Monday, 1 October 2018

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU10 Kebaikan dan Khasiat Zinc Complex


10 Kebaikan dan Khasiat Zinc Complex

10 Kebaikan dan Khasiat Zinc Complex | Cuba tengok kuku di jari jemari tangan anda. Ada tak sebarang tompok berwarna putih (white spots)?
Masa kecil-kecil dahulu orang cakap, kalau ada tompok-tompok putih di kuku maknanya ada orang yang rindu kat kita. 1 tompok sama dengan 1 orang. Maknanya, kalau ada banyak tompok putih tue kita famous lah! Hehehe… Rupa-rupanya mitos belaka.
khasiat-zinc-leukonychia-white-spots
Hakikatnya, kehadiran tompok putih di jari, Leukonychia, bermakna badan kita kekurangan nutrisi Zinc. Leukonychia berasal daripada perkataan Greek di mana leuko (putih) dan onux (kuku). Biasanya tompok putih ini disebabkan kecederaan pada dasar kuku di mana kuku terbentuk.
Ada pendapat mengatakan tompok putih ini disebabkan oleh kekurangan Zinc di dalam badan. NetDoctor menyarankan pengambilan 20 – 40mg Zinc sehari untuk mengatasi kekurangan mineral Zinc ini.


10 Kebaikan dan Khasiat Zinc Complex

Zink merupakan komponen penting dalam setiap sel tubuh. Ia memainkan peranan dalam tindak balas enzim, dan terlibat dalam pelbagai aktiviti biokimia. Zink diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan yang normal, menguatkan ketahanan imun tubuh, juga penting untuk sintesis protein dan bahan genetik DNA.
khasiat-zinc-genkimomma-shaklee
10 khasiat Zink kepada tubuh kita:
  1. Penting untuk sintesis protein dan pembentukan kolagen.
  2. Mempercepatkan proses penyembuhan luka dalaman dan luaran.
  3. Menghilangkan tanda putih di kuku jari anda. Dengan kata lain, jika anda mempunyai banyak white spots di kuku, maknanya badan anda kekurangan nutrisi Zinc.
  4. Mengembalikan selera makan. Kurang selera makan juga petanda badan kekurangan Zinc.
  5. Membantu masalah ketidaksuburan (infertility). Zinc memperbanyakkan kuantiti sperma lelaki.
  6. Membantu mengelakkan masalah prostat.
  7. Membantu di dalam rawatan masalah mental (promote mental alertness).
  8. Mengurangkan tempoh dan kekerapan diserang demam (immune booster).
  9. Mengurangkan masalah rambut gugur dan kehadiran uban sebelum waktunya.
  10. Membantu penghasilan insulin, penting untuk pesakit Diabetes.
Banyak betul khasiat Zinc rupanya, walaupun nampak macam tak berapa penting sahaja.

Bagaimanakah nak dapatkan khasiat Zinc harian?

Sumber semulajadi bagi Zinc ialah daging merah, hati, makanan laut (terutama tiram), brewer’s yeast, biji labu, telur, susu rendah lemak dan ground mustard.
Namun, adakala kita tak dapat penuhi 100% nilai harian Zinc melalui makanan sahaja. Kebanyakan Zinc di dalam makanan musnah semasa diproses, dan adakala khasiat Zinc tue tak wujud langsung kerana tanah yang kurang nutrien.
khasiat-zinc-makanan
Khasiat Zinc boleh didapati di dalam kebanyakan multivitamin dan multimineral yang berkualiti. Ada juga suplemen Zinc di kombinasi bersama Vitamin C, Vitamin B-Complex dan Magnesium.
Kebiasaannya Zinc boleh di beli di dalam bentuk suplemen Zinc Sulfate, Zinc Gluconate atau Zinc Picolinate di dalam dos berkadar dari 15mg ke 50mg. Zinc Sulfate dan Zinc Gluconate nampak macam sama efektif, tetapi sebenarnya, badan kita lebih mudah tolerasi terhadap Zinc Gluconate.
Zinc Complex Shaklee
Di Shaklee, suplemen Zinc kami dikenali sebagai Zinc Complex.
zinc-complex-kurangkan-leaky-gut
Kelebihan Zinc Complex Shaklee ialah:
  • 1 tablet memenuhi 100% nilai harian bagi zink – 15mg Zinc Gluconate.
  • Dirumus dengan zink glukonat yang mempunyai ketersediaan bio yang tinggi dalam bes alfalfa dan barli panggang.
  • Formula berasaskan sayur-sayuran.
Set Ibu Berpantang/ Set Penjagaan Luka Selepas Pembedahan
Khasiat Zinc Complex yang superb ini menyebabkan Zinc Complex di antara suplemen wajib di dalam Set Bersalin Shaklee. Kedua-dua ibu yang bersalin secara normal dan secara cesarian juga boleh mengambil Set Bersalin Shaklee.

Zink membantu penyembuhan luka di luar dan dalam dengan cepat dan cantik. Ada yang mengatakan kandungan zink adalah tinggi di dalam ikan haruan. Sebab itulah ibu-ibu selepas bersalin digalakkan makan banyak ikan haruan, atau pati ikan haruan.

Buat ibu-ibu yang kurang gemar makan ikan ataupun tak boleh nak telan pati ikan haruan (seperti saya!), bolehlah amalkan suplemen Zink Complex sebagai alternatif.

Bukan untuk ibu selepas bersalin sahaja, malah Zinc Complex juga berkhasiat membantu merawat luka akibat kecederaan, kemalangan, mahupun selepas menjalani pembedahan.

Testimoni GenkiMomma
Zinc Complex di antara 4 vitamin yang saya ambil selepas menjalani pembedahan Surgical Incission and Drainage pada tahun 2009 kerana mengalami breast abscess, semasa menyusukan anak kedua. Masa tue anak ke-2 baru berusia 1 tahun 2 bulan. Alhamdulillah dengan izin-Nya, luka pembedahan sembuh dengan baik, dan saya berjaya menyusukan anak serta masih gigih mengusung breast pump ke ofis sehingga umurnya genap 2 tahun.
Zinc Complex jugalah yang saya amalkan semasa berpantang anak ke-3 dan ke-4 kami, kerana saya sememangnya tak lalu nak makan pati ikan haruan. Khasiat Zinc Complex bukan sahaja baik untuk membantu luka dalaman dan luaran selepas bersalin, malah Zinc Complex juga membantu mengurangkan masalah rambut gugur melampau para ibu selepas bersalin.

**jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_


UMMI ZUBARI
SID 892671
013-8342092
 
atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….