Tuesday, 14 July 2015

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU :Produk Anti Penuaan Shaklee

Proses penuaan berlaku secara semulajadi dalam kehidupan seorang manusia. Namun begitu, di zaman penuh dengan pencemaran ini, proses penuaan berlaku dengan begitu pantas, dan memberi kesan bukan saja kepada penampilan, malah kesihatan secara amnya!

Pelbagai penyakit yang berpunca dari proses penuaan, dan boleh melanda orang-orang muda yang mengalami penuaan sebelum masanya seperti darah tinggi, penyakit jantung, Parkinson, katarak, malah penyakit nyanyuk!

Oleh itu amat penting untuk kita menjaga keremajaan sel, agar terus sentiasa sihat, sekurang-kurangnya tidak mengalami penuaan sebelum masanya.
Apakah produk anti penuaan dari Shaklee?

Pastinya ANTIOKSIDAN!

Vivix antioksidan terbaik

vivix
vivix

ACE

carotomaxvita c shakleevitamin E shaklee



CREDIT  http://vitaminsemulajadi.com/produk-anti-penuaan-shaklee/



***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
TUMARAWATI BINTI MANSHOR
SID 892671
call/sms/whatsapp : 013-8342092

atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU :Faktor Vitamin Tidak Menyerap Dengan Baik

Apakah yang terjadi apabila tubuh kita tidak dapat menyerap nutrien? Di bahagian manakah nutrien diserap dalam tubuh kita?
VITAMIN TERBAIK
Secara umumnya, nutrien diserap dalam tubuh kita di bahagian usus kecil. Sebelum sampai ke usus kecil, ia dicerna dan diuraikan kepada bentuk ringkas agar dapat diserap oleh tubuh.

Faktor utama nutrien tidak dapat diserap dengan baik ialah kerana gaya hidup kita hari ini… Kita sering mengambil ubat, makan terlalu banyak makanan yang  diproses/ditapis… pengambilan daging, hasil tenusu dan ayam yang tidak dikawal menyebabkan badan kita untuk menjadi  bermukus. Ini seterusnya melemahkan fungsi sistem pencernaan dan organ penyingkiran seperti usus, hati dan buah pinggang.

Bagaimana nak selesaikannya? Di Shaklee kami ada penyelesaian untuk membersihkan usus dengan cara selamat!



CREDIT http://vitaminsemulajadi.com/faktor-vitamin-tidak-menyerap-dengan-baik/



***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
TUMARAWATI BINTI MANSHOR
SID 892671
call/sms/whatsapp : 013-8342092

atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU :Kepentingan Selenium Untuk Menentang Kanser

Mungkin jarang antara kita yang pernah mendengar tentang selenium. Ia adalah trace mineral yang amat penting untuk kesihatan. Selenium membantu dalam mencegah kanser.
Di dalam tubuh kita, selenium adalah komponen dalam sejenis enzim yang dipanggil glutathion peroxidase. Enzim ini wujud dalam cecair di dalam dan sekeliling sel dalam tubuh kita. Tugasnya ialah menjaga sel dari dirosakkan oleh oksigen tak lengkap (radikal bebas) yang boleh menjadi punca kanser.

Selenium bekerja bersama-sama dengan Vitamin E yang terletak di dalam selaput sel untuk mempertahankan sel dan tisu badan kita daripada dimusnahkan.

vita E complec shaklee
Atas sebab itulah vita-E complex Shaklee (400IU) yang diperbuat daripada sumber semulajadi diperhebat dengan 10mcg selenium bagi melengkapkan fungsi vitamin E. Selenium, perlu diambil dalam kuantiti yang sedikit, namun tidak ada general rule tentang pengambilan selenium. Selenium tidak boleh diambil melebihi 100mcg sehari kerana ia boleh menjadi toksin dalam tubuh. Walau bagaimanapun, setakat ini belum ada laporan tentang keracunan selenium di kalangan manusia, namun kesan selenium berlebihan boleh menyebabkan keguguran rambut dan kuku serta masalah terhadap sistem saraf.


Selenium boleh diambil secara semulajadi dengan memakan makanan laut, organ lembu dan bijirin penuh. Namun masalah tanah pertanian yang mengalami masalah kekurangan nutrisi (dalam tanah) menyebabkan kandungan selenium dalam tumbuhan adalah berbeza-beza. Manakala buah-buahan dan sayuran hanya mengandungi sedikit saja selenium.

Menurut kajian, penduduk di kawasan yang mempunyai tahap selenium yang tinggi dalam air minuman mereka, menjalani hidup yang lebih sihat dengan low cancer rate dilaporkan. Manakala penduduk di kawasan yang mengalami kekurangan selenium, lebih terdedah kepada risiko kanser.

Jadi, pilihlah makanan anda.

Dapatkan Vita-E Complex lengkap dengan selenium.



CREDIT http://vitaminsemulajadi.com/kepentingan-selenium-untuk-menentang-kanser/


***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_

TUMARAWATI BINTI MANSHOR
SID 892671
call/sms/whatsapp : 013-8342092

atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU :Naturophatic vs Allopathic, Mana Satu Nak Pilih?

Wow, apa pula jargon kali ni ya.

Secara mudahnya, perubatan naturophatic adalah yang berkaitan dengan pencegahan, lebih kepada mengawal punca penyakit, dan melibatkan mengubah cara hidup dari awal demi menjaga sebuah kesihatan.

Allopathic pula adalah perubatan yang diperlukan ketika kecemasan atau ketika mengalami kesakitan dan ketidakselesaan yang memerlukan rawatan segera. Doktor allopathic akan menstabilkan penyakit am dengan cepat melalui penggunaan ubat-ubatan farmaseutikal moden.

Kedua-dua jenis perubatan ini, yakni naturopathic dan allopathic adalah penting dan diambilkira dalam bidang perubatan moden. Membuat pilihan antara perubatan naturopathic dan allopathic untuk rawatan, adalah bergantung kepada pesakit dan penjaga pesakit.

Perubatan allopathic adalah penting apabila melibatkan keadaan kecemasan dan ketika tanda-tanda yang menyebabkan rasa sakit atau tidak selesa. Misalnya, mangsa kemalangan jalanraya atau yang mengalami strok, rawatan segera diperlukan bagi memastikan tiada kesan langsung yang bakal berlaku akibat kecederaan yang dialami.
TIPS HIDUP CERIA
Manakala, bila datang kepada pencegahan kesihatan, perubatan naturopathic mengambil tempat kerana dia fokus kepada akar penyebabnya. Rawatan naturopathic secara semula jadi meningkatkan sistem kekebalan tubuh menggunakan  vitamin dan mineral, dan lain-lain sumber semula jadi, yang membantu tubuh menyembuhkan dirinya sendiri. Ini boleh membawa kepada pembaikan daya hidup dan mengurangkan pengambilan ubat farmasi.
Sebelum kita perlu kepada perubatan allopathic, ayuhlah kita mengamalkan perubatan naturopathic bagi mencegah penyakit-penyakit biasa atau penyakit kronik. Dunia lebih sihat bila kita semua sihat, tanpa ubat.
#drugfree #sihattanpaubat






***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_

TUMARAWATI BINTI MANSHOR
SID 892671
call/sms/whatsapp : 013-8342092

atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU :Kenapa Diserang Demam Denggi Kali Kedua Sangat Bahaya?

Denggi! Di mana-mana sekarang ni cerita tentang denggi. Kawasan rumah saya ni tak putus-putus kena sembur dengan Kementerian Kesihatan dan DBKL. Denggi punya pasal.
Adakah demam denggi bawaan nyamuk Aedes ni sangat serius? Ya, sangat-sangat serius!

Demam denggi ni mula dikesan dalam tahun-tahun 1700-an. Dari nak cegah tak tercegah-cegah, sebaliknya kian merebak. Pada mulanya Denggi ni wujud di kawasan beriklim tropika, tapi sekarang dan merebak ke seluruh dunia! Kenapa? Sebab virus denggi ni boleh bermutasi! Maknanya, dia boleh ‘menyamar’ sampai sel pertahanan badan kita dah tak kenal yang dia tu virus denggi!

Bagaimana nak cegah Denggi dan rawati pesakit denggi.

Sesiapa yang dijangkiti demam denggi kali kedua tu lebih bahaya, maknanya virus tu dah bermutasi dah sampai sistem badan dia tak kenal dan tak boleh lawan.

Oleh itu sangat penting kita nak cegah demam denggi sebelum ia terjadi!

Setakat ni tak ada ubat atau rawatan khusus untuk pesakit denggi. Di hospital pun, pesakit cuma diberi rawatan ke atas simptom yang dihidapi. Jadi, marilah kita sama-sama cegah dan lindungi keluarga kita dari nyamuk Aedes.

  • Jaga kebersihan dalam dan luar rumah.
  • Buang semua objek yang boleh menakung air dan tidak digunakan.
  • Terlangkupkan bekas-bekas yang boleh menakung air.
  • Salin air dalam vase secara rutin.
  • Terlangkupkan baldi dan gayung dalam bilik air. Sedikit air yang terkumpul dan cukup untuk nyamuk ni bertelur.
  • Jangan berada di kawasan luar rumah di waktu-waktu Aedes sedang aktif.
  • Kurangkan aktiviti outdoor di kawasan terbabit Denggi.
  • Jauhkan diri dari kawasan pembinaan, di sini paling banyak ternak Aedes.
  • Tingkatkan imuniti ahli keluarga dengan bekalan nutrisi yang optimum.
  • Galakkan anak-anak untuk makan makanan yang tinggi nutrisi, bervitamin, jauhi makanan rapu.
  • Laburkan sedikit untuk pembelian vitamin buat keluar.
Cegah sebelum terjadi. Denggi sangat serius, ia membocorkan saluran darah kita. Yang terbaru pula, ia boleh menyebabkan kerosakan pada otak.

CREDIT  http://vitaminsemulajadi.com/kenapa-diserang-demam-denggi-kali-kedua-sangat-bahaya/



***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
TUMARAWATI BINTI MANSHOR
SID 892671
call/sms/whatsapp : 013-8342092

atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU :Mengatasi Badan Lemah dan Lesu

Badan lemah, letih dan lesu adalah perkara yang normal terutama apabila kita menjalani hari yang panjang dengan kerja yang banyak. Kelesuan yang biasa boleh diatasi dengan meminum air suam dan berehat, misalnya tidur. Namun, bagaimana untuk menghadapi badan lemah dan lesu yang masih tidak hilang-hilang meskipun sudah tidur dan berehat?
Sebelum itu kita lihat dulu apakah penyebab badan lemah dan lesu:

  • Pemakanan yang tidak sihat
  • Tekanan dan stress
  • Kegemukan
  • Pekerjaan yang memenatkan
  • Insomnia
  • Darah rendah/anemia
  • Perokok tegar
  • Mengambil kafein secara berlebihan
  • Pengambilan makanan segera dan makanan rapu yang berlebihan
  • Tidak melakukan senaman
  • Pengambilan ubat-ubatan
  • Kekurangan air
  • Kehamilan

Sekiranya penyebab kelesuan ialah bukan sebab-sebab kesihatan atau pengambilan ubat-ubatan, faktor penyebab ialah kemungkinan besar kekurangan nutrisi. Maklum sajalah, tidak semua antara kita yang makan untuk sihat, kebanyakan kita makan untuk sedap atau sekadar makan untuk hidup.

Vitamin Untuk Badan Lemah dan Lesu


Vitamin A

Melindungi tubuh dari serangan virus dan bakteria yang menyebabkan jangkitan minor yang mungkin mengakibatkan kelesuan. Vitamin A menjaga membran dan mengawalnya dari diserang oleh patogen2 yang boleh menyebabkan badan kita jadi lemah dan lesu.
Vitamin A juga berguna untuk imuniti.

Vitamin B Complex

Vitamin B complex adalah vitamin yang paling utama dalam mengatasi kelesuan dan tekanan. Vitamin B Complex yang lengkap mengandungi 11 jenis vitamin B yang memberi sokongan kepada badan, dari segi kesihatan fizikal dan juga mental. Vitamin B complex mempunyai elemen yang meningkatkan metabolisma, tenaga dan kesihatan otak.

Vitamin C

Menguatkan imuniti tubuh dan menghalang jangkitan. Ia menghindarkan tubuh daripada kelesuan yang diakibatkan oleh tindakan virus dan bakteria terhadap sel tubuh.

Vitamin D

Vitamin D berkaitan dengan mood dan tahap tenaga. Kerana itu bagi penduduk di negara sejuk, mereka cenderung menghidapi sindrom SAD (seasonal affective disorder) ketika musim sejuk kerana kurang mendapat cahaya mtahari (sumber semulajadi vitamin D).

Vitamin E

Selain antioksidan yang hebat, vitamin E juga penting untuk mengatasi kesan psikologi semasa haid, menopause, termasuk kesan kelesuan dan lemah badan.
Apakah vitamin Shaklee yang anda boleh ambil untuk mengatasi badan lemah dan lesu?
vita lea
b complex
vita c
soy protein
performance drink


CREDIT  http://vitaminsemulajadi.com/mengatasi-badan-lemah-dan-lesu/


***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
TUMARAWATI BINTI MANSHOR
SID 892671
call/sms/whatsapp : 013-8342092

atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU :Kenali Simptom Penyakit Hati Kronik Boleh Selamatkan Nyawa

Hati adalah organ dalaman terbesar dalam badan kita. Hati memainkan peranan yang sangat penting yang menjalankan pelbagai fungsi.

Fungsi utama hati adalah untuk menyahtoksik  dan meningkatkan upaya sistem pencernaan cecair hempedu yang membantu memecahkan lemak makanan kita menjadi kepingan kecil. Proses ini memudahkan untuk usus kecil anda untuk menyerapnya. Tetapi bukan itu sahaja.

 Berikut adalah antara fungsi hati secara ringkas:

  • Ia menyahtoksin darah, menapis bahan-bahan yang berbahaya dan tidak diingini
  • Ia menghasilkan hempedu untuk membantu penghadaman
  • Ia menyimpan beberapa vitamin dalam badan
  • Ia menyimpan glukosa
  • Ia menukarkan glukosa menjadi gula yang badan akan guna bila tahap gula dalam badan  berkurangan akibat keletihan
  • Ia memproses hemoglobin, insulin, dan pelbagai hormon lain
  • Ia menukarkan ammonia kepada urea; ramuan penting untuk metabolisme yang sihat
  • Ia menghapuskan sel-sel darah merah lama, yang menjadikan najis kita berwarna sebegitu. Inilah sebabnya apabila najis anda berubah warna,ia boleh menjadi petunjuk ada sesuatu yang tak kena dengan fungsi hati kita.
Penyakit hati jika dikesan dari awal boleh dirawat dan boleh disembuhkan. Syaratnya punca penyakit tersebut mesti diketahui terlebih dulu. Banyak jenis penyakit yang berkaitan dengan hati ni.

Penyakit dalam hati biasanya disebabkan oleh:


  • Keradangan pada sel hati seperti yang dialami pesakit hepatitis
  • Pengaliran hempedu yang tersekat seperti dalam kes cholestasis
  • Penimbunan lemak dan kolesterol
  • Gangguan peredaran darah ke hati
  • Tisu hati mengalami kerosakan kerana toksin berlebihan

Simptom dan petanda kerosakan pada hati:

  • Nafas berbau
  • Lingkaran hitam di bawah mata
  • Bau badan berlebihan
  • Noda hitam/coklat pada kulit
  • Lidah kelihatan bersalut
  • Najis berubah warna
  • Keradangan di tapak tangan  dan tapak kaki
  • Bebola mata membengkak
  • Jaundis
  • Sakit di kuadran tangan yang paling atas kanan abdomen
  • Peluh berlebihan

  • KEsan-kesan yang disebabkan oleh hati yang tidak sihat:
  • Batu hempedu
  • Cirrhosis yakni sel hati mengalami degenerasi
  • Metabolisma menjadi tidak menentu
  • Masalah sistem penghadaman seperti sembelit, buasir, refluks, etc
  • Masalah dengan kadar gula dalam darah
  • Bermasalah dengan imuniti tubuh, misalnya mudah terkena alergi
Sekiranya anda ada mengalami simptom dan kesan dari hati yang bermasalah, dapatkanlah rawatan dengan segera. Jagalah hati kita kerana kita cuma ada satu hati.


CREDIT http://vitaminsemulajadi.com/kenali-simptom-penyakit-hati-kronik-boleh-selamatkan-nyawa/


***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
TUMARAWATI BINTI MANSHOR
SID 892671
call/sms/whatsapp : 013-8342092

atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….