http://mohkitasihat.blogspot.com/2014/11/penapis-buah-pinggang-suamiku-bocor.html
Assalamualaikum
Hari ni Tinie bersedia nak kongsikan sesuatu yang jarang kita dengar tetapi sebenarnya dah banyak jugak kes. Beberapa bulan lalu suami Tinie didiagnose penapis buah pinggangnya bocor. Atau istilah perubatannya adalah nephrotic syndrome. Ia sesuatu yang mengejutkan.
Nephrotic Syndrome adalah satu penyakit yang berkaitan dengan buah pinggang. Di dalam buah pinggang yang normal, glomeruli sejenis penapis halus di dalam buah pinggang, berfungsi untuk yang menghalang albumin (sejenis protein) daripada keluar ke dalam air kencing.Di dalam nephrotic syndrome, glomeruli atau penapis ini telah rosak atau bocor. Ini menyebabkan lebih daripada 3 gram protein terkeluar melalui air kencing di dalam masa 24 jam setiap daripada badan. Ini dipanggil PROTEINURIA. Ini menyebabkan badan kehilangan banyak protein.
Risau memang risau siapa tak sayang suami kan, nak tau tak apa tanda-tanda penyakit ni. Oke cerita dia macam ni, dah lama dah suami perasan juga air kencingnya berbuih, tapi dia rasakan mungkin ianya normal tak ada masalah apa-apa. Keadaan menjadi teruk selepas Raya hari tu apabila tangannya bengkak air. Dia masih mendiamkan diri. Tetapi apabilakedua-dua kakinya bengkak, saya mula memaksa dia ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Pada mulanya suami saya hanya ke klinik kesihatan, dan doktor diagnose berdasarkan kakinya yang bengkak itu sebagai gout dan hanya beri ubat tahan sakit dan surut bengkak. Saya suruh suami pergi ke hospital untuk pemeriksaan lain. Kerana suami bukannya gout, kerana dia tak rasa sakit pun cuma bengkak air macam wanita sedang sarat hamil tu. Boleh bayangkan tak macam mana rupa tu.
Setelah pergi mendapatkan rawatan, suami saya ditahan di Wad Pemerhatian Bahagian Kecemasan. Sampel air kencingnya diambil dan sampel darahnya juga diuji. Berdebarnya saya waktu tu sebab suami tak pernah sakit atau masuk wad sepanjang perkahwinan kami. Saya menangis malam tu menunggu apakah berita suami di hospital. Bila ada kes macam ni, baru saya tau dari mak mertua rupanya suami pernah masuk wad pada usianya 20 tahun di mana waktu tu juga dia didiagnose protein terlebih di dalam air kencing. Namun tiada rawatan lanjut dibuat pada waktu itu.
Suami ditahan sehingga keesokan paginya. Dan akhirnya dia diagnose Nephrotic Syndrome. Oke bermula fasa saya susah hati. Sebagai seorang isteri saya tak sanggup tengok suami sakit. Saya cari semua maklumat tentang penyakit ni. Kalau ada yang bertanya, mungkinkah kerana protein ESP Shaklee. Oh tidak walaupun suami saya pengamal ESP yang jarang-jarang sekali, tapi suami sendiri menidakkannya. Kerana dia menghidap penyakit ini sejak dari umur 20an lagi. Bila penapis buah pinggang tu bocor, sebab tu protein terkeluar melalui air kencing. Jadi bila test air kencing nampaklah kadar protein yang tinggi di situ. Dan suami saya akui sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dia memang kerap minum kopi 3in1 dan katanya mungkin juga ia adalah salah satu punca keluarnya simptom-simptom itu. Tahu tak apa yang bahayanya lagi penyakit ni, air kencing tak boleh keluar secara normal dan ia jadi punca air memenuhi ruang badan, bertambah bahaya bila air naik hingga ke paru-paru.
Suami saya akan menjalani rawatan dan pemeriksaan lanjut di Hospital Selayang. Pada mulanya doktor ada memberikan bekalan ubat "selonggok" termasuk ubat yang mengandungi steroid. Tetapi suami dah berbincang dengan doktor yang dia tak mahu bergantung pada ubat steroid tu dulu dan ingin menjalani Biopsi. Biopsi adalah satu prosedur di mana sedikit sampel tisu buah pinggang diambil untuk menentukan jenis-jenis nephrotic syndrome. Ini sangat penting kerana "Minimal Change Nephrotic Syndrome" boleh diubati dan mempunyai masa depan pemulihan yang sangat cerah.Prosedur ini juga dibuat untuk mengetahui status keadaan buah pinggang.
Selain dari menunggu untuk prosedur itu, apa yang saya buat untuk suami ialah kawal pengambilan air dan kawal juga pengambilan protein. Dan saya apa suplemen yang saya beri untuk suami adalah VIVIX dan Omega Guard Shaklee. Ini kerana keduanya bersifat anti-radang dan VIVIX itu sendiri adalah tonik anti penuaan selular yang mampu membaik pulih sel hingga ke tahap selular DNA. Mari saya kongsikan sedikit info tentang VIVIX dan Omega Guard.
VIVIX Penawar 1001 penyakit
- Memperbaiki DNA. Setiap hari, tubuh kita mengalami kerusakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantumelambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.
- Memperbaiki tenaga sel. Semakin tubuh kita mengalami penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.
- Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imunitas (kekebalan) dan sendi. Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.
Omegaguard Shaklee yang merupakan Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) adalah asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.
Shaklee OmegaGuard merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan OmegaGuard menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.
Selain mengurangkan bengkak di kaki, Omega juga berfungsi mencairkan darah.Ini dapat mengurangkan masalah darah pekat di mana ia merupakan salah satu komplikasi penyakit ini.
|
Rujuk : http://drazwan.blogspot.com/2007/10/nephrotic-syndrome-dan-perawatan.html |
Dan nak tahu apa hasilnya setelah habis sebotol VIVIX, saya sangat gembira bila suami saya beritahu air kencingnya sudah kurang keruhnya dan sudah berkurang buihnya. Dan lagi baru-baru ni bila pergi check up, Doktor beritahu result air kencingnya sudah semakin baik. Protein dari bacaan 26 kini sudah berkurang dan hampir kembali normal bacaannya. Allahuakbar. Dengan bantuan dari Allah dan hasil usaha kami dengan Vivix keadaan suami saya beransur pulih. Suami saya sendiri mengakui, "Bagus betul VIVIX ni, bacaan protein pun dah ok".
Dan saya baru belikan suami botol kedua VIVIX untuknya. Setelah mengetahui dah banyak testimoni Vivix untuk pesakit buah pinggang, saya tidak ragu-ragu lagi.
InsyaAllah saya yakin, Allah tak turunkan penyakit tanpa penawarnya. Apa yang penting kita usaha. Apa guna ada duit yang banyak jika kita tak punya kesihatan yang baik kan.
Pada yang mengalami masalah seperti saya, jangan segan untuk hubungi saya, saya akan kongsikan pengalaman saya ini. InsyaAllah.
**************************************************************
***jika anda berminat menjadi ahli shaklee atau inginkan penerangan lebih lanjut, atau ingin membeli anda boleh hubungi saya melalui :_
call/sms/whatsapp : 013-8342092
atau, jika anda berminat untuk berjumpa atau mendapatkan produk shaklee ini, saya adalah pengedar aktif shaklee di BINTULU, SARAWAK….POS SELURUH MALAYSIA, BRUNEI, SINGAPORE….