Monday, 31 October 2016

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU : KELEBIHAN, KHASIAT LECITHIN SHAKLEE BUKAN SEKADAR KURUSKAN BADAN

credit :http://ayusihatanggun.blogspot.my/2013/03/kelebihan-khasiat-lecithin-shaklee.html


Lecithin adalah gabungan kolina, inositol dan asid lemak penting yg lain.


Lecithin juga dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan ‘melekat pada lemak’….dalam kata ringkasnya, ia menyebabkan lemak tu ‘terapung’ dalam darah…dan seterusnya mencegah lemak dari melekat pada dinding membran..


Masih ramai lagi yang tidak tahu sebenarnya banyak lagi kelebihan, kebaikan dan faedah yang kita dapat dari Lecithin Shaklee ni kerana mereka lebih mengenali Lecithin sebagai vitamin untuk kuruskan badan, tetapi ketahuilah Lecithin bukan sekadar kuruskan badan ok! Mari kita kaji....

IMEJ LECITHIN SHAKLEE
LECITHIN


FAEDAH LECITHIN

- Membersih dan melicin saluran darah (sebab itu lecithin ni lebih popular dalam set 

pengurusan berat badan)

- Sebagai pengemulsi lemak semulajadi dalam salur darah  yang power! (sebab ini juga, tiap

 set kurus ada lecithin)

- Mengawal penggumpalan platlet darah.

- Menggalakkan metabolisma lemak.

- Mencairkan lemak – turunkan paras kolesterol.

- Mengelakkan nyanyuk / penyakit alzhimer

Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf. Ia membantu sel otak berkembang, penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter (berkaitan short term memory). Lecithin juga dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer’s disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan.


- Mencergas dan mencerdaskan otak, bagus untuk kanak-kanak juga. Lecithin ada dalam set

 perkembangan IQ dan kecerdasan kanak-kanak

- Menggalakkan penyerapan vitamin ADEK. 

Lecithin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat2 penting dari saluran darah ke dalam sel2 bdn. Tanpa Lecithin yg mencukupi, membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan. Banyak faktor seperti bahan2 kimia dari persekitaran yg tercemar, bahan2 metal, dadah, food additives, pesticides, etc.. semuanya menyebabkan membran sel mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat2. Jadi dengan menambahkan pengambilan Lecithin sebagai pemakanan tambahan harian, pasti ianya keputusan yg bijak.

- Mengawal kehilangan air oleh kulit.

- Menjaga kesihatan membran sel.

- Menjaga kesihatan saraf.

- Penting dalam penghasilan hormon.

- Untuk rambut yang sihat dan berkilat

- Mencantikkan otot dan kulit



SUMBER MAKANAN YANG TINGGI LECITHIN

- Soya

- Telur
Lecithin Shaklee dibuat daripada soya.




SIAPA YANG BOLEH MENGAMBIL LECITHIN?


- Mereka yang nak kurus termasuk ibu menyusu.

- Pesakit diabetes dan buah pinggang.

- Penderita stroke.

- Mereka yang kolesterol tinggi.

- Mereka yang mengalami inflamasi seperti pesakit gout

- Mereka yang sukar tidur 



KESAN KEKURANGAN LECITHIN


- keguguran rambut

- Tidak dapat memberi fokus dengan baik terutama kanak-kanak @ anda yang sedang 

belajar

- Sering sakit dan mengalami keradangan.


Perbezaan Lecithin Shaklee :

- diekstrak dari kacang soya organik bukan GMO, setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol. Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus, dan lemak tak tepu.
 
 
***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_



UMMI ZUBARI
SID 892671


call/sms/whatsapp : 013-8342092

atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….
 

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU :1001 Khasiat Jamu Moden Alfalfa Untuk Penjagaan Kesihatan Dalaman Wanita

CREDIT http://www.mamawidad.com/153/1001-khasiat-jamu-moden-alfalfa-untuk-penjagaan-kesihatan-dalaman-wanita/


Makan jamu dah jadi amalan wanita sejak dulu lagi untuk penjagaan kesihatan dalaman. Sekarang pun ramai orang boleh dapatkan 1001 khasiat jamu melalui jamu moden yang lebih mudah diambil dan dimakan. Antara jamu moden yang jadi pilihan ramai sekarang ialah produk berasaskan Alfalfa seperti Alfalfa Complex Shaklee. Tak busuk, tak pahit, senang nak telan.
taylor_swift_wanita_cantik
Cantik kan? Ini Taylor Swift penyanyi antarabangsa tu. Saya suka lagu Blank Space dia tu. Agak-agak dia amalkan ‘jamu moden’ apa ye? 😀

Kenali Tumbuhan Alfalfa


Alfalfa Complex sebenarnya bukanlah produk baru. In fact Alfalfa dah dibangunkan oleh Dr. C Forrest Shaklee sejak tahun 1950an dan merupakan satu produk Formulasi Signature Shaklee.  Alfalfa dikenali sebagai ‘Raja Segala Tumbuhan’ kerana khasiatnya yang kaya dengan segala nutrien.  Medicago sativa adalah Alfalfa bergred paling tinggi dalam kumpulan tumbuhan ini.
Alfalfa diperbuat daripada tanaman Alfalfa (Medicago sativa) secara organik di California yang bebas daripada pestisid, hebisid dan menggunakan bahan kompos iaitu baja bukan kimia. Tumbuhan ini ambil masa 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh capai sampai 20 kaki dalam tanah untuk serap pelbagai nutrisi. Nama Alfalfa ni ada disebut dalam Al-Quran tau.
Daun Alfalfa dari Shaklee hanya dituai apabila ia telah mencapai tahap kematangan mutlak. Daun yang matang kaya dengan klorofil. Daun-daun ini dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya. Bahagian lain yang tak penting dilupuskan. Alfalfa telah digunakan sejak lebih 1500 tahun dulu.
Inilah dia tumbuhan Alfalfa jamu moden baik untuk kesihatan orang perempuan.

Alfalfa kaya dengan vitamin dan mineral antaranya:
  • Vitamin A
  • Vitamin E
  • Vitamin U (S-methylmethionine)
  • Vitamin B6
  • Vitamin K
  • Vitamin D
  • Kalsium
  • Zat besi
  • Mangan
  • Potassium
  • Fosforus
  • Klorin
  • Sodium
  • Silikon magnesium

Kebaikan Dan Manfaat Alfalfa Complex


1. Kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat kalian – Ia membekalkan nutrisi yang mana kebanyakannya tidak terdapat dalam buah-buahan mahupun sayuran. Alfalfa kaya dengan protin, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia. 10 biji Alfalfa menyediakan nutrisi yang menyamai segelas susu.
2. Mencuci hati, darah dan usus – Merupakan agen detoksifikasi. Ini adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.
3. Melawan alahan – Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air (Athletes’s foot) dengan berkesan.
4. Baik untuk perubahan patology dalam usus dan perut – Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.
5. Menyingkirkan lemak dan kolestrol – Kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada Alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolestrol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya Alfalfa sahaja mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolestrol.
6. Melawan tumor – Untuk mengalkalikan badan, dengan itu memperbaiki sel-sel kanser dan membuang tumor.
7. Melegakan keletihan – Melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada kebanyakan penyakit.
8. Mencegah dan memperbaiki Arthritis – Memperbaiki sakit akibat Arthritis.
9. Membantu memelihara dan penjagaan kesihatan dalaman wanita – Alfalfa membantu menyeimbangkan hormon dan memperbaiki sistem reproduktif wanita. Secara tak langsung ianya baik untuk kesihatan rahim dan kesuburan. Dalam masa sama boleh membantu mengurangkan masalah keputihan dan vagina berbau. Alfalfa juga boleh meningkatkan libido wanita kerana sifatnya yang estrogenic.
10. Menggalakkan penghasilan susu ibu – Sejak sekian lama Alfalfa diamalkan untuk menggalakkan penghasilan susu ibu ataupun sebagai milk booster. Ini kerana sifat Alfalfa sebagai tumbuhan yang galactogouge.

harga_alfalfa_complex_shaklee
Alfalfa Complex Shaklee baik untuk kesihatan dalaman wanita dan pelbagai manfaat lain.

Ada banyak lagi kebaikan dan manfaat Alfalfa untuk kesihatan keseluruhan tubuh badan antaranya:
  • Untuk pelangsingan dan pengurangan berat badan
  • Untuk melancarkan pembuangan dan mengelakkan sembelit
  • Untuk atasi masalah badan dan ketiak berbau
  • Untuk meningkatkan kesuburan suami isteri dan membantu memperbaiki masalah cyst dikalangan wanita
  • Untuk kecantikan kulit dan jerawat
  • Untuk allergy, sinusitis, resdung, bersin tak berhenti, eczema
  • Untuk gastrik dan perut sensitif
  • Masalah anemia (kurang darah), masalah tinggi kolestrol, diabetes dan gout
  • Masalah hypothyrodism dan infeksi pada ginjal dan pundi kencing serta saluran urinari
  • Mengurangkan retensi air dan garam berlebihan
  • Mengurangkan keletihan dan kelesuan tanda asid tinggi dalam tubuh
  • Masalah sakit sendi dan rapuh tulang
  • Untuk ibu berpantang dan menyusukan anak
  • Baik untuk menghadapi menopause
  • Kaya dengan protein asid amino untuk atasi kekurangan nutrien
  • Dan banyak lagi

 Siapa Tak Boleh Ambil Alfalfa Complex


Alfalfa Complex boleh diambil oleh pelbagai golongan tapi sebahagian orang tak boleh ataupun tak digalakkan ambil Alfalfa disebabkan keadaan kesihatan yang tak mengizinkan. Antaranya:
  1. Penghidap penyakit Systemic Lupus Erythomatosus (SLE)
  2. Penghidap hyperthyroid
  3. Penghidap Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS) – perlu ambil dengan nasihat doktor
  4. Dan lain-lain
Sebaiknya sebelum mengambil apa-apa vitamin, dapatkan kepastian dan nasihat daripada doktor masing-masing samada sesuai ambil Alfalfa ataupun vitamin-vitamin lain. Setiap individu juga perlulah arif dengan keadaan kesihatan diri sendiri dan penyakit yang dihidapi supaya supplement yang diambil adalah bersesuaian dengan tahap kesihatan.

Set-Set Vitamin  Yang Mengandungi Alfalfa


Disebabkan Alfalfa ni kaya dengan pelbagai manfaat, jadi ada banyak set vitamin yang boleh dikombinasikan dengan Alfalfa contohnya:
  1. Set Sugar Control (Untuk penghidap kencing manis/ diabetes)
  2. Set Pelangsingan
  3. Set Healthy Circulatory (Untuk kesihatan kardiovaskular)
  4. Set Asthma/ Allergy/ Eczema
  5. Set Jerawat
  6. Set Kecantikan Kulit
  7. Set Penyusuan (Untuk milk booster)
  8. Set Bersalin (Untuk ibu berpantang)
  9. Dan lain-lain.

Cara Pengambilan Alfalfa Complex


Alfalfa Complex boleh diambil ikut keselesaan dan keadaan kesihatan individu iaitu antara 2 biji hingga 10 biji sehari. Tetapi sebaiknya dapatkan konsultasi eksklusif daripada pengedar Shaklee anda supaya anda boleh dapat nasihat dan cara pengambilan yang sesuai dan tepat untuk anda. Sebab cara makan antara individu mungkin berbeza ikut keperluan. Dan cara makan juga ada pelbagai, mengikut nasihat pengedar masing-masing.
Alfalfa boleh diambil selepas makan ataupun sebelum makan mengikut tujuan pengambilan. Boleh telan ataupun dihancurkan dalam air untuk dijadikan teh herba sebelum diminum. Sebaiknya ambil bersama air kosong dan elakkan ambil bersama produk tenusu. Jika anda amalkan Alfalfa, elakkan pengambilan serentak ataupun jarakkan pengambilan Vitamin E, GLA Complex dan Ostematrix untuk fungsi vitamin yang lebih berkesan.
Tablet Alfalfa ni tak pahit dan tak busuk. Jangan risau susah nak telan sebab tabletnya memang dah direka khas untuk mudah ditelan jadi anda takkan rasa terseksa pun InsyaAllah. Bukannya macam jamu nenek moyang kita dulu-dulu. Orang dulu-dulu minum ubat periuk dan makjun segala. Memang kembang tekak nak makan.

Testimoni Alfalfa Complex


Dah ramai orang yang cuba amalkan Alfalfa Complex ni dan ramai juga yang dah merasai kesan positif. Ni saya kongsikan beberapa testimoni daripada pengamal Alfalfa Complex untuk pelbagai masalah dan tujuan. Antaranya:

1. Alfalfa Complex membantu melancarkan pembuangan dan atasi masalah sembelit.
testimoni_alfalfa_atasi_sembelit
Alfalfa Complex bantu atasi masalah sembelit dan susah nak membuang.

2. Alfalfa Complex bertindak sebagai milk booster untuk banyak susu badan. Sangat membantu ibu bekerja yang breastfeeding untuk susukan anak secara eksklusif dan buat stock susu EBM.
testimoni_alfalfa_banyakkan_susu
Alfalfa Complex dalam set menyusu bantu ibu bekerja breastfeeding secara eksklusif.

3. Alfalfa Complex bersama ESP, Vitamin E dan GLA Complex bantu kurangkan parut jerawat pada kulit wajah.
testimoni_alfalfa_hilangkan_parut_jerawat
Alfalfa Complex dalam set kulit bantu kurangkan masalah jerawat dan nipiskan parut.

4. Alfalfa Complex dan GLA Complex bantu perbaiki masalah period tak stabil (irregular period) dan masalah hormon tak stabil. Dalam masa sama bantu cerahkan dan cantikkan kulit.
testimoni_alfalfa_irregular_period
Alfalfa baik untuk stabilkan hormon, perbaiki haid tak teratur dan perbaiki kesihatan kulit.

5. Alfalfa Complex membantu atasi masalah keputihan. Dalam masa sama bertindak seperti kacip fatimah dengan merapatkan dan mengemaskan sistem peranakan dan bahagian sulit wanita malahan membantu mengeratkan hubungan suami isteri 😉
testimoni_alfalfa_keputihan
Alfalfa bertindak sebagai kacip fatimah dan bantu eratkan hubungan suami isteri.

6. Alfalfa Complex bersama set kesuburan Shaklee membantu meningkatkan dan memperbaiki masalah kesuburan.
testimoni_set_kesuburan_alfalfa
Alfalfa Complex dalam set hamil ataupun set kesuburan membantu pasangan yang ingin dapatkan cahayamata.

7. Alfalfa Complex bersama ESP dan Vitamin C membantu memperbaiki masalah sakit tangan dan kulit gatal-gatal.
testimoni_alfalfa_kulit_gatal_gatal
Alfalfa Complex perbaiki masalah berkaitan gatal-gatal kulit dan sakit tangan.

8. Alfalfa Complex dalam set berpantang Shaklee membantu pemulihan dalaman ibu bersalin, bantu banyakkan susu dan bantu cepatkan penurunan berat badan untuk kembali kurus.
testimoni_alfalfa_set_berpantang_bersalin
Alfalfa baik untuk amalan ibu bersalin, berpantang dan menyusukan bayi.

9. Alfalfa Complex dalam set kurus Shaklee membantu penurunan berat badan semasa diet untuk kuruskan badan.
testimoni_alfalfa_set_kurus
Alfalfa bantu detoks lelemak berlebihan keluar daripada badan dan bantu kuruskan badan.

10. Alfalfa Complex bagus untuk diamalkan oleh penghidap resdung, sinusitis yang kerjanya asyik bersin ataupun hidung berair. Tambah-tambah kalau lepas makan seafood, belacan, ikan masin dan sebagainya takdelah teruk sangat gatal-gatal hidung tu.
testimoni_alfalfa_resdung
Baik untuk diamalkan oleh mereka yang selalu bersin terutamanya pagi-pagi dan hidung berair sebab masalah resdung.

The Father Of all Foods


Alhamdulillah ramai yang dah rasa manfaat kebaikan daripada segi kesihatan lepas cuba Alfalfa Complex ni. Memang seksa kan kalau asyik bersin sebab resdung takpun badan rasa tak best sampai sakit kepala sebab banyak hari sembelit tak dapat membuang. Macam saya cakap tadi, ada 1001 kegunaan Alfalfa ni.
Sebab tu lah Alfalfa digelar The Father of All Foods!
alfalfa_the_father_of_all_foods
Raja segala tumbuhan.

Harga Alfalfa Complex Shaklee


Jadi, berapa pula harga super food ni? Maklumlah kan 1001 kegunaan mahal ke? 😀 Tapi jangan risau, anda pun boleh cuba Alfalfa Complex ni dengan harga yang lebih daripada mampu milik! Alfalfa Complex Shaklee terdiri daripada 2 saiz:
  1. Large (700 tablets) RM97.50
  2. Small (330 tablets) RM53.75
Murah sangat kan? Silalah percaya! Boleh beli untuk family sorang satu botol. Tapi, ahli Shaklee berdaftar mestilah boleh beli dengan harga ahli. Hubungi saya untuk harga menarik lagi tertarik! 😉

Awas! 80% Penyakit Bermula Daripada Perut


Kalau anda baru ada kesedaran nak mula jaga kesihatan dengan amalkan makan supplement, saya recommend sangat mulakan dengan Alfalfa Complex. Sebab Alfalfa akan cuci usus dan kekotoran dalam badan. Kemudian barulah segala zat dan nutrien yang kita makan akan terserap dengan baik dalam badan dan tubuh boleh berfungsi dengan baik.
Bayangkan longkang yang kotor dan tersumbat, kita boleh cuci dengan berus. Tapi macam mana pula dengan usus? Jadi inilah fungsi Alfalfa ni. Pentingnya detoksifikasi ni sebab 80% penyakit adalah bermula daripada perut. Sebab tu kita kena jaga kebersihan usus perut supaya segala toksin dan lendir kotoran yang melekat pada usus dapat dibuang keluar.
Saya boleh nasihatkan dan beri cadangan vitamin yang bersesuaian mengikut masalah dan keadaan kesihatan anda. Sebab saya faham memang banyak makanan tambahan dipasaran. Nak mula makan yang mana satu dulu pun tak tau kan. Jadi boleh mulakan dengan Alfalfa dan kemudian tambah satu persatu ikut target dan tujuan masing-masing.
Memang best sangat Alfalfa ni. Sepanjang saya sendiri amal, memang badan rasa ringan dan perut rasa kempis. Kurang allergy dan jarang sakit pun ye juga. Alhamdulillah. Boleh cepat hubungi saya untuk rasa sendiri khasiat jamu moden ni. Semestinya konsultasi percuma dan berterusan daripada saya 🙂


***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_



UMMI ZUBARI
SID 892671


call/sms/whatsapp : 013-8342092

atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….
 

Friday, 28 October 2016

PENGEDAR SHAKLEE BINTULU : SIAPA YANG PERLUKAN SUPPLEMENT ?

"SIAPA" perlukan supplement???

1. Kerap berada dalam keadaan tertekan sama ada kerana kerja, keluarga dan perhubungan. Keadaan ini akan menyebabkan kelenjar adrenal anda berkerja ‘lebih masa’. Keadaan ini akan menyebabkan sakit kepala dan keletihan. Mungkin pengambilan vitamin B komplek, E dan C boleh membantu.

2. Sejarah keluarga yang berhadapan dengan ostreoprosis. Membekalkan tubuh anda dengan mineral yang tersimpan dalam tulang boleh menolong mencegah masalah ini. Apatah lagi bagi wanita yang kerap melahirkan anak, bayi bergantung bekalan kalsiumnya daripada ibu. Justeru pengambilan kalsium, magnesium dan vitamin D mungkin membantu anda menangani osteoprosis.

3. Anda kerap diserang selesema. Sistem imun anda mungkin rendah berbanding orang lain. Dalam keadaan ini tambahkan pengambilan vitamin C dan zink.

4. Jika anda merokok, anda memerlukan lebih vitamin C. Selain itu anda mungkin memerlukan kalsium, magnesium dan vitamin D, kerana merokok juga dikaitkan dengan osteoporosis, tetapi sebaik-baiknya berhentilah merokok.

5. Jika anda berhadapan dengan masalah hormon, anda mungkin memerlukan vitamin B6. tetapi jangan ambil dos yang banyak tanpa rujukan doktor.

6. Anda mengalami masalah tekanan darah rendah.
Lebihkan pengambilan zat besi, vitamin C, asid folik dan vitamin B12 juga.


7. Gout
- Mungkin anda perlu mengambil vitamin B5 (asid panthothenik) 


8. Masalah jantung
- Minyak ikan membantu menurunkan tahap kolesterol. Ia juga berfungsi sebagai agen mengurangkan bengkak atau radang. Jika anda tidak mendapat minyak zaitun dalam diet, mungkin anda perlu pertimbangkan mengambil makanan tambahan.




***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_



UMMI ZUBARI
SID 892671


call/sms/whatsapp : 013-8342092

atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….

Wednesday, 26 October 2016

PUTERA HATI KU -AWANG ABRISAM ZUBARI

CATATAN : Thursday, April 2, 2009




Flash Back : 27 Syawal 1429 @ 27 Oktober 2008
Copy n paste dari entry ummi sebelum ni di web lain :


Alhamdulillah, aku dan suami kini telahpun bergelar ‘ummi’ dan ‘abi’ kepada putera kami, Awang Abrisam Zubari.

Cepat betul masa berlalu, belum pun sampai setahun usia perkahwinan kami, kami telah di kurniakan cahaya mata. Puji-pujian hanya pada Allah yang memberikan kami rezeki ini.

2 minggu sebelum aku di jangka bersalin, aku memang sudah kerap tidak pergi ke office. Terasa sangat susah membawa perut yang semakin membesar. Serba tak kena. Lagi pun aku sudah awal-awal lagi ‘handing over". Aku risau jika bersalin lebih awal dari tarikh jangkaan. Aku sungguh berterima kasih pada ‘bos’ ku yang tidak kisah dengan kekerapan aku tidak ke office.
Sejak selepas hari raya suami sudah mula tidak pulang ke Marudi kerana menemani aku yang ‘tunggu hari’ nak bersalin.

Benarlah kata orang penantian itu satu penyeksaan. Sungguhpun doktor memaklumkan aku dijangka akan bersalin pada 26 Oktober 2008. Aku sudah packing barang untuk di bawa ke hospital. Aku dan suami tetap berharap agar aku dapat bersalin lebih awal. Teruja rasa nya, lagipun aku sudah mula rasa ‘berat’.

Pada pagi hari Jumaat, 24 Oktober 2008, aku mendapati ada keluar darah, tapi saat itu belum lagi ada rasa sakit. So aku tetap relax, lagipun aku belum lagi merasakan ada contraction.
Pada pagi Sabtu, 25 Oktober 2008 aku mula merasakan sakit pinggang belakang dan darah masih ada keluar. Walaupun sakit, aku masih dapat menahannya dan aku masih relak. Sehinggalah pada jam kira-kira 3.00pm, aku mula merasa semakin tidak selesa dengan sakit di bahagian pinggang belakang. Aku mengajak hubby ke hospital.

Kami ke wad bersalin, aku di minta ambil urine dan nurse membuat ‘temuduga’ dengan ku. Macam-macam yang di tanya, almaklum maklumat itu akan di gunakan sebagai rujukan. Kemudian nurse membawaku ke ruang bersalin dan memeriksa ku. Bukaan baru 1cm dan lendir bercampur darah semakin banyak keluar. Walaupun belum masa untuk bersalin aku tetap di tahan di wad.
Selepas membelikan aku makanan, suamiku pulang ke rumah. Sebaknya. Rasa nak nangis kena tinggal. Pelawat tidak di benarkan tinggal di wad.

Suami memaklumkan penahanan aku di wad kepada mak dan rakan-rakan ku.
Pada hari Ahad, 26 Oktober 2008, aku mula merasa sakit yang agak kuat, dan ia semakin kerap. Yang lebih menyiksakan adalah rasa sakit di belakang dan pinggangku, lebih daripada sakit di rahimku. Hingga ketulang rasa mencucuk-cucuk. Membuatkan aku sukar untuk bergerak.

Memandangkan ini adalah pengalaman pertama so aku agak keliru juga apa rasa ‘contraction". Sempat juga aku bersoal jawab dengan diriku sendiri, adakah sakit yang ku alami sekarang di namakan ‘’contraction memandangkan sakitnya datang dan pergi. So aku mula membuat catatan, agak kerap juga sakitnya datang dan pergi. Kira-kira 11.00am, aku meminta nurse sekali lagi memeriksa berapa bukaan cm, dan bukaan baru 2cm, Sungguh mengecewakan, aku sudah mula berasa sakit yang amat sangat dan aku semakin tidak sabar ia segera berakhir. Cemburu aku melihat orang sekeliling yang sudah bersalin. Kelihatan lega.

Nasib baik ada mak dan suami yang menemaniku dan menolong mengurut-urut pinggang belakangku, walaupun kesakitan langsung tak berkurang.

Nurse dan doktor menasihati aku supaya banyak bergerak dan berjalan-jalan supaya bukaan semakin besar dan aku mudah bersalin, tapi macam mana, ke tandas sahaja aku sudah merasa pinggang belakang ku sangat sakit. Rasa ada tulang yang mencucuk isi daging di pinggang belakangku.

Walaupun terlalu sakit, ku gagahkan juga berjalan-jalan dengan harapan aku akan segera bersalin. Tak sabar rasanya, sudah tidak tertanggung kesakitan ini.
Pada ibu dan suami ku adukan rasa sakit ku. Ibu meminta ku bersabar dan menasihatiku supaya banyak kan berdoa.

Rasa nak mengalir air mata ku menahan rasa sakit. Sungguh seksa!!!!!
Pada jam lebih kurang 5.30pm, ibu ku balik ke kampung. Tanpa dapat ku kawal, air mata ku mengalir deras. Tak sanggup rasanya berjauhan dari ibu saat-saat aku menanggung kesakitan ini. Ibu memujukku dan berjanji akan segera melawatku keesokan harinya, lagipun pelawat tidak dibenarkan bermalam di wad.

Memandangkan pinggang belakangku semakin sakit, kira-kira jam 6.30pm sekali lagi aku meminta nurse memeriksa bukaan rahimku.

Kali ini, Alhamdulillah bukaan semakin besar dan nurse memaklumkan aku dijangka akan bersalin dalam waktu terdekat. Lega rasanya. So nurse memberi ubat supaya aku segera membuang air besar dan nurse meminta aku makan untuk tenaga semasa proses bersalin nanti.
Kak Agnes, nurse yang memeriksaku, menasihati aku supaya jangan ‘meneran’ sebelum di arahkan untuk meneran.

Kira-kira jam hampir pukul 7.00pm kalau tak silap, dengan di temani suami, aku di tolak ke bilik bersalin. Sebelum masuk bilik bersalin, semasa mencium tangan suami ku sempat aku meminta maaf dan meminta di doakan agar semuanya di mudahkan Allah. Suami mencium pipi dan dahiku, dan memesan supaya aku banyak berdoa.

Didalam wad bersalin, bukaan rahimku di periksa lagi, lebih kurang 5cm, aku di berikan oksigen sementara menunggu bukaan semakin besar iaitu lebih kurang 10cm. Masya Allah, lamanya lagi nak tunggu sedangkan aku semakin kesakitan.

Semasa aku bertanyakan pada nurse, adakah aku perlu tunggu lama lagi untuk bersalin, terasa lemah semangatku semasa nurse maklumkan yang bukaan selalunya 1cm untuk 1 jam.
Nurse meminta supaya aku banyakkan berdoa.
Ya Allah…Mampukah aku menunggu 5 jam lagi dengan kesakitan ini? Aku tak putus-putus berdoa agar Allah mudahkan segalanya.

Saat ini, terasa nyawa di hujung tanduk, sakitnya tak tertanggung. Dalam kesakitan, sempat juga aku berfikir dan kagum pada wanita-wanita yang berjaya melahirkan ramai anak. Bagaimana mereka mampu menempuh kesakitan sebegini berulang kali. Aku saat ini, terasa sangat fobia.
Aku terkenangkan ibu ku.

Sanggupkah aku untuk menempuh sakit begini lagi? Sempat lagi aku bersoal jawab. Mataku tak putus-putus memandang jam dinding. Kalau mengikut kiraan 1cm bukan dalam masa 1 jam, aku dijangka akan bersalin dalam pukul 11.00-12.00 malam.

Aku agak panik juga, kerana aku seringkali meneran. Membuatkan aku sering di marahi oleh nurse yang bertugas.

"Jangan meneran. Bukaan masih kecil. Belum masa untuk kitak bersalin tok. Bengkak kelak. Susah kitak nak keluarkan baby kelak". Rungut nurse saat dia memeriksa bukaan cm di rahimku.

"Kamek sik da meneran. Automatik jak kamek meneran tok".Balasku.
Aku pun heran, memang aku meneran dengan tidak sengaja.

Entah berapa kali juga aku meneran. Walaupun aku cuba kawal.

"Jangan meneran. Kelak kitak habis tenaga."

"Macam ne lah nak halang. Kamek sik meneran."

Dalam kesakitan, sempat juga aku bercakap. Hehe.
Jam masih awal lagi. Aku sudah terlalu kesakitan. Aku meminta nurse memeriksa bukaan cm. Kot-kot aku dah nak bersalin. Kerana selalu je meneran.

Semasa nurse memaklumkan masih perlu tunggu beberapa jam lagi. Aku meminta agar aku di pengsankan sahaja.

haha…tak logik betul. Mana boleh pengsan. Nanti tak ada tenaga nak bersalin. Lawak rasanya kalau aku kenang .

Aku diberikan gas ethonox untuk mengurangkan rasa sakit. Secara jujur ku katakan, gas itu tidak mampu mengurangkan rasa sakit, namun ia membuatkan aku berasa sedikit khayal, hingga kadang-kala aku ‘terlupa’ aku sedang sakit hendak bersalin.

Sepanjang aku bergelut menahan kesakitan, aku tetap membaca beberapa doa, dengan harapan Allah selamatkan aku dan bayi, serta memudahkan segalanya untuk ku.

"Sedut gas ya mun rasa sakit jak. Jangan banyak gilak sedut. Kelak anak kitak mabuk".
Kira-kira jam 11.00 malam, aku di periksa lagi. Bukaan sudah 9cm, dan aku di jangka akan bersalin sebentar lagi. Nurse segera menyiapkan peralatan. Air ketubanku di pecahkan. Nurse membetulkan posisiku agar mudah untuk bersalin, dan mengambil tube gas ethonox dariku walaupun aku berkeras mahu memegang tube itu, kerana takut sakit.

Kali ini, beberapa orang nurse dan seorang doktor, mengerumuniku. Aku di ajar cara meneran.
Aku dapat rasakan bayiku turun ke laluan untuk melahirkan, dan aku terasa hendak meneran.
Dengan lafaz Bismillah, aku cuba meneran dengan sekuat-kuat tenagaku. Dan rupanya, ia tidak mudah. Cubaan pertamaku gagal.

"Cuba lagi. Jangan buka mulut, tahan nafas, teran terus dan jangan putus-putus." Nurse memberiku panduan.

Aku cuba dengan panduan yang diberikan oleh nurse tersebut. Tapi, gagal lagi.
Entah berapa kali aku cuba meneran. Sehingga aku rasa sangat penat dan haus.

Sempat juga aku minta air. Tapi tak di layan. Iyelah kalau aku bertangguh-tangguh, nanti bayiku lemas. Lagipun bayiku sudah membuang air besar di dalam perut. Ia perlu segera di keluarkan!!!!

Semua orang sedang memberi semangat kepadaku. Walaupun agak lemah, kugagahi juga meneran, kerana khuatir sesuatu yang buruk akan terjadi pada bayi ku. Naudzubillah.

Alhamdulillah, setelah beberapa kali meneran, aku merasa sakit yang amat sangat di laluan bayi dan seketika kemudian terdengarlah tangisan bayi kami yang pertama.

Sebaik sahaja bayiku keluar melihat dunia, dia di letakkan di dadaku dan aku melihatnya buat pertama kali. Aku rasa terharu. Aku segera memelukkan. Hilang semua rasa sakit.
Maha Suci Allah, sungguh kacak bayiku, putih melepak dan bermata sepet. Beratnya 3.63kg. Subhanallah..

Seketika kemudian, bayiku di ambil untuk dibersihkan dan di selimutkan, sementara seorang nurse menunggu uriku keluar.
Aku bersalin tepat jam 12.55 am. Ini bermakna bayiku lahir pada 27 Oktober 2008, lewat sehari dari jangkaan doktor iaitu 26 Oktober 2008.

Kira-kira jam 2.00am aku di tolak ke wad, di mana tempat aku ditahan. Suami sudah pulang, kerana polisi hospital tidak membenarkan sesiapapun pelawat berada di dalam wad.

Hanya pada keesokan paginya,barulah ibuku, bapaku dan suami melihat bayiku.
Suamiku qamat di telinga kecilnya.
Aku pulang ke rumah bersama putera hatiku pada keesokan harinya.

Setiap kali ku tatap wajah comel puteraku, hatiku luluh dengan hangatnya kasih sayangku padanya. Tiada kebahagian yang setanding dengan rasa bahagia menyentuh jari-jemari dan mengucup pipi montel seorang cahaya mata.

Segala puji dan puja ku hanya pada Allah, yang menganugerahkan zuriat ini padaku dan suami.
Kini, putera kami, Awang Abrisam Zubari Bin Awang Abadi sudah berusia 2 bulan 2 minggu. Kuat menyusu dan montel, hingga orang sekeliling sering menganggapnya berusia 5-6 bulan. Semoga dia menjadi anak yang sihat, pintar dan soleh.

Buat putera di hati Ummi dan Abi, engkaulah anugerah terbesar dari Allah kepada kami.