Monday, 22 December 2014

Pengedar Shaklee Bintulu : LUMPUH DAN VIVIX..

Assalamualaikum dan petang.... saya nak share testimoni daripada seorang pengguna shaklee... TENTANG VIVIX SHAKLEE DAN LUMPUH...jemput baca untuk ketahui lebih lanjut...
 
 
Assalamualaikum...

Just nak share pengalaman mak saya yang lumpuh sebelah muka sejak 2008/9 dan pengalaman beliau mengambil vivix sejak seminggu yang lalu. 

Sejak lumpuh sebelah muka, mak mmg x pernah dapatkan rawatan hospital. Dia cuma pernah pergi sekali je ke klinik tp x pernah refer ke hospital. Sepanjang sakit, mak cuma dapatkan rawatan refleksologi, bekam darah serta akupuntur shj. Ubat2an hospital mmg mak x nak. Hasil dari rawatan tersebut, nampak ada perubahan pada bhg muka mak yg lumpuh tu dh tidak terlalu senget tapi keadaan tu kekal sehingga sekarang dan tidak pulih sepenuhnya. 

Bila saya dh join shaklee sejak akhir oktober lalu, saya banyak buat reading research berkenaan vivix dan bagaimana dia merawat pesakit buah pinggang. saya mulanya tergerak utk cuba beri vivix pada ayah saya yg sedang menjalani dialisis utk masalah buah pinggang dia serta komplikasi salur darah tersumbat, tp memandangkan dia sedang makan ubat homeopathy, saya hold dulu sbb x nak campur aduk ubat. 

Akhirnya saya buat keputusan utk beri mak cuba vivix kerana hasil pembacaan saya, saya jumpa banyak testimoni tentang vivix dan pesakit lumpuh. hari pertama minum vivix, mak saya call dan bgtahu, perut dia terasa sgt pedih, mungkin kesan dia gastrik katanya. Lepas seminggu, mak saya call lagi n bgtau, dia terasa seperti ada semut merayap di sekitar bahagian muka dia yg lumpuh tu. dan lagi, kaki kanan dia yg dh mula x terasa bila dicubit, sekarang dh okay, rasa macam biasa.
Setakat seminggu pengambilan, ini yg dapat saya kongsikan. Mak cuma ambil satu sudu kecil setiap pagi. Insya Allah, ada rezeki, kalau ada progress lagi, saya akan share lagi beserta gambar hehe
Kita hanya mampu berikhtiar, Allah jua penyembuh segala penyakit. Terima kasih Allah temukan aku dengan ikhtiar yg serasi utk ibuku...
Thank u for reading

 

***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_

UMMI ZUBARI
SID 892671



call/sms/whatsapp : 013-8342092

atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….
 

Sunday, 21 December 2014

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU : Kesan jika selalu tampar, cubit atau pukul anak

Assalamualaikum dan petang.... semoga apa yang saya share ni boleh beri manfaat untuk kita semua...

Kisah realiti yang biasa terjadi dalam kehidupan kita. Kisah ini di ambil daripada luahan hati seorang ibu di facebook.
Dalam kekalutan nak mengisi perut
yang menjerit- jerit kelaparan
adik pula menangis memulas-mulas badan
menangisnya macam kena dera
sambil angkat baby michelin yang entah berapa kilo ni
saya senduk nasi panas dalam periuk
sambil nangis adik muntah pada baju saya
Allah….
letak pinggan bawa adik ke sinki
cuci mulut dan bersihkan baju
entah bila kakak datang pada kabinet bawah dapur
bederau darah bila mndengar bunyi kaca mencium lantai
bila saya toleh tutup kaca atas lantai
mujur masih intact tidak pecah
tapi disebabkan terkejut
tindakan reflex pertama saya tadi adalah menjerit pada kakak dan memukul tangannya
mak keluar dari bilik dan menyambung marah bila tengok apa yang berlaku
hati saya sayu bila tengok orang lain marah anak saya
sedangkan time tu hati sendiri dah nak menangis sebab pukul dia.
sambil menyuap nasi ke mulut sambil letak adik yang sudah berhenti nangis 
hati saya sebal, sebak dan bagai tidak boleh bernafas
kakak mak bawak ke bilik untuk ditidurkan
tapi tidak sampai 2 minit kakak keluar
terus saya peluk dia minta maaf
semoga Allah ampunkan saya…………
Pertama kali membaca luahan hati di atas, hati Ibu menjadi sebak. Ini kerana jika Ibu berada di tempat dia, entah bagaimana tindakan reflect Ibu, mungkin bukan setakat tampar tangannya, mungkin juga di cubit kulitnya, di marah dengan kata- kata yang tidak sedap didengar. Ya itu tindakan reflect, tindakan yang kita tidak boleh kawal.
Jangan marah anak pada usia 1 tahun
Namun apabila anda baca kesan jika selalu tampar, cubit atau pukul anak dibawah, sudah pasti anda akan mampu mengawal tindakan reflect. Ini kerana kajian menunjukkan kanak-kanak berumur setahun yang sering dipukul (pukulan atau tamparan seperti menepuk punggung, kaki atau tangan ketika melakukan kesalahan) oleh ibu atau bapa mereka akan menjadikan anak tersebut agresif dan degil.
Anda Boleh baca di sini Perlu Ke Pukul Anak unuk menghukum anak cara islam.
Walaupun ibu bapa menganggap ‘pukulan kecil’ itu tidak mendatangkan mudarat kepada anak-anak, namun kajian mengesahkan pukulan kepada anak sekecil usia setahun mendatangkan kesan negatif kepada pembesaran tubuh dan minda mereka.
“Usia setahun adalah tempoh yang paling penting dalam mewujudkan kualiti hubungan antara ibu bapa dan anak-anak,” jelas Lisa J. Berlin, seorang saintis penyelidik di Pusat Kanak-kanak dan Polisi Keluarga di Universiti Duke, Amerika Syarikat.
Tambah Berlin, pukulan kepada anak-anak sekecil usia setahun akan menjadikan mereka kanak-kanak yang agresif seiring penambahan usia mereka. Hasil kajian Berlin telah diterbitkan pada sebuah jurnal Pembangunan Kanak-Kanak keluaran September/Oktober tahun ini.
Berlin dan kumpulan penyelidiknya merujuk kepada data yang diperoleh dari 2,500 responden yang terdiri daripada bangsa kulit putih dan hitam yang berasal dari keluarga berpendapatan rendah.

Menghukum dengan pukulan

Kaji selidik terbabit turut melaporkan tanggapan ibu bapa tentang kerenah anak-anak mereka dan mengapa mereka memilih untuk menghukum anak dengan pukulan.Berlin juga memilih beberapa pemerhati terlatih untuk melakukan lawatan di rumah responden terbabit bagi merekodkan cara interaksi antara ibu bapa dengan anak-anak yang berusia 1, 2 dan 3 tahun.
kesan-hukum-anak
Kira-kira satu pertiga ibu kepada anak berusia setahun memberitahu, dalam seminggu mereka pasti akan memukul anak mereka sekurang-kurangnya sekali kerana kesalahan kecil yang dilakukan anak tersebut.
Setelah data dikumpul, Berlin mendapat keputusan bahawa kanak-kanak berusia setahun pasti akan dipukul sebanyak 2.6 kali seminggu, manakala kanak-kanak berusia dua tahun pula tiga kali seminggu.
Kajian tersebut turut menunjukkan kanak-kanak yang dipukul seawal usia setahun menjadi semakin nakal pada usia dua tahun dan apabila menjelang usia tiga tahun mereka tidak menunjukkan perkembangan yang baik terhadap daya pemikiran mereka.
Berlin dan rakan-rakan penyelidiknya juga melihat kepada impak hukuman seperti menengking, menjerit atau membebel dengan bahasa yang kurang sopan terhadap anak-anak.
Dan hasil kajian menunjukkan hukuman ‘secara lisan’ itu tidak bersangkut paut dengan impak negatif jika ibu tersebut sering memberikan perhatian, kasih sayang dan sokongan kepada anak-anak mereka.
Kajian terdahulu juga melaporkan tabiat memukul anak sering berlaku kepada keluarga berpendapatan rendah.
Kajian tersebut turut menunjukkan bahawa ibu-ibu yang mengadu mereka memiliki anak-anak yang amat cerewet akan terus menghukum anak dengan pukulan sejak anak berusia setahun hinggalah tiga tahun. Tetapi apabila anak yang berusia dua tahun bertindak agresif, si ibu lazimnya mula kurang memukul anak tersebut.
“Mungkin anak-anak yang berusia dua tahun sudah menjadi semakin agresif jadi ibu semakin sukar mengawal sekali gus mereka kurang memukul anak tersebut, tapi itu bukanlah fakta yang kami temui sebenarnya.
“Adat memukul anak ketika mereka buat salah memang telah lama dilakukan oleh generasi terdahulu, tetapi keadaan tersebut semakin berkurangan seiring perubahan zaman.
“Begitu pun memang masih wujud golongan yang mempercayai bahawa pukulan adalah cara yang terbaik mendidik anak kerana mereka juga melalui fasa yang sama ketika kecil, maka sebab itulah tiada salahnya mereka meneruskan tradisi tersebut,” ujar Berlin.

Sering dipukul akan menjadi pemukul

Sementara itu, Professor Madya di Jabatan Pembangunan Manusia dan Sains Keluarga di Universiti Texas di Austin, Elizabeth T. Gershoff, berkata, kajian menunjukkan tubuh kanak-kanak yang sedang membesar memang tidak sesuai menerima hukuman pukulan.
sering-marah-anak
“Boleh dikatakan semua kajian berkaitan amalan memukul anak kecil memberikan impak negatif terhadap tumbesaran anak-anak tersebut, ia hanya membuatkan anak-anak tersebut berhadapan dengan masalah kepada kesihatan mental mereka,” jelas beliau.
Tambah Gershoff, lebih kerap anak kecil itu dipukul semakin berisiko untuk didera oleh ibu bapa.
“Saya tidak mengatakan setiap ibu bapa yang memukul anak-anak itu mendera namun risikonya tetap ada,” ujar Gershoff.
Kanak-kanak secara semula jadinya akan belajar menerusi apa yang mereka alami dan lihat pada persekitaran, jadi mereka juga akan membesar menjadi seorang yang pembengis – HealthDay News.
Sumber: Utusan Malaysia

Tuesday, 16 December 2014

Pengedar Shaklee Bintulu : DERITA KU SELAMA 7 TAHUN AKHIRNYA BERAKHIR...

Assalamualaikum dan selamat malam semua...malam ni saya terpanggil 
nak share satu testimoni dalam bentuk video tentang masalah jerawat yang kronik
akibat pengunaan produk yang ada bahan kimia.......faham juga apa yang di lalui
rakan kita ni.... memang kesian kan ... saya dulu pada usia 15 tahun
memang ada juga masalah jerawat yang kronik... biasalah angkat dara kata orang..hehe
tapi syukur ia tak berlanjutan....tapi sempat juga lah ye merasa muka penuh jerawat ni..memang rasa malu dan sedih...


Sebenarnya masalah jerawat merupakan masalah kulit yang kebiasaan dialami oleh remaja. Namun, masalah jerawat yang kritikal akan memberikan kesan yang besar kepada keyakinan diri, malu bertemu orang, membuatkan diri sering menyendiri.

Cubalah SET KECANTIKAN KULIT SHAKLEE untuk kulit bebas jerawat
Masalah jerawat yang sering menghantui remaja mahupun dewasa

Cubalah SET JERAWAT SHAKLEE. Produk semulajadi dan berkesan
Penyebab Berlakunya Jerawat

Jerawat yang tidak dirawat akan meninggalkan parut yang sangat hodoh dan lebih teruk jika menjadikan kulit muka rosak, berlubang-lubang dan sangat sukar untuk dipulihkan semula.

Hari ini saya  kongsikan Rahsia Kulit Berseri, licin,putih dan gebu seorang pengguna Shaklee yang merana selama 7 tahun akibat penggunaan produk yang kemungkinan mempunyai bahan kimia.....

Bayangkan akibat jerawat ni beliau hilang keyakinan diri dan menjadi sangat malu untuk berjumpa rakan, keluar bekerja dan bertemu orang ramai.... 

Macam-macam yang beliau dah cuba  untuk memulihkan semula keadaan wajahnya seperti pergi facial, masker dan mencuba pelbagai produk yang ada di pasaran...tapi malangnya jangankan sembuh jerawat tu malah  bertambah buruk !!!

Akhirnya beliau berjumpa dengan produk shaklee. Setelah menggunakan produk shaklee selama 3 ke 4 bulan, jerawat akhirnya kering, namun masih meninggalkan parut....parut tu pulak berada di dalam kulit...

Lepas tu beliau mencuba produk Vitamin E untuk menghilangkan dan menyembuhkan parut. Alhamdulillah dalam tempoh 4-6 bulan penggunaan, parut semakin kurang dan menghilang.

Sehingga ke hari ini beliau menggunakan Vitamin C, Collagen, GLA dan Set Penjagaan Muka Nutriwhite.

Setelah 7 tahun pencarian produk yang betul-betul sesuai, akhirnya beliau produk yang sesuai dengan kulit beliau. Anda boleh lihat sendiri wajah beliau di dalam video di bawah.

Pasti ada penawar kalau anda betul-betul nak ....janji anda haruslah BIJAK dalam memilih produk !! silap pilih akan memburukkan lagi keadaan...

of coz pilihan TERBAIK semestinya yang bebas kimia....macam shaklee....

-----------

Apa-apa pun video ni memang sesuai sangat dengan PROMOSI bulan ni. Promosi berganda Disember 2014 ...3 Produk Kecantikan Shaklee. Wajib cuba bulan ini jika anda ada masalah seperti cik Nur Farizan ni.

Selamat menonton kisah beliau!







***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_

UMMI ZUBARI
SID 892671



call/sms/whatsapp : 013-8342092

atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….
  

Friday, 12 December 2014

SHAKLEE BINTULU : KOLAGEN DAN WANITA BAGAIKAN IRAMA DAN LAGU...


Fenomena kini,  terdapat pelbagai produk di pasaran yang berasaskan kolagen dan ia laku bagai goreng pisang panas.  Pantang sebut produk berasaskan kolagen mesti ramai yang tertarik.  Kalau dulu ramai yang tak tahu akan kepentingan kolagen ini tapi kini rata-rata wanita memilih makanan kesihatan yang berasaskan kolagen kerana dikatakan mampu untuk melambatkan proses penuaan selain menjadikan kulit lebih anjal dan cantik.

Mengapa Kolagen Penting Dalam Kehidupan Dan Apa Itu Kolagen?

Sebenarnya... Kolagen adalah sejenis protein berserat yang paling banyak terdapat dalam mamalia, termasuk manusia. Ia membentuk kira-kira 25 peratus daripada jumlah keseluruhan protein dalam badan. Terdapa lebih 25 jenis kolagen yang secara semulajadi berlaku dalam badan.

Kalau nak tahu...bermula umur 25 tahun, penghasilan kolagen makin berkurang sebanyak 1.5% setiap tahun. Bila umur 40 tahun penyusutannya  sebanyak 30% dan 50% semasa umur 60 tahun. Kehilangan kolagen dalam badan akan menyebabkan kulit berkedut dan kusam.

Kolagen Dan Elastini ialah protein yang membentuk struktur lapisan kulit yang lebih mendalam, memberikan ketegangan, keanjalan dan kelembapan yang wajar kepada kulit. Hampir 70% daripada tisu kita terdiri daripada kolagen.


Tanda-Tanda Penuaan Kulit Yang Berpunca Daripada Kekurangan Kolagen:

• Kulit Kering
• Lingkaran Hitam & Kantung Mata
• Kusam & Nada Kulit Tidak Sekata
• Kulit Hilang Keanjalan (Melandur)
• Garis-Garis Halus Atau Kedutan

Berapa Banyak Kolagen Diperlukan oleh Badan Kita?

Kajian Terbaru University Harvard USA :
Usia 20 – 30 Tahun Memerlukan Kolagen 4500-5000mg ( 1 Sachet Sehari )
Usia 31 – 60 Tahun Memerlukan Kolagen 6000-8000mg. ( 1 ½ Sachet Sehari )
Peningkatan usia memerlukan penambahan kolagen dalam badan kita. Ini telah dibuktikan bahawa pengambilan 5000mg kolagen tulen sehari boleh mencapai kesihatan dari segi kulit, joint dan tulang.





Sebab itu bila seseorang amalkan suplemen kolagen ia akan membuatkan dirinya nampak cerah, kelihatan muda. Suplemen kolagen ini ibarat kita topup kan kembali apa yang dah kurang dalam badan kita...

Siapa Yang Perlukan Kolagen?

Pelajar (Perempuan dan lelaki)
- Kolagen bagus untuk sesiapa yang ada masalah mudah lupa.

Wanita yang baru lepas bersalin
- Bagi memutihkan semula kulit yang mungkin mengalami alahan kulit ketika mengandung.

Mangsa kebakaran 
- Kolagen amat diperlukan untuk memulihkan semula semua kulit yang dah terbakar / melecur.

Lelaki dan Wanita yang berusia 40 tahun ke atas
- Faktor kehilangan lebih banyak kolagen apabila usia meningkat menyebabkan mereka perlua untuk mengambil kolagen. Seseorang itu akan nampak tua bila kulit dia dah start berkedut dan jadi kusam kan?

Bekas pesakit yang ada masalah kulit / parut
- Mereka perlukannya bagi menggantikan semula sel kulit yang lama mengurangkan kesan parut dan kulit kasar.

Orang yang mempunyai masalah tidur
- Bagus untuk orang yang ada masalah tidur atau insomnia. 

Orang yang mudah sakit
- Membantu meningkatkan tahap metabolisma seseorang

Perubahan boleh dilihat dalam masa 2 minggu pengambilan. Perubahan pada kulit, rambut,tulang kuku, sendi dan tenaga serta melindungi sel-sel kulit daripada kendur, kering, warna kulit tidak seimbang dan pigmentasi. Contoh tapak kaki kering, pertumbuhan rambut gugur, kurang sakit sendi , kulit makin tegang/cantik, pencerahan, disamping tenaga badan lebih sihat. Ia turut menguatkan elastin kulit dan tulang.

Pasti ramai yang sedih sebab bermula tahun depan colagen shaklee akan di formulakan semula so mungkin akan ambil masa dalam 9-12 bulan juga tiada STOK di PASARAN !!

SO rebutlah peluang sementara stok masih ada..lebih2 lagi sekarang ni PROMO BUY 3 FREE 1....MEMANG RUGI TAK BORONG ...


  • ***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_

    UMMI ZUBARI
    SID 892671



    call/sms/whatsapp : 013-8342092

    atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….
      
     

Monday, 8 December 2014

SHAKLEE BINTULU :KELETIHAN BERPANJANGAN : SEBAB, SIMPTOM DAN TIPS MENGATASI

CREDIT :http://nblo.gs/11VpaT



Bila cakap pasal penat dan letih, memang dah jadi perkara biasa bagi kebanyakan orang. Tapi, jangan pandang mudah jika anda rasa penat yang berpanjangan atau cepat penat. Mungkin ada sesuatu yang tak kena dengan cara hidup anda sama ada dari aspek pemakanan, gaya hidup dan sebagainya.

7 SEBAB UTAMA LETIH DAN PENAT BERPANJANGAN


1. Dehidrasi (Kekeringan air dalam badan)

Kajian menunjukkan walaupun kita kehilangan air pada kadar yang sederhana, daya tumpuan dan mental boleh terganggu dan lembap. Keadaan ini menyebabkan badan letih dan lemah. Sekiranya anda rasa letih atau tidak mampu berfikir dengan baik, cuba minum 1-2 gelas air dan lihat kesannya.

2. Aktiviti berlebihan

Jika jadual harian anda padat dengan pelbagai aktiviti yang memerlukan tenaga dan pergerakan yang kerap, anda mungkin mengalami keletihan dari segi mental dan fizikal. Begitu juga jika anda aktif bersukan dan bersenam secara berlebihan, anda akan mengalami keletihan pada otot dan badan. Jenis pekerjaan juga boleh menyebabkan anda keletihan.

3. Ubat-ubatan
Sebenarnya banyak ubat-ubat sintetik yang memberi kesan sampingan negatif seperti rasa letih dan mengantuk. Contohnya ubat bersifat anti-depresi dan ubat yang penghalang beta seperti ubat migrain dan darah tinggi. 

4. Kurang Zat Besi

Zat besi adalah antara unsur mineral yang diperlukan tubuh dalam proses mengangkut oksigen ke sel-sel dan membawa keluar bahan buangan dari sel. Sekiranya anda kekurangan zat besi, fungsi tubuh tidak dapat berfungsi dengan normal hingga menyebabkan anda berasa letih.

5. Tidur kurang berkualiti/ tidak lena

Bukan mudah untuk dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti. Ramai yang gagal tidur berkualiti disebabkan gaya hidup yang tidak sihat. tidur yang cukup bukan semata-mata untuk kecantikan, yang lebih penting ia mempengaruhi tahap kesihatan

6. Keadaan Kesihatan

Berhati-hati, keletihan anda mungkin petanda keadaan kesihatan kurang baik. Terdapat beberapa penyakit yang dikaitkan dengan keletihan seperti masalah penghadaman, penyakit berkaitan kardiovasukular, kanser, penyakit autoimun, penyakit hati dan banyak lagi. Mengandung juga boleh menjadi punca anda keletihan.

7. Stress

Keadaan stress seseorang boleh menyumbang kepada keletihan. Orang yang stress akan mudah rasa letih. Bukan setakat tubuh fizikal yang akan letih, mental juga akan turut merasainya.


TANDA/ SIMPTOM KELETIHAN


Kebanyakan orang yang mengalami keletihan mendakwa mereka akan mempunyai salah satu atau kombinasi dari simptom-simptom berikut

  • Kurang bertenaga
  • Rasa tidak selesa
  • Rasa tidak sihat
  • Rasa mengantuk
  • Rasa kurang semangat/ motivasi
  • Sukar beri tumpuan
  • Sukar buat keputusan
  • Sukar sempurnakan tugas harian
  • Rasa tertekan

TIPS ATASI KELETIHAN


1. Tidur berkualiti : tetapkan rutin tidur yang sihat, kosongkan fikiran anda sebelum tidur, dapatkan tidur 
    yang mencukupi kerana waktu tidurlah mental dan fizikal anda berehat setelah seharian bekerja

2. Makan dan minum dengan betul : amalkan gaya pemakanan yang seimbang dan sihat, jangan makan 
    terlalu banyak terutamanya beberapa jam sebelum tidur, kurangkan pengambilan kafein, ambil suplemen 
    untuk mengisi kekurangan nutrisi anda

3. Bersenam : Kajian menunjukkan, individu yang bersenam secara konsisten akan dapat menngurangkan 
    faktor risiko yang menyebabkan keletihan berpanjangan. Badan yang tidak cergas akan mudah keletihan.

SUPLEMEN YANG DAPAT MEMBANTU


Saya juga mengalami keletihan. Sepanjang hari bekerja dan menguruskan rumah tangga memberi kesan kepada tahap kecergasan saya. Bagi saya, selain mengubah cara hidup ke arah gaya yang lebih sihat, saya juga memilih untuk mengambil suplemen dari Shaklee untuk membantu saya menangani masalah keletihan ni. Berikut adalah cadangan untuk mengatasi masalah ini :

  • VitaLea Iron Formula -  mengandungi 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.  Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik
  • Sustainable Release Vita C - mengisi kehilangan vitamin c yang mudah berlaku ketika melakukan aktiviti harian. Membantu meningkatkan sistem imun badan
  • B Complex -  mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik. Membantu proses metabolisma makanan kepada tenaga serta mengurangkan stress.
  • ESP Soy Protein Isolate Powder -   Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan
    rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten. Juga mambantu mengurangkan stress. 
  • OsteMatrix - mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan menyeluruh. Kalsium membantu kesihatan otot dan saraf serta mendapat tidur lebih lena
  • Cinch Energy Tea Mix - alternatif kepada minuman teh dan kopi kegemaran anda. Membantu meningkatkan tenaga secara semulajadi.
  • ***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_

    UMMI ZUBARI
    SID 892671



    call/sms/whatsapp : 013-8342092

    atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….
     

     

Tuesday, 2 December 2014

Pengedar Shaklee Bintulu : Jika Anak Demam .....


Assalamualaikum dan salam sejahtera... memandangkan anak saya tengah demam di kampung tu...saya nak share apa yang boleh kita buat sekiranya anak kita demam...

Jika anak demam…pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun masa ibu jadi cikgu Sains dulu ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk…. samalah dengan suhu badan yang panas tadi.

• Bila selsema …tetap mandikan 3 kali sehari…supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku…. anak mudah berkahak sehingga sesak nafas. Ibu cuba praktikkan setiap kali anak ada selsema, alhamdulillah maksimum kene pun 3 hari.

• Batuk….tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar….dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak yuu yee dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak. (Tips dari Doktor Fairuz: bila kahak die dah longgar tepuk belakang anak everytime die batuk takpe die muntah lebih baik jadi semua lendir2 tu keluar)

• Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan diserang selsema.

• Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tanga, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.

Kalau orang dulu, demam, batuk dan selsema tak bagi mandi….jadi panas tu akan terperap dalam badan dan lama-kelamaan boleh menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk. Zaman dah berubah, bidan pun belajar sains dan teknologi..Even doktor turut pesan, jika anak demam …pasangkan aircond di rumah jika ada supaya suhu sejuk dan rumah tidak berkuap ….
Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susuibu, menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat. Maka buat ibu baru….jangan panik. Banyakkan membaca, pasti luas pengetahuan.

***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_

UMMI ZUBARI
SID 892671



call/sms/whatsapp : 013-8342092

atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….