah disiarkan dalam jurnal perubatan, seperti Journal Gastroenterology, Clinical Pharmacology and Therapy, dan Journal of Alternative and Complimentary Medicine,, mengetengahkan pelbagai faedah yang berkaitan dengan NutriFeron ™.

    ***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
    UMMI ZUBARI
    SID 892671
    call/sms/whatsapp : 013-8342092

    atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….



Friday, 29 January 2016

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU :Minumlah 4 Air Rebusan Ini Sebelum Terlambat

Sihat: Minumlah 4 Air Rebusan Ini Sebelum Terlambat
 Sihat: Minumlah 4 Air Ini Rebusan Sebelum Terlambat
Oleh:Nadia Mingguan Wanita
Perlulah lebih gigih untuk dapatkan kepuasan cantik luar dan dalam, terutama dengan pengambilan makanan atau minuman berkhasiat. Cuba anda buat dan amalkan minuman ini, bukan sekadar kekal jelita tapi juga bagus untuk kesihatan dalaman kaum Hawa...

1. Rebusan Serai & Halia
- 3 batang serai
- 4cm halia 2 ketul
Kedua bahan ini perlu diketuk.

Direbus (dalam stainless steel pot) dengan 3 gelas air (purified water) dijadikan sehingga 1 gelas air. Minum Suam.

Jangan gunakan air paip atau air paip yang di masak. Seminggu 2/3 kali.

KHASIAT KESIHATAN
Elok bagi yang sering letih dan lenguh-lenguh badan, kolestrol tinggi & sakit urat saraf. Disyorkan minum selepas makan siang.



2. Rebusan Sireh
- Daun sireh 3 atau 5 helai.

Direbuskan (dalam stainless steel pot) dengan 3 gelas air (purified water)
Jadikan 1 gelas. Jangan gunakan air paip atau air paip yang di masak. Minum Suam.

Tambahan: Campur bunga cengkih 3 kuntum dan sedikit serbuk kayu manis.

KHASIAT KESIHATAN
Hilangkan bau badan dan pulihkan segala sakit urat dan sengal-sengal badan.

Amalkan setiap seminggu ke 10 hari sekali.



3. Rebusan Sireh & Daun Inai
- 3 ke 5 helai daun sireh
- segenggam daun Inai

Direbus (dalam stainless steel pot) dgn 3 gelas air tapisan (purified water) dan jadikan sehingga 1 gelas air. Jangan gunakan air paip atau air paip yang dimasak. Minum bila sudah suam.

KHASIAT KESIHATAN
Sesuai bagi perempuan yang mengalami keputihan dan banyak lendiran yg berbau. Elok diamalkan selepas haid.



4. Rebusan Halia Serai, Cengkih & Kunyit
- 2/3 batang serai di ketuk
- 3cm halia (tua/muda) di ketuk
- 2cm kunyit di ketuk
- sedikit kulit kayu manis
- bunga cengkih /bunga lawang
- daun pandan sehelai
- sedikit Madu Susu (Raw Honey)


Di ambil setiap kali sebelum atau selepas haid, sebulan sekali.

KHASIAT KESIHATAN
Mewangikan kewanitaan anda dan menyegarkan badan.

Macam mana kaum wanita? Ruginya kalau anda tak amalkan minuman sihat ini. Elok amalkan resepi dan ramuan di atas mengikut kesesuaian badan anda. Tak perlu di ambil setiap hari.


Amalan berkhasiat ini bagus untuk penjagaan kesihatan terutama bagi yang mahu menjaga dalaman badan, segarkan urat saraf serta membuang toksid dan lemak dalam tubuh.



***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
TUMARAWATI BINTI MANSHOR
SID 892671
call/sms/whatsapp : 013-8342092

atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….

Sunday, 24 January 2016

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU : 7 Makanan Yang Boleh Naikkan Nafsu Wanita

Ada beberapa jenis makanan bukan sahaja berfungsi untuk kesihatan tetapi mempengaruhi juga cara hidup. Ini antara makanan yang mempunyai fungsi untuk meningkatkan nafsu para wanita dan ada diantaranya yang berfungsi sebagai ubat perangsang.
7 Makanan Yang Boleh Naikkan Nafsu Wanita2
1. Bayam
7 Makanan Yang Boleh Naikkan Nafsu Wanita3
Bayam mempunyai fungsi untuk meningkatkan peredaran darah di kawasan ‘Miss V’, sehingga wanita jadi lebih mudah mencapai orgasme.

2. Minuman anggur merah

7 Makanan Yang Boleh Naikkan Nafsu Wanita4
Jika ingin meningkatkan nafsu dengan segera, cuba minum segelas minuman anggur merah. Antioksidan pada anggur merah membuatkan tubuh menjadi lebih santai dan dapat juga melancarkan peredaran darah.

3. Daging merah dan hati

7 Makanan Yang Boleh Naikkan Nafsu Wanita5
Kekurangan zat besi adalah salah satu faktor penyebab kurangnya nafsu untuk bersama pasangani. Pengambilan makanan seperti daging merah dan hati untuk meningkatkan kadar zat besi dalam badan.

4. Ikan

7 Makanan Yang Boleh Naikkan Nafsu Wanita6
Ikan kaya dengan lemak omega 3 dan minyak dapat meningkatkan perasaan bahagia. Secara tak langsung itu boleh juga mencetuskan keghairahan seksual.

5. Teh hijau

7 Makanan Yang Boleh Naikkan Nafsu Wanita7
Minum dua cawan teh hijau dalam sehari dipercaya dapat meningkatkan ghairah seksual pada wanita. Ini kerana, teh hijau mempunyai manfaat untuk meningkatkan peredaran darah.

6. Coklat gelap

7 Makanan Yang Boleh Naikkan Nafsu Wanita8
Coklat gelap mempunyai kandungan yang sangat baik bagi kesihatan. Selain itu, ia juga dapat mengurangkan lemak. Membuat wanita jadi lebih berkeyakinan untuk melakukan hubungan seksual.

7. Kacang Pain

7 Makanan Yang Boleh Naikkan Nafsu Wanita9
Walaupun sukar didapati di pasaran, tetapi kacang pain mempunyai manfaat yang sangat luar biasa untuk meningkatkan ghairah seksual. Kesannya sama dengan  tiram dalam menaikkan nafsu seksual pada wanita.
-MYNEWSHUB.CC


***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
TUMARAWATI BINTI MANSHOR
SID 892671
call/sms/whatsapp : 013-8342092

atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU :Detoks Parasit : Makanan yang Boleh Dan Tak Boleh Dimakan Ketika Detoks.

CREDIT  http://nurulaziyana.blogspot.my/2016/01/detoks-parasit-makanan-yang-boleh-dan.html

 

 

Entry yang lepas ummi dah share 11 ciri-ciri badan ada parasit (cacing). Boleh rujuk ENTRY INI ya Kali ni nak share pulak, makanan yang boleh dan tak boleh dimakan ketika proses detoks parasit ni.



Salah satu cara yang terbaik untuk membantu badan memusnahkan dan menghapuskan parasit yang tidak diingini adalah melalui detoks parasit. Diet ini perlu diambil sekurang-kurangnya 2 bulan untuk memberi badan kita peluang untuk menghilangkan semua jenis parasit dan telur yang tersembunyi dalam organ-organ yang berbeza.

Parasit dalam badan boleh berasal daripada beberapa sumber, seperti daging mentah, air tercemar, haiwan peliharaan atau haiwan lain.
Parasit boleh menyebabkan gejala seperti: gangguan pencernaan, keletihan, nafsu memakan makanan dan gula darah yang tidak stabil.

MAKANAN YANG DIGALAKKAN MAKAN

Diet harus mempunyai mineral yang tinggi dan kandungan nutrien dan tidak seharusnya mengandungi apa-apa jenis perangsang tiruan.

Berikut adalah beberapa makanan yang perlu dimasukkan dalam diet yang baik untuk membunuh parasit.

1. Wormwood
Wormwood merupakan herba yang membantu untuk membunuh parasit dewasa dengan cara menjadikan persekitaran mereka tidak mesra untuk didiami.

2. Bawang Putih 
Ini adalah antiparasit semula jadi dan makanan antibiotik. Bawang putih juga membantu dan menyokong pergerakan usus dan detoksifikasi usus. Lagi bagus makan mentah sebab yang mentah masih mengekalkan allicin. Macam ummi, tak dapat tahan nak makan mentah so ummi just amik Garlic Complex Shaklee je, yang mmg ada allicin.

3. Bunga Cengkih

4. Sayur -sayuran hijau 

Sayur-sayuran berdaun hijau dengan kandungan nutrien yang tinggi dan probiotik membantu badan untuk menghilangkan toksin.
Sayur-sayuran yang kaya dengan antioksidan seperti timun, tomato, lobak merah, ubi keledek dan beri birubaik untuk organ-organ badan dan mengelakkan kelenjar dari dijangkiti parasit.

5. Minyak kelapa
Minyak kelapa mengandungi kira-kira 50% asid laurik, lemak tepu yang terkandung dalam produk kelapa. Selepas masuk ke dalam badan ia menghasilkan bahan yang berkesan untuk membunuh parasit, virus, yis, dan juga bakteria tidak baik dalam saluran penghadaman.

6. Cuka Epal
Cuka epal membersihkan parasit besar untuk meningkatkan asid perut sebelum makan.
Ia akan membuat perut kita bebas dari parasit dan juga memastikan bahawa apa-apa larva dihapuskan.



7. Betik 

Buah ini mempunyai keupayaan yang kuat untuk memusnahkan cacing, seperti cacing pita dan cacing dalam usus. Untuk meningkatkan potensi,kupas kulit sebelum rendam di dalam cuka epal.



8. Bawang kuning

Seperti bawang putih, bawang hijau melepaskan enzim yang dipanggil alliinase apabila mereka dihancurkan atau dipotong. Menyediakan bawang dan mengelakkan 'faktor air mata' yang disebabkan oleh bawang, menyejukkan mereka selama satu jam dan kemudian memotong mereka menggunakan pisau yang tajam.

 Untuk rangsangan antiparasit, jus seksyen putih bawang dan menambah dua sudu teh minyak biji bijan. Minum dua kali sehari selama 3 hari tanpa apa-apa makanan.

9. Nenas

Buah ini mengandungi enzim antiparasit dikenali sebagai bromelain. Beberapa kajian menunjukkan bahawa makan nanas 3 hari berturut boleh membantu membunuh cacing pita.

10. Biji labu

Biji labu biasanya digunakan untuk menghapuskan cacing pita dan cacing gelang. Salah satu kandungan nutriferon adalah biji labu. Jadi dalam program detoks parasit ni, amalkan makan nutriferon 3 sacet sehari 



11. Lobak merah dan lobak merah jus atau jus kranberi (tanpa gula)


Anda boleh mencairkan jus kranberi dalam air. Lobak merah atau jus lobak merah membunuh parasit juga.


12. Lada


Rempah seperti cili merah, cili, lobak pedas, kunyit, kayu manis, buah pala, buah pelaga, dan bunga cengkih semua membuatkan parasit hilang.


13.  Probiotik
 Anda juga boleh menggunakan makanan tambahan probiotik, yang membantu membunuh bakteria yang tidak baik dan menambah bakteria baik.

MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN KETIKA DETOKS PARASIT


1. Gula 


Jangkitan parasit boleh membawa kepada keinginan untuk karbohidrat dan gula halus, jadi ia adalah yang terbaik untuk mengelakkan ini jenis makanan untuk kebuluran parasit luar tenaga dan bahan api mereka.

2. Karbohidrat ditapis (refined)


Karbohidrat ditapis seperti kek, roti, biskut, bijirin dan pasta harus dielakkan. Semua ini boleh meningkatkan kandungan gula dalam darah, jadi akan membuatkan detoks parasit lebih sukar. 

Nak singkirkan parasit ni memang memerlukan disiplin tinggi. Ye lah, makan nak kena jaga dan sepanjang proses detoks kita akan mengalami healing crisis yang mungkin menyebabkan badan letih sepanang hari, mengantuk, kerap membuang , sakit kepala, gatal-gatal di kulit dan sebagainya. 

Sepanjang program detoks parasit ni, ummi memang ambil vitamin Shaklee khas untuk detoks,
Apa dia ? 

Antara yg ummi amik

  • DTX Complex - detox hati 
  • Alfalfa Complex - Detox seluruh badan 
  • Herb lax - Detox usus
  • Nutriferon - tingkatkan imun sistem, penting utk ketahana badan semasa membunuh parasit 
  • Garlic Complex - untuk matikan telur dan cacing 
  • Vivix - detox sel 

***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
TUMARAWATI BINTI MANSHOR
SID 892671
call/sms/whatsapp : 013-8342092

atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….

Thursday, 21 January 2016

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU : Untunglah Wanita, Dengan 7 Tip Ini Kulit Pasti Lebih Jelita


 Untunglah Wanita, Dengan 7 Tip Ini Kulit Pasti Lebih Jelita!
Oleh:Nadia Mingguan Wanita
Wanita memang padat dengan tugasan harian, kalau yang bekerja lagilah berkira untuk jaga belek kulit wajah setiap malam. Ya, sangat penat! Jadual yang padat menyebabkan wanita kurang tidur dan rehat. Bahananya, tubuh menjadi lesu, wajah kusam dan tidak bermaya.


Jangan risau, kali ini MW kongsikan tip untuk jaga kecantikan cara mudah dan lebih berkesan. Lagi menarik, bahan yang diperlukan sangat jimat...
 

 
BACA: Cara Pilih Bedak Asas
 

1. Untuk wajah yang berseri dan bersinar, amalkan makan kelopak bunga mawar merah setiap hari.

http://support.karangkraf.com/editorial/mwa/31102015/001_006_544_pic.jpg

2. Selain itu, air rebusan daun inai juga dapat mengatasi wajah yang pucat. Tumbuhan ini juga amat bermanfaat untuk kesihatan dalaman wanita.



3. Lekap mata dengan uncang teh selama 10 minit. Petua ini dapat menyegarkan mata dan menghilangkan lingkaran gelap di bawah mata.

http://support.karangkraf.com/editorial/mwa/31102015/uncang-teh-.jpg


4. Sesetengah orang mengalami masalah rambut kering dan gugur, tambah pula kalau wanita selepas bersalin. Bagi mengatasinya, ramas daun bunga raya sehingga keluar lendir. Tapis dan buang hampasnya, sapu pati ini di kulit kepala dan rambut. Kemudian, balut kepala dengan tuala selama 10 minit. Hasilnya rambut sihat dan bersinar dan kulit kepala terasa segar dan sejuk.



5. Lenyekkan tomato sehingga lumat, lumur pada wajah dan biarkan sehingga kering. Kemudian bilas dengan air putih. Masker semula jadi ini akan membuatkan kulit wajah licin, lembut dan sekata.

 
BACA: Tambah Cantik Dengan 7 Petua Tomato


6. Agar bibir merah dan merekah bak delima, sapukan madu pada bibir setiap malam sebelum tidur. Apabila bangun pagi, cuci lebihan sisa madu di bibir dengan hirisan limau nipis.

 
http://support.karangkraf.com/editorial/mwa/31102015/madu1.jpg


7. Kulit badan juga jangan diabaikan. Untuk miliki kulit yang cerah dan kemerahan, gosok setiap inci tubuh anda dengan hampas kelapa. Percayalah, cara ini boleh hilangkan daki dan menjadikan kulit lembut serta lembap.



***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
TUMARAWATI BINTI MANSHOR
SID 892671
call/sms/whatsapp : 013-8342092

atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….


 

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU : Macam Mana Nak Kurus, Kalau Masih Buat 6 Perkara 'Buruk' Ini


 Macam Mana Nak Kurus, Kalau Masih Buat 6 Perkara 'Buruk' Ini
Oleh:Nadia Mingguan Wanita
Sering kecewa dan sedih apabila jarum alat penimbang tidak bergerak ke kiri?


Memanglah ini satu perkara yang boleh mengganggu mood anda. Macam-macam cara dah cuba untuk turunkan berat badan tapi usaha yang dilakukan tetap tidak menampakkan kejayaan.


Ini mungkin disebabkan oleh rutin atau kebiasaan yang anda lakukan setiap hari? Ketahui enam kesalahan yang perlu dielak dalam usaha anda  menurunkan berat badan.


1. Banyak Makan Makanan Masin & Berlemak
Jangan makan terlalu banyak makanan yang berlemak. Ia akan membuatkan kalori dalam tubuh bertambah sehingga menjadi lemak yang degil. Selain itu makanan yang banyak mengandungi garam juga  perlu dikurangkan atau jika boleh, elakkan sama sekali. Selain boleh mengakibatkan hipertensi, terlalu banyak garam di dalam tubuh membuatkan cairan tubuh terkumpul di dalam badan. Akibatnya, berat badan anda susah hendak turun.


2. Selalu Stres
Hormon kortisol yang keluar saat stres akan merangsang nafsu makan, melambatkan metabolisme dan meningkatkan penompokan lemak di bahagian perut. Relaksasi seperti mendengar muzik, berbual dan tertawa bersama teman-teman, beryoga, berurut dan bersiar-siar di taman dapat meredakan stres. Lakukan salah satu aktiviti ini paling kurang 10 hingga 15 minit setiap hari.


3. Sering Berjaga Malam
Dalam kajian yang telah dilakukan di Amerika Syarikat menyatakan, kurang tidur akan meningkatkan hormon rasa lapar dan menurunkan hormon rasa kenyang. Terdapat juga kajian lain yang membuktikan bahawa individu yang tidur kurang dari empat jam sehari mempunyai peluang menderita obesiti sehingga 73 peratus lebih tinggi jika dibandingkan dengan individu yang tidurnya tujuh hingga sembilan jam sehari.


4. Makan Tidak Di Meja Makan
Makan sambil menonton televisyen, membaca buku dan menaip di komputer membuatkan anda tidak dapat menikmati makanan dengan sepatutnya. Akhirnya, anda mudah tergoda untuk mencari sesuatu yang nikmat dikunyah. Kalori yang masuk dalam tubuh pun akhirnya sukar  dikawal.


5. Kurang Bergerak
Sambil bekerja, anda masih boleh melakukan senaman ringan misalnya dengan melakukan regangan kaki dan tangan. Silang-silangkan atau ayun-ayunkan kaki dan tangan sambil duduk di atas kerusi dua hingga lima minit setiap selang satu jam. Aktiviti ini mampu memberi tambahan pembakaran kalori berbanding hanya duduk di atas kerusi tanpa melakukan apa-apa regangan selama berjam-jam lamanya.


6. Ngelat Produk Tenusu
Wanita yang mengambil yogurt bebas lemak, keju atau susu rendah lemak tiga hingga empat kali sehari mampu mengusir 70 peratus lemak dari tubuhnya. Kalsium daripada susu berperanan sebagai tombol yang memerintahkan tubuh membakar lebihan lemak. Minumlah segelas susu bebas lemak saat sarapan, segelas yogurt rendah lemak pada siang hari, dan segelas susu bebas lemak di sore hari.


***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
TUMARAWATI BINTI MANSHOR
SID 892671
call/sms/whatsapp : 013-8342092

atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU : Slim' Dengan Cara Orang Lama. Nak Kuatkan Lutut Pun Boleh!



 Kurus & Sihat Dengan Cara Orang Lama. Nak Kuatkan Lutut Pun Boleh!
Oleh:Nadia Mingguan Wanita
 
Kalau umur makin meningkat, makin banyak penyakit yang singgah. Kadang walau dah makan macam-macam jenis ubat, penyakit tetap tahap yang sama. Langsung tak berganjak. Cuba anda guna petua ini pula, orang kata sangat mujarab...


CARA SUSUTKAN BERAT BADAN.
1. Makan epal HIJAU atau minum jusnya tiap-tiap hari sekurang-kurangnya satu biji sehari selama seminggu. Tujuannya untuk membuang lemak visceral (lemak yang terdapat dicelah-celah otot perut) dan untuk mengikis lapisan kanji tepung gandum dan sisa-sisa makanan yang lain dari dinding usus. (Gandum yang terdapat sekarang mengandungi bahan kimia. Bahan kimia itulah yang menyebabkan warna asalnya bertukar daripada kuning menjadi putih dan boleh menyebabkan kanser usus).

 
http://support.karangkraf.com/editorial/mwa/18012016/b2.jpg


 

Ingat: Kalau dimakan mentah, epal boleh dimakan bersama-sama makanan lain. Tetapi kalau jus, tidak boleh disulam dengan makanan lain kecuali setelah berlalu 15-20 minit.


 http://support.karangkraf.com/editorial/mwa/18012016/b3.jpg

2. Makan pula buah LEMON atau minum jusnya 1 biji sebelum sarapan ATAU 1 biji sebelum tidur tiap-tiap hari untuk tujuan detoksifikasi. Berbeza dari jenis-jenis limau yang lain, lemon bersifat asid sewaktu di luar tetapi bertukar menjadi alkali setelah masuk ke dalam badan. Lemon ini rasanya sangat masam. Untuk mengurangkan masamnya, boleh dibuat jus dan campurkan dengan madu atau buat air lemon dengan menggunakan gula perang.


Kesannya boleh dirasai dalam masa dua minggu.


CARA KUATKAN LUTUT
Racik kacang lendir (bendi) muda nipis-nipis dan rendam dalam air panas sebelum tidur kemudian minum pada sebelah pagi sebelum sarapan. Amalkan setiap hari. Kesannya boleh dilihat dalam tempoh sebulan.

 
http://support.karangkraf.com/editorial/mwa/18012016/b1.jpg

 

***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
TUMARAWATI BINTI MANSHOR
SID 892671
call/sms/whatsapp : 013-8342092

atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….